Adalah semata air
Rahmat bernama hujan
Sumber kehidupan
Yang bernyawa dan tumbuhan.
Kerananya dan ketentuan-Nya
Siang malam nature bekerja
Menyerap mengangkat angin
Mengaraknya ke perbatasan
Memecahkan awan hitam
Di gunung, lembah dan pamah
Mengalirkan sungai dan saliran
Menghijaukan fenomena
Mendamaikan.
Di luar kebiasaan
Hujan datang secara garang
bersama angin bernama taufan
lebih khusus ada bernama Haiyan
mencurah, melimpah, memusnahkan
kecil manusia di tengah kerosakan
bencana mengancam.
Dan kita tidak terlepas
Berdepan dengan segara alam
Terpercik dari fenomena Pasifik
Walaupun dalam skala sederhana
Setiap musim tengkujuh
Turut sama menerima ujian
Banjir menenggelam merosakkan
Mengalir duka yang sengsara
Biarpun tangan-tangan simpati
Menghulur dan beramal bakti
Tidak sama dengan yang kehilangan
Harta benda dan kasih sayang.
Banjir
Lebih lagi taufan
Ingatan tahunan
Seharusnya waspada dan lebih bersedia
Dengan kemungkinan dan kelengkapan
Menukarkan ancaman kepada kemanfaatan
Minimumkan kemusnahan dan penderitaan.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
05 Safar 1435
08 Disember 2013.
-tumpang sekaki di sini-
ReplyDeleteTENGAH TAHUN BEGINI
Tengah tahun begini
hujan bukan tanda mahu banjir
wilayah kami, hujan malas turun
Kami bagai kata orang tua itu
"Air di tempayan jangan kaucurah"
Guruh pelakar memekak
kilat membelah langit
sengaja mengugut,
sang penjaja sepertiku
menghenti teriakan
Suara seru baik kausimpan
bertasbih kepada-Nya
bertahmid semahunya.
Sut Ramadhan 37H.
wassalam.