January 14, 2013

Luahan Pendapat NGO-NGO Pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat: Mereka Sekata `Ubah Sekarang !`


-->
Stadium Merdeka 30 Safar 1434 = 12 Januari 2013 (Sabtu):


Ketara dalam perjalanan ke Stadium Merdeka kami mendepani arus manusia yang menuju ke satu arah - ke Stadium Merdeka !  Kami mendepani ramai orang muda di samping orang tua yang sama tujuan. Mereka bukan dari satu kaum, tetapi dari berbagai kaum. Bahkan kami segera mesra. Misalnya sejak di Stesyen LRT Bukit Jalil kami ditegur sapa dan ditanyai tentang di Stesyen mana harus turun untuk ke Stadium Merdeka. Bahkan antara kaum Cina, lelaki perempuan mengajak kami bergambar sebagai merakam detik perjalanan. Di dalam LRT juga kami bersama berbagai kaum yang duduk dan berdiri sama ke Stadium Negara. Lebih ketara ramai- berbagai kaum bersama bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka bagai larian air dari berbagai penjuru turun ke lembah memenuhi Stadium Merdeka. Semasa di Stadium bersesak-sesak dan berdiri di bahagian belakang, di samping bilangan didominasi orang Melayu, tetapi kalangan anak muda dihadapan dan di kiri kanan kelihatan terdiri dari berbagai kaum. Sebagaimana dikatakan bahawa perjalanan ke perhimpunan dan dalam perhimpunan adalah dalam keadaan aman. Pihak Polis tidak melakukan kacau ganggu. Tiada kelihatan FRU – Ada antara kawan yang mengatakan, ``Tanpa mereka, perhimpunan kehilangan kick !``. Secara bergurau aku berkata, ``Barangkali pihak berkenaan membaca suasana, bahawa perubahan akan berlaku. Dengan golongan ini mereka berdepan dan berurusan akan datang, sebab itu lebih baik ambil sikap berlembut dari berkonfrontasi sebagaimana selama ini, lebih baik dan lebih selamat masa hadapan.``


Sebagaimana dikatakan, bahawa ucapan di Stadium Merdeka terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ucapan pemimpin-pemimpin pada bahagian akhir, mulai jam 3.30 petang, sebelum daripada itu, iaitu dari jam 2.00-3.30 diisi dengan luahan pendapat dan harapan dari NGO-NGO. Yang bercakap antaranya Wakil Orang Asli yang menyeru ke arah perubahan dan mau nasib mereka diberi perhatian. Wakil MTUC Sivanathan yang menyatakan pendiriannya tidak menyokong mana-mana pihak, kecuali pihak yang membela pekerja. Menurutnya sejak 55 tahun merdeka pekerja tidak mendapat pembelaan. Ada 12 juta pekerja 8% saja berpersatuan, 92% tidak. Mereka patut sama berpersatuan untuk menjaga kepentingan pekerja. Wakil JERIT mendakwa mereka mempunyai keahlian 40,000. Mereka menuntut keadilan, bersih dan tak amalkan perkauman. Mereka menuntut orang ramai mengundi, selepas dapat menguasai Putrajaya, pimpinan mesti dipantau. Tiada rasuah. Mereka mendesak wujudkan demokrasi Baru. Syed Ibrahim bin Syed Noh Wakil Mangsa ISA mengingatkan, walaupun ISA telah dimansuhkan, masih ada 23 tahanan ISA yang perlu dibela, Wakil dari Wanita Prihatin mau diberi perhatian terhadap golongan wanita. Mereka menuntut bebas rasuah, gaji berpatutan, bebas dari diskriminasi gender. Manakala Wakil Bekas Anggota Angkatan Tentera Kernal Bersara Nazri bertanyakan tentang asset Lembaga yang dikatakan berjumlah 60 bilion. Mau dikendalikan sebaik mungkin bagi kepentingan angkatan tentera. Wakil OKU turut bercakap dan menyeru OKU yang dikatakan berjumlah 412,000 diseru memberi sokongan kepada Pakatan. Turut bercakap En. Nandriakan yang mewakili kaum Iban yang menyeru supaya memberi sokongan kepada Pakatan bagi mendapat pembelaan. Juga En. Joseph Bombring turut bercakap mewakili Orang Asli Sabah yang menyuarakan masalah pendatang luar yang kini berjumlah 1.3 milion di Sabah yang diberi peluang mengundi secara haram. Beliau menekankan, Ini kalilah, Ubah !

Iron Lady of Malaysia – Ambiga turut berucap mewakili Bersih, yang berikrar untuk terus berjuang bagi memastikan pilihanraya secara bersih dan Bersih akan menjadi Pemantau. Saudara Mazlan Alimun dari Anak  yang membela nasib Peneroka Felda, menurutnya Felda ditubuhkan padan tahun 1956, kini ada keahlian 1.6 juta orang. Mereka tertindas dan menanggung beban hutang. Saham di BSKL merudum. Alimin berkata 54 kawasan parlimen adalah dari kawasan Felda. Pengundi kawasan berkenaan perlu mengundi untuk perubahan. Mereka mendesak Isa samad berundur.

Perhimpunan menjadi lebih hidup dan bersemangat bila Itto dijemput menyampaikan lagu berjudul `Ubah` secara bersahaja. Antara ungkapannya:

Ubah sekarang
Gunakanlah Pakatan
Ubah sekarang
Lupakan Barisan
Ubah sekarang
Kita cari kebenaran
Ubah sekarang
Pentingkan keadilan
Ubah sekarang
Inilah masanya
Ubah sekarang
Jangan tunggu lama-lama
Ubah sekarang
Bersama Pakatan
Ubah sekarang
Cemerlang  masa depan
Ubah sekarang

Pak A. Samad Said juga turut membaca puisi. Antara yang dapat ditanggapi:



Dalam usia 80 tahun
Impi lihat himpunan manusia
Yang inginkan perubahan
Di atas padang sejarah
Mereka lakarkan perubahan
Suara garang
Menuntut keadilan
………..
………..
Mereka pejuang kebenaran
Menuntut perubahan
Allahu Akbar !

Tuan Haji Mat Sabu selaku Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat tentu bersyukur kepada Allah di atas kejayaan Himpunan. Dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang memberi kerjasama yang baik sehingga berjayanya himpunan. Paling utama terima kasih kepada semua hadirin. Beliau mengungkapkan pantun:


Arak-arak kelapa bali
Kalau tidak tuan siapa lagi.

Beliau mengumumkan serantak dengan sambutan di Stadium Merdeka Himpunan juga diadakan di London, di Jordan, Abu Dhabi dan beberapa tempat lagi, manakala berjuta-juta lagi mereka yang mengikuti saiaran secara langsung ke seluruh dunia. Mereka mengharapkan perubahan sebab itu ubahlah mulai sekarang !


Sekian.

No comments:

Post a Comment