Pembunuhan
Walau dengan apa cara
Dan alasan
Adalah kezaliman.
Bukanlah kemegahan
Membilang kematian
Tetapi kemuliaan
Membahagikan ihsan
Menabur kasih sayang.
Mata kemanusiaan
Memandang tajam
Pada kezaliman
Memisah cinta
Merosakkan harmoni
Memusnahkan.
Shafie Abu Bakar
Bandar Baru Bangi
01 Jamadil Awal 1434
13 Mac 2013.
No comments:
Post a Comment