Sungai Ramal Luar, 10 Safat 1434 = 24 Disember 2012 (Isnin):
Selepas Maghrib Adun bertolak berseorangan ke Masjid Sungai
Ramal Luar dan saudara Azizi juga bertolak bersendirian dari rumahnya di Kajang
Utama terus ke Masjid Sungai Ramal Luar. Kami berjumpa di Masjid. Tujuan hadir
ke Masjid Sungai Ramal Luar ialah bagi menyertai Majlis Keraian terhadap Warga
Emas di Kariah Sungai Ramal Luar. Majlis ini sengaja diadakan oleh Ketua Kampong
Sungai Ramal Luar, iaitu Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir bagi meraikan
warga emas di Kampong Sungai Ramal Luar. Ini adalah kali kedua majhlis seumpama
ini diadakan. Pada tahun lepas (2011), majlis sedemikian diadakan di luar,
tetapi pada tahun ini diadakan di Masjid, kerana di Masjid lebih ramai dihadiri
oleh warga emas, lagi pula mudah datang dan dapat mengurangkan kos.
Adun yang tiba sebelum Isyak sempat memimpin Solat Isya`dan
kemudian hadir ke Majlis sederhana acara diadakan, iaitu di bawah lindungan khemah
khas dan tetap yang didirikan di sebelah kiri masjid. Peserta-peserta yang
hadir selain dari Adun dan Ketua Kampong ialah Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir
Masjid Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Yaakob selaku Imam, saudara Fuad selaku
Setiausaha dan warga emas lelaki dan perempuan yang jumlah semua lebih kurang
50 orang.
Menu yang disediakan ialah sate, laksa kuning berkuah udang
dan buah durian. Majlis dimulai dengan doa oleh Tuan Haji Yaakob Tuan Imam
diikuti ucapan oleh Ketua kampong Tuan Haji Mohd. Yusof, menurutnya, ``Majlis keraian warga emas
sengaja diadakan bagi meraikan mereka telah berjasa kepada penduduk dan mereka
adalah yang memakmurkan masjid pada setiap waktu. Menurut Ketua Kampong,
``Majlis diadakan adalah dari peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada
ketua Kampong, dan ini adalah lanjutan bagi peruntukan yang diberi. Menurutnya,
``Kita patut berterima kasih kepada Kerajaan negeri dan juga Adun yang banyak
membawa projek kepada penduduk seperti membina jalan, memperuntukkan kewangan
bagi menggerakkan perpustakaan dan kelas bimbingan memasak dan jahitan.
Peruntukan juga disalurkan bagi menggerakkan Wanita Berdaya di Dun Bangi yang
akan membimbing muslimat dan wanita di dalam bidang-bidang yang ada hubungan
dengan kewanitaan. Menurut Ketua Kampong,``Peruntukan yang digunakan ialah peruntukan
melalui Ketua Kampong dan kegiatan seperti ini akan diteruskan pada masa akan
datang.``
Adun Bangi dalam ucapan perasmian mengucap terima kasih di
atas jemputan yang dibuat. Adun merasa tertarik dengan Majlis Meraikan Warga
Emas yang khas diadakan di Sungai Ramal Luar. Usaha sedemikian merapatkan
hubungan ahli jamaah dan pemimpin serta dapat mengelak dari perpecahan. Beliau
tertarik Majlis berkenaan di adakan di masjid, sesuai dengan kehadiran mereka
kerana berjamaah sambil mengikuti program yang diadakan. Adun Bangi
mengingatkan,
``Bahawa kita warga emas patut bersyukur kepada Allah yang
telah memberi kesihatan kepada kita dan dapat melihat kemajuan dan pembangunan
yang sedang pesat berjalan. Kita perlu menjaga nikmat kesihatan yang diberi
Allah dengan mengekalkan amalan yang sihat baik dari segi makan minum,
exersais, beribadat dan sama mengikuti amalan kebajikan dan sosial setempat.
Amalan sihat bukan saja pada luaran, tetapi juga dalaman diri, misalnya ikhlas
dalam amalan, merasa syukur dan reda di atas kurniaan Tuhan. Hidup dalam keluar
bersama anak cucu dalam keadaan kasih sayang , membuat ibadat berterusan dan
juga melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial. Amalan sedemikian melapangkan
minda dan dada, menghendarkan dari tekanan dan hidup secara tenang dan
membahagiakan. Selepas Perasmian. Kami menjamu selera dengan hidangan-hidangan
yang disediakan. Cenderahati dan ucapan terima kasih disampaikan. Selepas makan
Adun terlebih dahulu memohon diri, kerana mempunyai program lain pada malam ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment