MPKj, 20 Safar 1435 = 23 Disember 2013 (Isnin):
Sejak Persatuan Penduduk Mutiara Bangi melaksanakan Skim
Perumahan Berpengawal (Guarded Community) pada pertengahan tahun ini (sekatan
24 jam) mencetuskan bantahan dari penduduk kawasan 1/3 – Kawasan Surau al-Umm,
penduduk kawasan 2/1B, 2/1J & 2/1K
di bawah Surau Damai dan penduduk kawasan 3 Tambahan yang selama ini
menggunakan jalan awam yang merentasi Mutiara Bangi tanpa sekatan.
Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima aduan
penduduk melalui:
1) Aduan
Star (18-20 Ogos 2013). Tulisan berkenaannya juga terbit dalam Sinar Harian dan
juga Utusan Melayu.
2) Penduduk
juga menyalurkan bantahan melalui Pengerusi Surau al-Umm pada 29 Ogos 2013.
3) Persatuan
Penduduk Mutiara Bangi membuat permohonan mengekalkan Sistem Berpengawal surat bertarikh 30 Ogos
2013.
4) Pihak
MPKj mengarahkan Persatuan Penduduk memasang notis pemberitahuan di lokasi
tertentu dalam tempoh 21 hari bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas
penduduk.
5) Pada
12 Disember Persatuan telah memasang Notis Pemberitahuan dan tempoh maklumbalas
penduduk sehingga 14 Disember 2013. Notis tidak mengendurkan bantahan.
Penduduk Mutiara Bangi yang Berpengawal mengandungi 80 buah
rumah di Mutiara Bangi dan 31 buah rumah Villa House.
Bagi mengatasi rasa tidakpuas hati penduduk, maka pada hari
ini MPKj memanggil wakil-wakil Persatuan Mutiara Bangi, wakil-wakil daripada surau-surau dan penduduk
bagi membincang dan mengatasi masalah yang dihadapi. Hadir ke pertemuan Datuk
Nizam bin Sahari Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj, Tuan Haji Omar
Pengerusi Persatuan Penduduk Mutiara Bangi, Dato` Othman Desa Mantan Pengerusi
Persatuan Penduduk Bangi Mutiara. Pengerusi Surau al-Umm Dr. Shafie Abu Bakar bersama
Hjh. Kamariah & Hajah Ramlah, Wakil Pengerusi Surau Damai Ybhg. Raja
Fuaddin mewakili Pengerusi En. Ajid Che Kob dan wakil-wakil, En Ahmad Marzuqi,
saudara Shukor Atan Ahli MPkj, saudara Adhram Musa Ahli MPKj, saudara Mohd Fahmi
Wakil Adun Bangi Ustaz Shafie Ngah saudara Talzi Hao Wakil Ahli Parliman
Serdang – Dr Ong. Dan lain-lain yang
jumlah semua 25 orang.
Permulaan perbincangan Datuk Nizam membaca Garis Panduan
Skim Perumahan Berpengawal Di Negeri Selangor. Jika dilihat pada syarat-syarat
dan diterapkan kepada Mutiara Bangi, maka Mutiara Bangi tidak menepati syarat
dan tidak berhak menyekat jalan awam yang diguna orang awam. Antara syarat yang
tidak ditepati oleh Mutiara Bangi:
1) Pelaksanaan
hanya dibenarkan bagi kawasan komuniti yang tidak mempunyai jalan bersambung
atau dihubungkan dengan kawasan komuniti bersebelahan dan sekitarnya.
2) Pelaksanaan
hanya dibenarkan bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan yang berkongsi
seperti surau, Sekolah, padang
bola dan sebagainya seperti diperuntukkan dalam Pelan Kebenaran Merancang/Pelan
Susun Atur asal yang diluluskan
3) Penghalang
hanya dibenarkan beroperasi dari jam 12.00 tengahmalam sehingga 6.00 pagi
4) Penggunaan
kad akses (automatic) dilarang sama sekali
5) Tidak
dibenarkan menghalang kenderaan keluar/masuk ke kawasan berkenaan.
Wakil Penduduk Mutiara Bangi mengemukakan hujah:
1) Guarded
Community diadakan kerana mengikut keputusan mesyuarat penduduk
2) Kerana
menjaga keselamatan. Banyak kes pecah rumah
3) Guna
stika untuk pengenalan dan kawalan.
Hujah Penduduk Jiran Bagi Mutiara Bangi yang membantah
1) Mereka
juga mewakili penduduk di bawah surau-surau dan masyarakat setempat
menyampaikan bantahan.
2) Masalah
keselamatan bukan saja dialami penduduk Mutiara Bangi, tapi juga di luar dari Mutiara
Bangi.
3) Mengganggu
dan menyusahkan perjalanan yang sepatutnya lebih selamat (ada traffic light).
Turut bercakap saudara Shukor Atan dan saudara Adhram Musa
yang kedua-duanya Ahli MPKj, saudara Fahmi Wakil Adun Bangi dan saudara Talzi
Hao Wakil Ahli Parlimen Serdang yang maukan masalah diselesaikan dengan baik,
tidak membezakan masyarakat dan menimbulkan imej buruk penduduk Bangi keluar
dan wujud halangan psikologi dan sosial dalam kelompok masyarakat.
Rumusan:
Penduduk Mutiara Bangi mau kekalkan amalam Guarded Community
mereka.
Pihak Membantah dari tiga kawasan sekeliling mau ditiadakan
Guarded Community.
Cadangan Kompromi:
Mantan Adun Bangi cadangkan supaya kembali kepada praktik
asal `Sekatan` hanya dari jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja.
Tapi Datuk Nizam mencadangkan tempoh percubaan, TIADA
SEKATAN WAKTU PUNCAK:
1) 6.00
– 9.00 pagi
2) 12.00-
2.00 petang
3) 5.00
– 9.00 malam
Tempoh percubaan 2 bulan (Januari – Februari 2014). Maklumat
Kenyataan hendaklah dipasang dengan jelas.
Sekiranya berjaya diteruskan. Jika tidak diajukan bantahan
dan pertemuan akan diadakan kembali.
Sekian.
Saya ada menghantar email kepada MPKj mengenai masaalah ini tetapi tiada jawapan dari pihak MPKj. Pada pandangan saya sekiranya perbuatan seseorang itu menyusahkan orang lain, kita buat sesuatu yang menyusahkan mereka juga. Mungkin kita boleh minta MPKj supaya jalan simpang empat traffic light itu dijadikan simpang tiga memandangkan lampu traffic light itu bukan dimiliki penduduk mutiara bangi. Ia dibina untuk penduduk Bandar Baru Bangi. Tutup lampu isyarat berkenaan dan letakkan semula penghadang jalan. Jika mereka hendak ke bangi perdana, mereka terpaksa menggunakan jalan yg jauh sama seperti apa yg berlaku kepada kami sekarang sekarang. Seksyen 1 hendak pergi ke bangi perdana terpaksa melalui jalan yg jauh. Seperti skrip sebuah filem "if you treat me like a dog, i will act like a dog!"
ReplyDeleteRizalmi Seksyen 1 BBB.