28 Safar 1434 = 11 Januari 2013
En Zairi bin Mohd Taha (58), bukanlah asing dan bukanlah tidak
dikenali. Sekali sekala beliau menolong menguruskan jualan akhbar di kedai Tuan
Haji Salleh Kassim dihadapan rumah Adun, bila pekerjanya tidak hadir. Adun pun
mendapat bekalan akhbar harian dari Kedai Haji Salleh Kassim ini. Lebih
daripada itu En. Zairi dikenali, lantaran beliau mempunyai anak yang aktif di
dalam Unit Amal, iaitu Haji Uwais yang mengetuai Unit Amal di BBB.
Pada petang hari Krismas 25 Disember 2012 (Selasa), Adun
bersama Lajnah Kebajikan mengadakan lawatan terhadap warga emas dan mereka yang
sakit di rumah pangsa di Seksyen 16. Setelah melawat beberapa orang sakit Adun
melawat – tidak jangka,
Rumah Encik Zairi. Bersamanya isterinya dan juga saudara
Haji Uwais sendiri juga bersama isterinya. Haji Uwais tinggal di Blok yang sama
dengan ibu bapanya, tetapi ditingkat lebih bawah.
Kami memaklumkan kehadiran kami untuk menziarah isteri En.
Zairi yang juga ibu kepada Haji Uwais yang diberitakan sakit. Kami diterima
baik oleh En. Zairi dan keluarga. Kami bercakap bertanya khabar dan menyatakan
simpati terhadap keluarga En. Zairi. Isterinya masih dalam berubat. Setelah
bercakap seketika, Adun menyampaikan cendera hati dan sedikit barangan, lantas
memohon diri. Tetapi belum sempat memohon diri, kami dijemput minum di meja bersebelahan
ke dapur. Sedang Adun minum, Adun terlihat banyak duit-duit lama dari berbagai
Negara tersusun dibawah cermin di
permukaan meja yang kami minum, lantas Adun bertanya bagaimana didapati
wang-wang kertas dari pelbagai negera dengan agak banyak ? Kata En. Zairi,
``Himpunan sepanjang hayat dimana duit lama didapati, maka saya simpan,
termasuk semasa ke luar Negara seperti ke Makkah dan juga ketika melawat negeri
Cina.
Adun bertanya, bila minat menghimpun duit timbul ? Menurut
En Zairi, ``Minat bermula dengan menghimpun batch Sekolah, pada masa bersekolah
di Sekolah Raja Musa di Teluk Intan, kemudian bertukar kepada hobi menghimpun
duit lama, di samping menghimpun koleksi jam lama dan juga menghimpun jorang
memancing yang koleksi jorang tersusun berhampiran tv di ruang tamu.
Dengan jumlah wang kertas yang begitu banyak dan diletak di
bawah cermin meja secara terbuka, tidakkah hilang diambil orang ? tanya Adun. Menurut
En. Zairi, ``Tidak ada yang mengganggunya, termasuk cucu juga tidak
menngganggu.
Melihat Adun berminat dan terus bertanya berhubung dengan
duit-duit kertas lama di simpan itu En Zairi datang berdekatan dan menunjukkan
wang-wang kertas lama. Menurutnya wang-wang kertas yang dihimpunkan ialah
wang-wang kertas, sambil beliau menunjuk dan menyebut wang Malaya, British, Singapore, Thailand, Indonesia, Argentina, Amerika, Jepun, Saudi
Arabia, Qatar, Taiwan, Turkey, Cina, India, Pakistan, Korea, Brunei, Australia,
Kazakhstan dan Peru. Setengah duit satu
negeri lebih dari satu jenis. Jumlah harga dari kumpulan duit ini berpuluh
ribu. Setengah daripadanya masih laku (yang baru).
Encik Zairi juga menunjukkan jam-jam lama di dalam koleksinya,
berbagai jenis jam seperti Rado, Enicar, Tissot, Recoh, Sudesh, Omega, Camay,
Jepun, Carantin, Sunrose, Swiss, Universal, Geneve, Hablot, disamping itu
berbagai jenis jorang dsimpan.
Adun bertanya soal keselamatan dengan jumlah wang lama dan
baru agak banyak yang jumlah harga mungkin bernilai puluhan ribu. Encik Zairi percaya tidak ada
orang lain mengganggu sewenang-wenang. Adun bertanya setakat ini adalah orang
berminat dan menawarkan harga untuk dibeli. Kata En. Zairi, ``Ada `, tapi saya tak mau jual
Walau bagaimana , Adun merasa sewajarnya wang yang banyak
itu di simpan di dalam almari pameran khas, begitu juga jam perlu disimpan
dalam case yang dapat mengawal dari kehilangan. Adun sedia membantu jika
alat-alat pameran sedemikian diperlukan. Kaedah simpan dan pengekalan perlu
melalui nasihat dan latihan, agar penyimpanan dapat dikekalkan dan menjadi tarikan
sebagai destinasi pelancongan.
Sekian.
menarik ada hobi-hobi sebegini. Boleh diperkembangkan lagi, In Sha Allah
ReplyDelete