January 25, 2013

PADAT Bolot Tiga Hadiah Utama: Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor

-->
Shah Alam, 12 Rabiul Awwal 1434 = 24 Januari 2013 (Khamis):

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat Negeri Selangor Tahun 1434H/2013M bertempat di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, iaitu selepas pembacaan ayat-ayat Al-Qur`an dari Surah As-Saff oleh Adik Aizzad Ruslan Johan Bacaan Al-Qur`an pada peringkat Negeri.


Sebelum daripada itu, mulai jam 8.00 bermula Perarakan Maulidur Rasul dari Stadium Mini, Seksyen 13, diketuai oleh Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor bersama Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pengarah JAIS & MAIS, Exco-Exco, Adun-Adun dan pegawai-pegawai diikuti dengan kontinjan-kontinjan perarakan menuju ke Stadium Malawati. Jam 8.15 selepas bertolak hujan mulai turun, mulanya agak nipis, tapi jam 8.30 hujan makin tebal, walaupun tidak lebat, tapi cukup membasahkan pakaian. Namun tidak ada peserta yang berhenti dan menarik diri. Hujan bagai mengalah apabila perarakan mulai tiba ke pintu stadium jam 8.45 dan hujan mulai berhenti.


Sementara keberangkatan tiba Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kontinjen tiba berperingkat-peringkat dan masuk memenuhi Dewan, Majlis diisi dengan nasyid dari Kumpulan Dhin Nirah, Kumpulan Rabbani, Kumpulan Zulfa. Turut membuat persembahan Khas selepas kitibaan DYMM Tuanku oleh Mawi dengan lagu-lagu Barzanji dan Maulid Ar-Rasul. Menyampaikan Sembah Ucapan disempurnakan oleh Dato` Marzuki bin Hussin bagi pihak Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor. Menurut Dato` Marzuki Sambutan Maulidur Rasul adalah serentak dengan Pelancaran Bulan Dakwah bertujuan untuk memperkembangkan Islam serentak meningkatkan syiar Islam, khususnya di negeri Selangor.



Tidak ada ceramah pada hari ini, sebaliknya selepas persembahan-persembahan diumumkan anugerah dan pertandingan:


a)      Anugerah Umar bin Abdul Aziz
Dato` Haji Abdul Aziz Andik Achok


b)      Anugerah Imam Al-Ghazali
      Dr. Mohd Abdul Wahab bin Yusuf


c)      Anugerah Khalid Al-Walid
Tan Sri Dato` Setia Ismail bin Adam

d)     Anugerah Saidatina Khadijah
Profesor Datin Paduka Zaliha bt. Kamaluddin

e)      Anugerah Saidina Ali

       Mawazir  bin Ahmad Zuri

Peserta dianugerah dengan wathiqah, sejumlah wang dan sepersalinan pakaian.

Manakala hadiah-hadiah pertandingan perarakan dibahagi kepada dua:

-          Pemenang Sepanduk Perarakan Terbaik
-          Pemenang Kontinjen Perarakan Terbaik

Tiap satu dipecah kepada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun,  Masjid-Surau dan Sekolah. Hadiah bagi setiap pecahan 4, iaitu dari no. 1 hingga 4.

Daripada sejumlah (8 pecahan x 4 = 32 hadiah) Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT) memenangi 3 hadiah utama:


Dalam kategori Badan Berkanun – Sepanduk Perarakan

  • Pasukan Lelaki memenangi Tempat Kedua
  • Pasukan Perempuan memenangi Tempat Keempat

Dalam Kategori Badan Berkanun Kontinjen Perarakan

  • Pasukan Terbaik Memenangi Tempat Pertama.


Tahniah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment