January 19, 2013

Sabotaj Untuk Membangkitkan Kemarahan Rakyat ?

-->
Pekan Bangi, 06 Rabiul Awal 1434 = 18 Januari 2013 (Jumaat):


Pagi ini Adun Bangi bersama Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad Yusof AJK Pas, saudara Hasan bagi pihak Ketua Kebajikan, saudara Ari Krishnan Ketua Antara Kaum, saudara Shahrum dan beberapa pengiring yang lain menziarah kematian Mendiang Balakusnan (63) yang meninggal dunia di Taman Bangi Permai di sini semalam di samping mengucap takziah terhadap keluarga Mendiang.


Di sini kami dikejutkan dengan satu berita yang menjadi berita muka hadapan akhbar Makkal Osai, bahawa pihak MPKj telah mengeluarkan kompoun terhadap Kuil Sri Mahariaman di sini kerana tidak mematuhi arahan sebelumnya, meminta pihak Kuil tidak melakukan kegiatan yang mengganggu penduduk keliling selepas jam 6.00 petang. Perkara ini mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan penganut agama Hindu di sini dan perkara ini telah sampai kepada Exco Y.B. Dr. Xavier yang merujuk perkara ini kepada pihak MPKj, yang perkara ini tidak seharusnya timbul. Adun Bangi tidak tahu menahu mengenai perkara ini.

Pada petang ini Tuan Haji Mazwan bersama saudara Ari Krishnan ke MPKj bagi mendapat kepastian, mengapa perkara ini timbul. Difahamkan jawapan mudah oleh pihak MPKj mengenai perkara ini, ``Bahawa arahan dikeluarkan oleh pihak pegawai bawahan di pejabat MPKj tanpa diketahui oleh pegawai atasan. Perkara ini mudah dapat ditelah, bahawa dalam suasana dekat pilihanraya ini, memang diketahui ada pihak-pihak yang diperalat musuh, bahkan ada yang bersifat musuh mencari ruang dan peluang untuk merosakkan kredebiliti pihak pemerintah sekarang. Keadaan yang sama berlaku selama ini kesengajaan mengexploitasi mengenai isu sampah, air, mengeluarkan saman-saman yang selama ini ditangguhkan untuk menjadikan penduduk tidak berpuashati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang.


Dari penyelidikan perkara ini berpunca dari dua pengadu ke Jabatan Perdana Menteri di bawah Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor Jabatan Perdana Menteri pada bulan November 2012 yang merujuk kepada notis (17.2.2012) dengan kompaun No. 124251 Pihak Polis membuat siasatan pada 8.1.2013.

Walau macam mana dengan campurtangan oleh pihak Exco Y.B. Dr Xavier dan juga oleh pihak Ahli MPKj saudara Haji Mazwan Johar dan juga turut sama pergi saudara Ari Krishnan Ketua Lajnah Antara Kaum Adun Bangi, maka pada hari ini, iaitu pada 18 Januari 2013, maka dikeluarkan surat dituju kepada:

Pengurus Kuil Sri Maha Mariaman,
Ladang Broom,
Pekan Bangi Lama,
43000 Kajang

Pembatalan Kompaun No. 1000124251. Antara kandungan:

Untuk makluman tuan/puan, pihak Majlis telah bersetuju untuk menarik balik notis kesalahan serta tawaran mengkompaun yang dikeluarkan ke atas pihak tuan/puan dan mengecualikan pihak tuan/puan dari membayar notis kompaun tersebut. Surat dikeluarkan oleh Pegawai Undang_undang b.p.YDP, Majlis Perbandaran Kajang.



Adalah diharapkan dengan pengeluaran surat ini akan menghilangkan keresahan penduduk di samping pihak Kuil dapat menjaga ketenteraman dan kemahuan penduduk.

Sekian.

No comments:

Post a Comment