BBB, 10 Jamadil Awwal 1434 = 22 Mac 2013 (Jumaat):
YB. Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas malam ini menyampaikan
ucapan kepada hadirin di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sempena Pendaftaran
Sukarelawan Pas Serdang. Sebagaimana orang lain, beliau juga membuat telahan
tentang tarikh pembubaran Parlimen yang dijangka selepas LIMA di Langkawi yang
berakhir 30 April dan mengundi sekitar pertengahan Mei. Secara bergurau beliau
berkata, ``Jika tidak betul, bukan sesuatu yang merosakkan akidah !`` Menurutnya, ``Najib sedang gelisah dan takut
dengan kemaraan Pakatan Rakyat dan semakin dilewatkan tarikh pilihanraya
semakin banyak peristiwa akan muncul yang makin berpihak kepada Pakatan
Rakyat.``
YB Salahuddin berpendapat, ``
``Pilihanraya Ke 13 cukup menarik, ia adalah Ibu Segala
Pilihanraya. Pilihanraya yang menentukan hidup matinya BN dan peluang terbaik
bagi Pakatan Rakyat membuat perubahan.`` YB Salahuddin menyebut tentang sejarah
kepartian yang memerintah di dunia biasanya dalam lingkungan 50 tahun dan BN
mendekati usia 60 tahun !
Untuk mendapat sokongan rakyat kita menawarkan pendekatan
kita melalui Buku Jingga sebelum melahirkan Manifesto melalui Konvensyen Ketiga
Pakatan Rakyat.
YB Salahuddin menelah, bahawa politik Negara mengarah kepada
suasana yang lebih baik dalam menuju kepada system dua parti. Sebagaimana di
Barat. Amerika dengan parti Republikan dan Demokrat dan England dengan Conservative dan
Boroh. Antara kedua-dua parti bertukar dan bergilir-gilir dalam pemerintahan.
Begitu juga dengan Jepun dan Korea Selatan. Jepun selepas gugur bom atom di Yokohama dan Nagasaki
dalam Perang Dunia Kedua makin maju dengan asset kini 7 trilion dolar.
Pertukaran pemerintahan di Negara itu adalah perkara biasa yang sejak selepas
Perang Dunia Kedua sudah 30 orang Ketua Negaranya sudah bertukar. Begitu juga
dengan Korea Selatan. Pelajar Pengajian Tinggi di Korea dianggap tidak cukup
credit hours tanpa mengambil kursus berhubung dengan `Seni Demokrasi`. Kedua
Negara ini kini menawan dunia bukan dengan perang, tetapi dengan alat letronik
dan teknologi. Jepun kini menakluki dunia dan masuk ke rumah-rumah dengan
jenama Toyota ,
Mitsubishi dan Honda dan Korea Selatan menguasai dunia dengan Grundeg, Samsung,
Hayundai dan sebagainya. Betapa
berkesannya system dua parti dalam menegakkan demokrasi dan kemajuan Negara.
Bagi YB Salahuddin kita sedang menuju kepada peralihan kuasa melalui dua parti
seharusnya diterima sebagai perkara biasa dan positif yang dapat memajukan
Negara. Takdirnya kita berkuasa dan setelah sepenggal sekiranya kita melakukan
perkara regressif, maka rakyat berhak menukarkan kerajaan kepada parti yang
lain dalam system dua parti tersebut.
Apa yang ditekankan oleh YB Salahuddin, rakyat boleh membuat
pilihan dan penilaian. Beliau membuat sindirin tajam terhadap Rais Yatim
Menteri Penerangan yang kononnya bersifat telus dengan memberi slot masa 10
minit bagi Pakatan Rakyat untuk membentangkan manifestonya dengan berbagai-bagai
syarat. Beliau bertanya, ``Apa yang boleh dicakapkan dalam masa 10 minit ?
Menurutnya. ``Inilah Menteri tak cerdik, walaupun ada Ph. D. Ini adalah contoh
Menteri yang telah tamat tempoh dan expired.``
Tambahnya, ``Kita mau pimpinan yang berani, rasional dan
mampu menampilkan idea yang segar, membangunkan daya intelektual dan bukan
membodohkan masyarakat.``
YB Salahuddin mempersoalkan, ``Apa jenis Menteri Penerangan
yang kita mendepani kini dalam mana tv penuh dengan film tahyul, puaka, Tanah
Kubur, Saka dan sebagainya. Kementerian Penerangan bukan saja menghabiskan duit
rakyat, tetapi menjadikan rakyat, terutama orang Melayu mundur, khayal, tidak
bersemangat dan ketinggalan zaman.
Beliau berterima kasih kepada Tun Musa Hitam, walaupun dalam
sejarahnya ada kontroversi dan mempunyai titik hitam berhubung dengan peristiwa
Memali, tetapi menerima reality dan menganggap proses normal jika berlaku
pertukaran pemerintah dari BN kepada Pakatan Rakyat.
YB Salahuddin mau pemimpin berjiwa besar sebagaimana Rasulullah
menerima Washi pekerja upahan yang membunuh Sayyiduna Hamzah dalam Perang Uhud
dan Hindun membedah dada Sayyiduna Hamzah dan cuba memakan jantung Sayyiduna
Hamzah dalam Perang berkenaan, tetapi apabila mereka masuk Islam, mereka
diterima keislaman. Demikian Abu Sufyan musuh Islam, tapi secara diplomasi
semasa Fath Makkah, Abu Sufyan diberi penghormatan, ``Siapa yang memasuki
rumahnya selamat ! Apabila beliau masuk Islam beliau diterima dengan hati
terbuka.`` Moralnya pemimpin dari BN dan dari mana parti haruslah berjiwa
besar. Sebarang perubahan pemerintah yang dipilih rakyat, haruslah diterima
secara terbuka.
Merujuk kepada Tun Mahathir, YB Salahuddin berpendapat,
``Mahathir orang yang paling takut, kiranya berlaku pertukaran pemerintahan !
Banyak perkara yang akan menggugat beliau dan keluarganya, Sekarang dia ketua
kempen BN, sanggup melancarkan buku Rosmah yang tidak setaraf dengan
kedudukannya, bahkan menyarankan buku berkenaan digunakan di Sekolah-sekolah
!`` Beliau menceritakan isu Datuk Seri Najib yang membawa artis Korea di Pinang
dalam mana bila ditanya penerimaan artis ini, penuntun menjawab `Yes`, tetapi
tentang dirinya dijawab penonton, ``No`` sebagai yang memalukan.
Menurut YB Salahuddin, ``Mahathir takut dengan perubahan,
kerana banyak rekod dan dosanya berhubung dengan Anwar. Dia dipecat,
ditelanjangkan, ditumbuk di ISAkan bahkan separuh mati !`` Tambahnya, ``Takut
kerana anaknya akan hilang peluang menghimpun harta dan bertakhta, bahkan takut
terbongkar segala-galanya !`` Beliau menyebut seorang Duta pernah bertanya
Pimpinan Pas, ``Apakah tindakan yang akan diambil bila Pakatan berkuasa ?``
Jawapannya, ``Kita bukan jenis orang yang balas dendam ! Tetapi jika melibatkan
rakyat, maka undang-undang akan mengambil tempat !``
Menurut Naib Presiden Pas itu, ``Kita memilih jalan aman,
bukan dengan kekasaran, sebab itu kita memilih pilihanraya, tetapi ianya
seharusnya berjalan dengan telus dan adil.`` Beliau optimis Pakatan Rakyat
mampu meraih kemenangan menguasai Persekutuan dengan memecahkan kubu-kubu utama
BN dan menguasai sebahagian kerusi Parlimen di:
Johor 26 kuasai
12
Ditambah dengan kerusi-kerusi di negeri-negeri yang lain
yang lebih terjamin, maka dijangka Pakatan akan menguasai lebih dari separuh kerusi
Parlimen yang berjumlah 222 kerusi itu.
Berhubung dengan kedudukan dirinya, beliau bertekad untuk
pulang ke Tanah Airnya di Johor bertanding di peringkat Parlimen dengan
meninggalkan kerusi selamatnya di Kelantan, bahkan tidak menerima tawaran
kerusi di Titiwangsa. Tekad dan azamnya makin kukuh dengan pemergian ke Johor
tokoh-tokoh seperti Lim Kit Siang dan dijangka Keadilan Rakyat juga akan
menghantar tokoh-tokoh utamanya di Johor seperti Jui Ming dan lain-lain.
Berhubung dengan `Isu Berdarah` di Sabah, beliau kesal dan
berpendapat, ``Sepatutnya tidak berlaku kematian ke atas anggota Polis. Empat
bulan pihak musuh sudah berada di Sabah ,
bagaimana dengan pihak intelligent tidak bertindak dengan berkesan ?``
Beliau menyebut seorang Bekas OCPD di Lahat Datu sejak 5
tahun lepas meminta agar meningkatkan kekuatan Polis dan Tentera untuk
mengelakkan dari pencerobohan, termasuk ancaman dari tentera Abu Sayyaf mengapa
tidak ditambah ?
Beliau menggesa agar peristiwa berdarah itu dijadikan pengajaran, bahawa soal keselamatan tidak
boleh dikompromi.
Apa yang dapat dinilai dari ucapan YB Salahuddin Ayub Naib
Presiden Pas itu, bahawa pertukaran kuasa suatu yang normal. Beri hak kepada
rakyat memilih secara telus dan adil. Negara menuju kepada pemerintahan dua
parti. Sebarang pertukaran pilihan rakyat haruslah diterima secara terbuka.
Mana-mana yang tidak dapat memenuhi hasrat rakyat, mereka haruslah ditukar dan
pihak yang ditolak rakyat haruslah menerima pula secara terbuka dan memperbaiki
diri untuk kembali berkuasa.
Sebelum dari ucapan YB Salahuddin turut berucap ialah YB.
Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, saudara
Adram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang dan saudara Abang Ahmad Kerdi AJK Pas Pusat
yang mewakili Sarawak. Mereka berucap dalam keadaan hujan renyai-renyai. Tetapi
apabila YB Salahuddin berucap hujan berhenti dan pendengar bertambah ramai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment