Taman Kajang Baru, 21 Muharram 1434 = 05 Disember 2012 (Rabu):
Masalah Cerun Runtuh di Kajang Baru bukan baru, tapi berlarutan sejak sedekad lalu, iaitu sejak Adun jadi Adun Kajang lagi (1999-2004). Runtuhan pula bukan setempat tetapi beberapa tempat yang terpaksa diambil tindakan. Dalam masa tersebut masalah cerun runtuh di Jalan Baru 12, Taman Kajang Baru, Mukim Kajang berterusan. Kebimbangan oleh kerana tebing & cerun yang diancam runtuh terlampau curam dan dalam (10 meter) dan 6 meter terdekat dengan deretan rumah. Jadi kebimbangan ditanggung, khususnya apabila hujan oleh penduduk rumah teres berdepan dengan cerun dan kebimbangan juga oleh penduduk rumah pangsa beratus unit yang berada di bahagian atas. Oleh kebimbangan ini tinggal lebih kurang 20 keluarga sahaja yang masih mendiamai rumah pangsa berkenaan. Setelah sekian lama dan tuntutan membaiki cerun berterusan dibuat, maka kini dana didapati oleh MPKj dan kelulusan dimaklumi sejak beberapa bulan yang lepas sebanyak RM3 juta (Kos baikpulih RM2,171,771.00). Dari masa kelulusan itu kerja-kerja persediaan dilakukan.
Kontrak bagi mengukuhkan tebing cerun dikurniakan kepada Syarikat Kunci Hasrat Sdn. Berhad. Kontrektor berkenaan ialah En. Ruzi. Pada pagi ini Adun Bangi, Ahli Parlimen YB. Puan Teo Nie Ching dan Ahli MPKj saudara Adram Musa dijemput hadir ke lokasi. Turut sama hadir En. Ruzi sebagai Kontrektor, En. Lim Hock Lye Sub-Contractor. Dari pihak agensi pula ialah En. Norized dari MPKj dan dari Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. Selaku Perunding ialah En. Firdaus Penyelia Tapak bersama dengan En. Kamal. Turut hadir kakitangan agensi berkenaan dan juga para pemberita.
Penerangan disampaikan oleh Ruzi, En. Firdaus dan En. Norized,
Bahawa kerja-kerja permulaan telah dimulakan sejak 16 Oktober 2012 yang lepas. Ini termasuk membuat benteng zin di tepi jalan dan kerja-kerja pengukuran. Kerja-kerja baik pulih dijangka mengambil masa selama 8 bulan untuk siap (13 Jun 2013). Lereng tebing yang terlibat dengan membaik pulih adalah berbentuk melengkung bahagian atas dan lurus menurun ke bawah sepanjang 300 meter. Ianya dibahagi kepada bahagian A di atas, bahagian B di bawah dan bahagian ke paling bawah bahagian C. Makin ke bawah makin tinggi dan curam. Kaedah yang digunakan selepas memaras tanah yang perlu dibuang bagi mengurangkan kecuraman tanah akan dipaku sehingga 30 meter ke dalam yang melibatkan penggunaan 1,100 paku setiap satu 25 mm. panjang 12 meter. Paku valganized ini ditentukan untuk dibeli kontrektor dari syarikat-syarikat yang disenaraikan dan terjamin kualitinya.
Kerja-kerja membaikpulih cerun melibatkan 3 bahagian:
- Bahagian A melibatkan anggaran kos RM502,971.00
- Bahagian B melibatkan anggaran kos RM1,352,660.00
- Bahagian C melibatkan anggaran kos RM316,140.00
Kaedah Pembaikan adalah sebagaimana berikut:
- Bahagian A: Soil Nailing dan `hydro-seeding`/`close turfing.
- Bahagian B: Soil Nailing dan Excel Web/equivalent geocel cellular system
- Bahagian C: `Trim Slope` dan `excel web/equivalent geocel cellular system
Perparitan dan larian air akan disempurnakan.
Adalah diharapkan dengan siapnya kerja-kerja baikpulih tidak berlaku tanah runtuh. Penduduk rumah teres di kaki Bukit dan penduduk rumah pangsa dapat tinggal di rumah dalam keadaan selesa.
Terima kasih kepada semua terlibat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment