Dewan Negeri Selangor, 18 Muharram 1434 = 30 November 2012
(Jumaat):
Setelah dua minggu bersidang, maka jam 5.00 petang ini
berakhirlah Sidang Dewan Negeri Selangor yang dianggap terakhir sebelum
menghadapi PRU ke 13. Sidang hari ini berakhir setelah membahaskan 11 usul yang
dikemukakan oleh beberapa Ahli Dewan dari Kerajaan.
Dalam ucapan penggulungannya kepada Ahli Dewan – Semua Ahli
Pembangkang keluar kerana membantah hukuman yang dikenakan ke atas seorang
Ahlinya (Batang Kali – YB Dato`Mohd Isa Bin Abu Kasim), kerana ucapan yang
mengandungi unsur sexist, kata YAB Dato` Menteri Besar,
``Pihak pembangkang tak ada, kita harap Sidang Dewan akan
datang selepas PRU ke 13, mereka tidak ada seperti tiadanya mereka pada hari
ini.`` YAB Menteri Besar memuji Dato` Speaker yang cekap mengendalikan Sidang.
Adalah satu rekod, bahawa Sidang pada kali ini dapat menyelesaikan semua soalan
lisan yang berjumlah 260 soalan. Sebelum dari ini kata YAB, ``Banyak perubahan
yang dilakukan terhadap Sidang termasuk penubuhan Selcat, Jawatankuasa Mengenai
Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) dan Perintah Tuan Speaker. YAB menyentuh tiga
perkara, iaitu Isu pengeluaran benih padi di Sekinchan. Sebelumnya isu ini
dibawa oleh YB Sekinchan (YB. Ng Suee Lim) yang menurutnya berlaku
penyelewengan. Isu Talam yang telah dikeluarkan Kertas Putih mengenainya dan
Penyusunan semula Industri Air di Selangor. Kata YAB Dato` Menteri Besar,
``Syabas juga menghadapi masalah yang tenat dan boleh menjadi seperti Talam,
Syabas menanggung beban hutang RM150 juta yang tidak dilunaskan kepada Splash
dan Abbas. Akhirnya YAB menyentuh soal Rancangan untuk membina Jambatan Kelang
kedua yang kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan peruntukan permulaan sebanyak
RM500 juta. Menurut YAB Dato` Menteri Besar, Perkara ini bukan saja
dibincangkan di Dewan Negeri Selangor, tetapi juga di Parlimen secara pro dan
kontra. Ada
yang menganggap tugas pembinaan jambatan di bawah Kerajaan Persekutuan, maka
negeri tidak seaptutnya mengeluarkan peruntukan.
Menurut YAB Dato` Menteri Besar selama hampir lima tahun kita telah
bekerja dengan bersungguh-sunggu dan membawa kemajuan ketara bagi Negeri
Selangor. Kita berharap kita diberi mandate yang lebih kukuh bagi memacukan Selangor
kepada kemajuan.
Sementara itu YB. Dato` Speaker mengucapkan tahniah kepada
semua Ahli Dewan Negeri, Pegawai-Pegawai
Dewan yang telah menjalankan tugas dengan baik serta cemerlang dan
Pegawai-Pegawai Kerajaan yang setia menunggu mengikuti perbahasan bagi
mengambil tindakan.
Sesungguhnya perjalanan Dewan Negeri pada kali ini lebih lancar.
Sebagaimana disebut kelancaran Sidang dan berjaya menghabiskan soalan (260
soalan) antaranya berikut dari pengedaran `Perintah Tuan Speaker No. 1/2012
yang dikeluarkan dua minggu sebelum Sidang yang merupakan garis panduan yang
digunapakai dalam mesyuarat Dewan Negeri, iaitu:
Berkenaan Peraturan Tetap 24 yang menetapkan masa jawapan
bagi YAB Dato` Menteri Besar menjawab soalan lisan hanya 3 minit dan masa bagi
ahli membuat soalan tambahan ialah 30 saat dan masa bagi MB menjawab soalan
tambahan hanya 3 minit.
Berkenaan Peraturan Tetap 26 – Sesuatu usul hendaklah
mendapat pencadang dan penyokong. Masa pembahasan adalah 10 minit dan Menteri
Besar menjawab 15 minit. Dan penggolongan pencadang 5 minit.
Berkenaan Peraturan 66(4). Masa bagi membincangkan setiap
kepala perbelanjaan tidak kurang dari ½ jam dan masa bagi perbincangan adalah
10 minit. Menteri Besar boleh diberi masa 5 minit untuk menjawab. Semasa ahli
sedang bercakap, maka ahli lain yang hendak bercakap mesti mendapat persetujuan
dari ahli berkenaan. Menteri Besar diberi masa 3 minit untuk penggulungan.
Walau bagaimana Tuan Speaker boleh melanjutkan masa mengikut keadaan dan
keperluan semasa.
Perubahan peraturan banyak berhubung dengan had masa. Bagi
menjamin kawalan masa maka dipasang di dalam Dewan lampu isyarat warna hijau
sebagai masa dibolehkan bercakap, manakala warna kuning, ingatan untuk berhenti
dan merah ahli Dewan dikehendaki menamatkan ucapan atau perbahasan,
Perubahan ini dikatakan ada kaitan dengan lawatan YB. Dato`
Speaker dan rombongan ke Parlimen-Parlimen di Australia (Dewan-Dewan Negeri di
Australia juga dipanggil Parlimen) pada pertengahan tahun ini.
Dengan Perintah Tuan Speaker yang banyak berhubung dengan
masa, maka perjalanan Dewan Negeri lebih licin dan lebih banyak perkara dapat
dibincang dan diselesaikan.
Sementara itu Y.B. Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) sebelum
perpisahan bertanya kepada YAB. Dato` Menteri Besar tentang sama ada Negeri
Selangor akan mengisytiharkan PRU Negeri ke 13 secara serentak atau berasingan.
YAB Dato` Menteri Besar menjawab, ``Oleh kerana tarikh pilihanraya sudah
singkat, PRU ke13 tidak berlaku dalam bulan Disember, maka tidak ada ruang masa
yang banyak, maka kemungkinan PRU 13 bagi negeri Selangor dijangka berlaku
serentak.
Di akhir Sidang Ahli-Ahli Dewan bersalam-salaman antara satu
sama lain, sambil mengukuhkan azam akan bertemu lagi dalam Sidang akan datang.
Sekian.
Sepatutnya MB Selangor perlu berhenti mengelirukan rakyat dengan keluarkan kenyataan berbeza acap kali ditanya mengenai penyelesaian muktamad isu air di Selangor. Sekejap mahu laksana penstrukturanlah, sekejap lagi kata mahu ambil alih syarikat konsesi air pula, sekejap lagi kata mahu laksana model holistik la... Yang mana satu betul ni? Rakyat dah tak mahu dengar lagi temberang MB kerana yang penting sekarang ialah menyegerakan projek Langat 2 yang merupakan tonik ajaib selesaikan isu air di S'gor.
ReplyDeleteSeperkara lagi, mengenai pendedahan kertas putih isu air baru2 ini yang jelas tak banyak membantu rakyat memahami isu sebenar berkaitan air. Pendedahan kertas putih tidak lain tidak bukan hanya sebagai topeng untuk menutup kelemahan kerajaan negeri yang hanya pandai berdolak dalik dari menyelesaikan segera krisis air di Selangor. Hanya mereka yang buta hati sahaja menerima kertas putih tersbut seadanya sedangkan krisis air tetap gagal diselesaikan.