Econsave, Jalan Reko, BBB, 08 Safar 1434 = 22 Disember 2012
(Sabtu):
Pagi ini menghadiri Jom Shopping kali terakhir bagi hujung
tahun 2012 bertempat di Econsave, Jalan Reko, Bandar Baru Bangi. Ini merupakan
kali ke 13 bagi Jom Shopping di Dun Bangi yang keseluruhannya adalah
berlangsung di Super Markat, Econsave, Jalan Reko, Bandar Baru Bangi.
Selain dari Jom Shopping di atas, terdapat dua Jom Shopping
Sikembar di bawah Tawas yang dianjur terus oleh pihak Tawas yang Adun dijemput
hadir. Pertama dibuat seperti biasa di
Econsave beberapa bulan lepas, tetapi bagi kali kedua, iaitu pada Ahad 9 Disember 2012 di ubah
tempat dan dibuat Hyper Giant Super Market. Dua orang Adun (Bangi dan Kajang) dijemput
hadir sama. Berlaku kekeliruan pada Adun Bangi dan setengah ibu bapa yang
datang membawa anak mereka, kerana terdapat 3 Giant Super Market di Kajang.
Adun sendiri pada paginya pergi ke Giant Super Market di Kajang Impian, tetapi
bukan di situ. Ada
ibu bapa yang pergi ke Giant Super Market di Bandar Kajang. Rupanya dimaksudkan
ialah di Giant Hyper Market di Kajang Mewah yang sebenarnya berada di bawah Dun
Bangi dan tidak jauh dari Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Adun sendiri
berkesempatan hadir, walaupun lewat dan tidak dapat berada lama di sana , kerana mempunyai
program di tempat yang lain. Jom Shopping bagi Si Kembar ini adalah bagi
meraikan anak-anak yang didaftar di bawah Tawas pada peringkat awal. Ibu bapa
dijemput hadir bersama anak-anak ke Super Market terpilih. Peruntukan RM100 diberi
untuk dibelanja bagi kepentingan anak-anak. Sebagaimana disebut pengurusan dan
pengendalian terus dilakukan oleh tenaga kerja dari pihak pentadbiran Tawas dan
Adun dalam konteks di atas Adun Bangi dan Kajang Y.B. Lee Kim Sin dijemput
bersama menyampaikan barangan yang dibeli kepada keluarga anak-anak yang
dijemput di kaunter-kaunter di Giant Hyper Market di Kajang Mewah berkenaan.
Masa antara jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Dengan dua kali dibuat, ini
bermakna jumlah yang dijemput masih terhad hanya dalam lingkungan 200
anak-anak.
Adapun Jom Shopping biasa di Econsave terakhir bagi Tahun
2012 hari ini bagi ketiga belas adalah merupakan jumlah dalam lengkongan 1,200
yang dijemput hadir. Jemputan pada hari ini adalah serama 100 orang. Jumlah
yang mendaftar Jom Shopping di Dun Bangi setekat ini adalah seramai 2,271
orang. Ini bererti baru lebih kurang separuh dari warga emas yang didaftar di
Dun Bangi baru sempat dipanggil. Jumlah yang belum dipanggil akan dipanggil
pada tahun 2013. Jemputan 100 orang hari ini (85 yang hadir) bersifat
multirasial yang terdiri dari berbagai kaum Cina, Melayu dan India .
Kebanyakan daripada mereka adalah dari kawasan Sungai Chua (di bawah Dun
Bangi), Kajang Mewah (dekat Sungai Chua), Bukit Mewah dan sebahagian dari Bandar
Baru Bangi.
Dalam ucapan ringkas selepas pendaftaran dan sebelum sesi
membeli belah, Adun mengucapkan selamat datang dan bersyukur kepada Tuhan
kerana warga emas diberi kesihatan oleh Tuhan dan dapat hadir sendiri
(sebahagian besar) menyertai Jom Shopping. Kepada yang beragama Kristian Adun
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismis dan berdoa kepada Tuhan dipanjang
umur dan terus berada di dalam sihat. Jom Shopping yang diadakan adalah program
meraikan warga emas dan mengiktiraf peranan mereka terhadap negeri yang selama
ini telah bekerja keras memajukan negeri Selangor dan diteruskan oleh anak-anak
warga emas yang terus memberi khidmat kepada kerajaan Negeri Selangor. Kata
Adun, Skim Warga Emas adalah salah satu Skim yang menggunakan peruntukan Merakyatkan
Ekonomi Negeri Selangor. Banyak lagi skim yang diosediakan seperti Tawas, Anak
Masuk Universiti, membantu Anak Miskin Bersekolah dan berbagai lagi.
Selepas itu warga emas, kebanyakannya ditemani keluarga
masuk ke dalam pasaraya membeli. Lebuh kurang setengah jam berikut, antara
mereka mulai keluar ke kaunter dan disambut oleh pembantu-pembantu yang agak
ramai datang hari ini berurus pada tempat mendaftar, menyambut kehadiran,
meraikan bila mereka keluar dan menyampaikan bahan-bahan bersama barangan yang
dibeli. Pada hari ini Adun mengedar dan membahagikan Kalender 2013 yang baru
siap kepada warga emas dan pengunjung-pengunjung yang lain. Turut sama
disampaikan kepada warga emas ialah, hadiah extra barang tambahan kepada warga
emas, Akhbar Selangor Kini dan risalah-risalah. Pengurusan Jom Shopping
berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment