BBB, 25-26 Rabiul Akhir 1434 =07-08 Mac 2013 (Khamis &
Jumaat):
Dua hari berturut-turut Adun bersama Sdr. Shahrum Abdullah
dan sdr. Ari Krishnan Tores Ketua Antara Kaum Adun Bangi mengunjungi dua SRJK(T)
bagi menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor peringkat permulaan (Siri
Pertama) bagi Tahun 2013. Bantuan ini adalah lanjutan dari bantuan-bantuan yang
telah disampaikan pada tahun-tahun yang lepas.
Pagi Khamis 7 Mac ini Adun mengunjungi SRJK(T) West Country
Barat – bersebelah hadapan bagi Hospital Serdang. Kehadiran kami disambut oleh
Guru Besar Puan Subulitchmi dan Pengerusi PIBG Puan Kundi Devi. Majlis ringkas
itu bermula dengan Wakil PIBG-Guru Besar mengucap terima kasih di atas
kehadiran Adun membawa peruntukan dari Kerajaan Negeri. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada saudara Ari Krishnan yang prihatin terhadap SRJK(T) dan
masyarakat India ,
khususnya di Pekan dan Kg. Bangi.
Dalam ucapan ringkas, Adun menyatakan, bahawa Adun datang
membawa peruntukan permulaan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM5,000 untuk
kegunaan Sekolah. Adun menyatakan walaupun SRJK(T) di luar dari Dun Bangi (Kawasan
Balakong), tetapi urusan Kerajaan Negeri bagi Sekolah ini diamanahkan kepada
Adun. Sebab itu sebarang peruntukan negeri kepada Sekolah ini melalui Adun
Bangi, sebagaimana kehadiran Adun pada pagi ini dan penyampaian beg sekolah.
Walaupun begitu, bukan setakat peruntukan dari Kerajaan negeri saja, tetapi
Adun juga mengeluarkan peruntukan Adun. Contoh membuat Pondok Pengawal, memberi
insentif murid-murid cemerlang dan sebagainya. Selepas berucap Adun
menyampaikan cek. Kemudian melihat pondok pengawal yang sudah digunakan, tetapi
belum ditarik wire api. Adun harap segera dibuat permohonan kepada TNB. Adun juga
minta diseminkan jalan pendek dari pondok ke tepi jalan yang kosnya tidak
seberapa. Kiranya perlu peruntukan Adun, kita sedia mengeluarkannya. Selepas
itu kami memohon diri pulang ke Pejabat.
Pada pagi Jumaat Jam 10.45 Adun bersama saudara Shahrum Abdullah
bertolak ke SRJK(T) Pekan Bangi. Saudara Ari Krishnan menunggu kami bersama
dengan En. P. Selvam Pengerusi PIBG, (En. Mohd. Nasir Guru Besar ada urusan
luar), En. Jesudess Setiausaha PIBG. Beberapa AJK turut hadir iaitu En. Tanbu
Selvam, Pn. Pachiama, Pn. Sivamala, A. Puspam, S.Muni, En. Munianday. Turut
hadir En. Murgayah Jurulatih Karate.
Pertemuan diadakan dalam sebuah bilik bangunan kantin.
Sebelum Majlis Ringkas berlangsung Adun dikalung dengan Sekalungan Bunga Malai
(Bunga Melor yang semerbak baunya dan diselimut Kain Penghormatan).
Pengerusi PIBG SRJK(T) Pekan Bangi En. Selvan mengucapkan
terima kasih di atas kehadiran Adun untuk menyampaikan peruntukan dari Kerajaan
Negeri Selangor. Menurutnya, ``Kami akan gunakan peruntukan sebaik mungkin untuk
kepentingan Sekolah,`` tambahnya, ``Kami berharap dapat menerima peruntukan
seterusnya pada masa akan datang.``
Adun Bangi mengucap terima kasih kepada En, P. Sevam dan
semua AJK PIBG yang hadir serta Wakil Guru Besar. Tujuan Adun hadir ialah untuk
menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor yang pada kali ini sebagai
siri permulaan 2013 berjumlah RM7,500. Perbezaan dari segi jumlah antara
Sekolah bergantung pada jumlah murid-murid, kata Adun. Ada lagi peruntukan pada masa akan datang.
Adun memuji kedudukan Sekolah yang makin cantik dan bersih,
bila bangunan lama diruntuhkan setelah bangunan baru tiga tingkat digunakan.
Adun percaya, pembelajaran yang diterima murid-murid lebih ceria dan guru-guru
mnegajar lebih selesa. Adun tegaskan. Ini bukan pertama kali Adun hadir ke
Sekolah ini, bahkan berkali-kali menghantar bantuan seperti ini, menyampaikan
beg-beg Sekolah, menyampaikan kerusi-meja yang dipohon, menyampaikan bantuan
pelajar-pelajar miskin dan berbagai-bagai lagi. ``Saya akan datang lagi ke Sekolah
ini, jika ada peluang,`` kata Adun.
Dalam acara ringkas Adun sampaikan cek bernilai RM7,500
kepada Pengerusi PIBG En. P. Selvem disertai AJK.
Sekian.
No comments:
Post a Comment