November 20, 2013

Keamanan Meminggir Diri Kebimbangan Mengganti: Kembalikan Keyakinan


Ceria aman selama ini
Ketara makin meminggir diri
Oleh peristiwa-peristiwa menggugat
Terasa tiada lagi tempat selamat.

Bukti-bukti jelas
Bersiri tragedi pembunuhan

  1. Pada 23 Oktober 2013

Di Kuala Lumpur
Pegawai Bank Wanita Setia
Ketika menguruskan wang
Ditembak pengawal keselamatan
Yang tidak selamat
Oleh hilangnya kesetiaan.

  1. Pada 10 November 2013

Ketua Penolong Penguatkuasa di Pahang
Dibunuh kejam di hadapan rumah kediaman
Oleh anasir dendam kerana penyelewengan.

  1. Pada 14 November 2013

Di Bachok, Kelantan
Ayah ditembak kejam
Di hadapan anak
Berdepan kediaman
Motifnya juga dendam.

  1. Pada 15 November 2013

Di Seremban
Penunggang wanita diragut
Setelah bergelut, motorsikal ditendang
Mengakibatkan kematian.

  1. Pada 15 November 2013

Sabah – Pom Pom Island
Puncak membimbangkan
Apabila pelancong Taiwan
Ditembak dan isteri dilarikan.

Dan banyak lagi kekejaman terjadi
Dan akan terjadi
Menjadikan keamanan menghilang
Kebimbangan mengancam
Tiada keceriaan.

Kementerian Dalam Negeri
Polis dan agensi berkenaan
Pastikan keamanan yang hilang
Kembali Pulihnya keyakinan
Bebas bergerak tanpa bimbang.

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,
16 Muharram 1435
20 November 2013.

No comments:

Post a Comment