Sungai Tangkas, 18 Jamadil Awal 1434 = 30 Mac 2013 (Sabtu):
Pagi ini Adun bersama saudara Azizi dan saudara Amir Udin ke
Sungai Tangkas. Sebelum tiba Adun menghubungi Ketua Kampung Tok Abdul Hadi
Husin untuk turut sama ke Tapak Sekolah Agama Sungai Tangkas. Tujuan Adun turun
bagi melihat tapak Sekolah agama Sungai Tangkas. Tapak Sekolah ini telah
dirasmikan lawatan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid
Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor pada 6 Januari 2013 yang lepas. Pada masa
itu kerja-kerja tanah, iaitu menimbus dan meratakan tanah sedang giat dilakukan
oleh Syarikat Rumiza di bawah Kontrektor yang bakal membina Sekolah, iaitu
Syarikat Manfor. Sebelum daripada perasmian tapak oleh YAB Dato` Menteri Besar,
Adun telah beberapa kali melawat tapak berkenaan yang disifatkan antara projek
yang paling cepat menyelesaikan soal pengurusan tanah dan juga mendapat
peruntukan pembangunan Sekolah, iaitu sebanyak RM5.2 juta.
Semalam Adun menerima telefon dari seorang penduduk di
Sungai Tangkas yang menuduh bahawa``Projek Sebagai Gimik Politik`, kerana
menurutnya kontrektor tidal lagi menjalankan kegiatan pembangunan. Perkara ini
memang telah sampai ke pengetahuan Adun, melalui Wakil pihak JKR di Mesyuarat
Penyelarasan Pejabat Daerah pada bulan Februari lepas. Namun menurutnya usaha
sedang dilakukan untuk membuka tender yang baru. Ini bererti ia bukanlah suatu
gimik politik. Lagi pula pembinaan site office dan pondok-pondok pekerja telah
dilakukan dan kerja-kerja penambakan tanah pada kawasan gaung juga telah
dilakukan.
Difahamkan oleh kerana kerja-kerja menambak gaung begitu
banyak (perlu lebih 2,500 lori), maka peruntukan sebanyak RM5.2 juta tidak
mencukupi. Difahamkan Syarikat Manfor menarik diri.
Semasa Tok Hadi Ketua Kampung Sungai Tangkas turun sama ke
lokasi. Kami telah berbincang berhubung dengan pembinaan Sekolah berkenaan.
Menurut Tok Hadi,
``Saya berpendapat tender baru sudah dikeluarkan, dan sudah
ada yang mendapat kontrek dengan penambahan peruntukan pembangunan. Pihak
pemaju yang mendapat kontrek pernah datang kepada saya dan bertanya tentang
jalan keluar masuk bagi lori-lori berat.`` Kata Ketua kampong itu, ``Ini
bermakna sudah ada yang mendapat kontrek.``
Kami cuba
menghubungi pihak-pihak berkenaan, tetapi oleh kerana hari ini hari Sabtu, kami
tidak dapat membuat hubungan ke Pejabat JKR Hulu Langat secara terus.
Perkembangan lanjut Adun akan laporkan, tetapi Adun
nasihatkan terutama penduduk Sungai Tangkas jangan bimbang. Projek Sekolah
Agama ini akan diteruskan. Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment