BBB, 03 Muharram 1434 = 07 November 2013 (Khamis):
Itulah ungkapan Ketua Pengarang Dian pada akhir alu-aluan
dari Meja Pengarang bagi bilangan pertama Dian yang mula dikeluarkan pada bulan
Ogos 1961. Maksudnya kata-kata Ketua Pengarang `Yusoff Zaky Yacob` - nampaknya beliau berhasrat dan bersemangat
mau mengeluarkan Dian berterusan sebagai khidmat demi mendidik masyarakat,
khususnya dari segi keilmuan. Yusoff Zaky adalah satu-satunya tenaga penggerak
utama bagi penerbitan dan kelangsungan majalah Dian.
Sebagaimana yang dijanjikan oleh penerbit Dian penerbitan
perintis akan terbit selama 4 bulan sekali, demikianlah penerbitan Dian bagi bilangan
dua ialah pada bulan Disember 1961 dengan format yang sama dan menarik.
Keluaran no. 2 setelah empat bulan selepas keluaran pertama, walaupun dalam
keluaran pertama dipelawa kepada penulis untuk menghantarkan karya, tapi
nampaknya belum ada penulis tempatan (kecuali puisi dan soal bahasa) yang
menghantar karya, mungkinkah belum ada yang berani menghantar karya kepada Dian
yang disifatkan Majalah Ilmiah itu. Kandungan nampaknya dipenuhi dengan
karya-karya dari tokoh-tokoh Asia Barat (keculi oleh pengarang sebagai makalah
terawal dalam keluaran ini iaitu, Mengapa kita bermimpi ?).
Makalah-makalah kali ini ialah Perkembangan Sains Di Abad Ke
20, Manakah Satu Sistem Pemerintahan Yang Baik ? Oleh
Dr. Ahmad Zaky, 99 Peratus Manusia Melakukan Jenayah oleh Researcher, Setinggi
Mana Manusia Dapat Ke Angkasa Lepas ? Oleh Abdul Razak Naufal, Hukum-Hukum
Islam Di Zaman Moden, Oleh al-Marhum Abdul Wahhab Khallaf, Bolehkah Manusia
Hidup Tanpa Otak ? Oleh Frank Challenger. Membaca Cerita Membuang Waktu ? Oleh Dr. Amir
Boklor, (Kuasai Bahasa Anda dan Suntingan Gaya bahasa dari buku Rumaja Malaya
berjudul: Rayuan dari Jiwa dan Ungkapan Daerah – tidak disebut pengendali) ,
Sejarah Ibunda Bumi, Rambut Boleh Dibilang, Dunia Sains Dan Rekaan (Radio Masa
Depan), Si Pincang (Cerita), Dua Sajak, Kasih Tertanam oleh Sujana dan Kasih Terluka oleh Karimah
Zain, Tunas Pantai Timur, Psychology Penyakit Tiada Hadham oleh Dr. Frank Cabario,
Perempuan Lebih Handal Dari Lelaki, Sebuah Dongeng – Tektik Syaitan dan Cerpen
Menunggu Hari Gantung. Sebagaimana di dalam penerbitan sulung. Maka di dalam
penerbitan ini diselit dengan petikan-petikan selingan untuk renungan dan
hiburan mental.
Keluaran pada kali kedua ini disediakan rungan `Komentar
Pembaca` pada bahagian awal dan diikuti dengan
`Bunga Rampai Karya, iaitu fragmen dari puisi-puisi dan
ungkapan-ungkapan yang mula dihantar oleh pembaca. Sebelum daripada itu Ketua
Pengarang mengingatkan:
``Oleh sebab `Dian` mempunyai ruang yang amat terbatas, maka
kami dengan segala hormat dan sukacita menarik perhatian para penawan dan
penawati yang ingin menyumbangkan karya mereka kepada `Dian` agar memerhati kehendak-kehendak berikut:
Makalah-makalah Terjemahan dan Kajian Sendiri:
1) Tidal
lebih dari 2,000 perkataan
2) Tidak
diterjemah dari majalah-majalah yang dilindungi (Copy Right)
3) Menyebut
punca-punca kajian yang perlu.
Sajak:
Dasar Dian ialah mendukung sajak-sajak yang terang
maksudnya, indah bahasa dan terkawal iramanya.
Cerpen
Tidak lebih dari 6,000 perkataan.
Komentar Pembaca (Semuanya 12), sebahagian daripadanya:
Usaha Pustaka Dian menerbitkan majalah ilmiah yang semacam
ini adalah satu usaha yang patut diberi pujian …
Satu majalah yang
sangat-sangat dikehendaki oleh masyarakat kita pada masa ini …
Ada baiknya
majalah yang semacam ini isinya diterbitkan di dalam huruf rumi supaya boleh
dibaca oleh peringkat-peringkat baru…
Isinya mengandungi pelajaran-pelajaran,
pengalaman dan pengetahuan umum mengenai sains, politik dan lain-lain dari
tokoh-tokoh tinggi…
Bangsa kita wajib dan patut membaca tulisan dan fikiran
dari orang-orang ini semuanya.
(Ulasan Radio Malaya, oleh
En. Zain Ariff).
``Utusan pembawa nikmat dan boleh menyegar otak dan badan.``
Muhammad
bin Abdullatif, Kelantan).
``Lahirnya memberi keriaan kepada pembaca-pembacanya dan
memberi pengetahuan dan pelajaran yang berguna kepada masyarakat.``
(Jaafar
Othman, Pontian, Johor).
``Lapangan yang kosong begitu lama, kini telah diisi oleh
Dian.``
(Hadrami
Abdul Rahman, Kolej Islam).
Manakala Bunga Rampai karya yang petikan ( 10 petikan), antaranya:
Di hari yang sunyi sepi ini,
Kenangan lama kunjung kembali lagi.
Entah di mana dia mengembara, tak pernah ada berita
Pada dara, harapan bersua muka walau di mana.
(Kenangan Lama,
Shamsir, Terengganu).
Betapa benar pandai berkata,
Kepala sahaja hanya sama.
Isi hati jauh berbeza,
Kapas kekabu tiada serupa.
(Ibrahim bin Haji Abdullah,
Maktab Perguruan Islam,
Kelantan).
Walau jasadmu telah diragut maut,
Pudar dari segala pandangan nyata.
Namun jiwamu tetap berkekalan,
Bersemadi indah dalam kenangan.
Kenangan Buat
Pahlawan Yang Gugur,
Mesrawati).
Kawan,
Cahayamu indah nian,
Seanih matahari pagi seanih bulan.
Restuku padamu kawan
Agar hayatmu diabadikan.
(Kawan –
Harun Affandi).
Janganlah kita biarkan bahasa dan ejaan itu beku tidak
bergerak. Kita bukan hendak menghinakan ejaan dulu, malahan justrunya untuk
memperbaiki mengikut apa yang sesuai dengan perkembangan bahasa sekarang.
(`Penyelidikan Bahasa` - Muhammad Ridhuan Haji Ahmad`,
Kolej Islam, Malaya ).
``Sesin pemberian dengan rela lebih luhur dari segumpal emas
yang diberi dengan menanti balasan.``
(Kata-kata
Hikmat, S.M. Muhammad).
Sekian.
No comments:
Post a Comment