West Country, BBB, 13 Safar 1434 = 27 Disember 2012
(KHamis):
Jam 10.00 pagi Adun menerima aduan dari saudara Ari Krishnan
Ketua Antara Kaum BBB meminta Adun segera turun ke West Country bagi
menyelesaikan ancaman meroboh kandang-kandang ternakan penduduk West Country.
Adun terpaksa meninggalkan urusan tumpuan dan bergegas untuk ke West Country.
Masalahnya hari ini hanya ada seorang tenaga pekerja di pejabat, kerana saudara
Shahrum bercuti. Adun menghubungi saudara Amir Othman untuk menyertai Adun dan
bertolak ke kawasan kandang lembu dan kambing yang dikatakan akan dirobohkan
oleh pihak penguasa.
Ladang lembu dan kambing serta tanam-tanaman di pinggir West
Country di tepi Sungai Langat telah lama diusahakan oleh penduduk India seusia
umur West Country itu sendiri. Tanah memanjang tepi sungai lebih dari 10 ekar
adalah tanah JPS dan diusaha secara ramai-ramai oleh penduduk India di sini,
ada yang menggunakannya untuk ternakan lembu dan kambing (secara kandang) dan
ada yang menanam tanam-tanam. Mereka membayar cukai penggunaan sementara tanah kepada
Pejabat Tanah Hulu Langat. Ancaman mau mereka kosongkan bukan kali pertama,
tetapi telah beberapa kali. Hari ini sekali lagi penternak/petani menghadapi
ancaman mengosongkan tanah berkenaan.
Ketibaan Adun berdepan dengan pegawai-pegawai penguatkuasa
dan beberapa agensi. Buldozor sedang meruntuhkan sebahagian bangunan. Adun
segera minta dihentikan kerja meroboh dan mau jumpa Ketua Operasi. Mereka yang
datang ialah:
12 orang
anggota penguatkuasa
10 anggota
MPKj
03 orang Polis
04 pegawai Veteriner
08 pegawai dari Pejabat Daerah
03 pegawai dari JKR.
Adun minta bertemu dengan
ketua-ketua antaranya dengan En. Hasmir dari Pejabat Tanah, En. Zainuddin dari
Veteriner dan En. Zulkifli dari bahagaian Penguatkuasa. Adun bertanya,
mengapakah tindakam meroboh diambil ? Mereka menjawab, mereka menurut arahan.
Bukankah ternakan dan tanaman di sini sudah lebih lima puluh tahun diusahakan dan tidak menimbulkan
masalah ? Mereka tidak menjawab. Sebenarnya lokasi adalah jauh dari kawasan
perumahan.
Adun meminta agar dihentikan
perobohan. Encik Hasmir meminta masa untuk menghubungi pihak Ketua
penguatkuasa. Sementara itu Adun dengan saudara Amir mengambil peluang
menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan menghubungi juga YB Dr. Ya`akob
Sapari Exco Pemodenan Pertanian, meminta agar perobohan ditarik balik.
Selepas 15 minit, jawapan
diterima, ``Perobohan ditangguh untuk satu minggu dan penternak dikehendaki
mengalih kandang ternakan yang terlampau dekat dengan aliran sungai yang bahan
ammonia langsung disalurkan ke dalam sungai yang menjadi punca minuman.
Sementara itu Adun juga menerima jawapan dari Pegawai di Pejabat Y.B. Dr. Yaakob Sapari
– En. Husin yang pihaknya juga membuat penyelarasan dengan Pegawai Daerah,
memberi tempoh seminggu untuk dipindah.
Adun merujuk kepada beberapa
pemilik, terutama En. Batumalai yang paling banyak mengusahakan ternakan, iaitu
28 ekor lembu dan 30 ekor kambing bersedia untuk mengusahakan perpindahan dan
menggunakan kolam tadahan agar najis dan bahan ammonia tidak disalurkan ke
dalam sungai.
Adun difahamkan, tindakan yang
dibuat kepada penternak-penternak di tepi sungai adalah tindakan menyeluruh di
negeri Selangor. Pada hari ini giliran turun di Bangi dan menurut jadual esok di
Sepang. Demikianlah dengan jadual-jadual di tempat lain.
Kesimpulannya pihak Penguatkuasa
dan pegawai-pegawai yang turun menerima arahan menangguhkan perobohan dan Adun
juga berunding dengan pihak saudara Ari dan penternak-penternak untuk
mengadakan pertemuan bagi mengatasi masalah yang dihadapi penternak-penternak
akibat dari arahan yang dikeluarkan. Catatan turut hadir Y.B. Johan dari
Semenyih dan Ungku Saleh Ketua Pemuda Umno Selangor. Mereka lebih bersifat
sebagai pemerhati.
Sekian.
Tahniah YB
ReplyDelete