Econsave, Jalan Reko, 04 Jamadil Awwal 1434 = 16 Mac 2013
(Sabtu):
Sejak Skim Jom Shopping bagi Ibu Tunggal diperkenalkan,
inilah kali pertama ibu-ibu tunggal dapat dibawa ke Jom Shopping, Econsave, Jalan
Reko, Dun Bangi untuk membeli belah. Sebelum daripada ini berbulan lamanya
kempen dan maklumat dibuat untuk mendapat nama-nama Ibu Tunggal. Antaranya
melalui Ketua-Ketua Kampung, pembukaan kaunter dan Kunjungan Kebajikan dan
sebagainya. Target awal mau mendapat paling minimum sebanyak 100 orang ibu
tunggal yang layak untuk dipanggil ke Jom Shopping. Untuk Jom Shopping Bagi Ibu
Tunggal pertama kali ini dikombinasi dan disekalikan dengan Jom Shopping Warga Emas. Menurut Puan Nabilah
bt. Ahmad Pegawai di Pejabat Adun Bangi,
``Panggilan kali ini dibuat
terhadap 100 orang Ibu Tunggal dan 100 orang
Warga Emas. Kerja mendaftar dan memanggil ibu tunggal dilakukan sejak
sebulan yang lalu.`` Seperti biasa sebagaimana warga emas, Ibu-Ibu Tunggal yang
telah didaftar hendaklah mendaftar diri di Kaunter yang dibuka di Econsave.
Setelah itu diadakan Majlis Perasmian bersama dengan Warga Emas. Oleh kerana
panggilan adalah lebih ramai dari biasa, maka berlaku kesesakan di ruangan
pendaftaran. Namun keadaan terkawal dan majlis diteruskan dan berjalan dengan
licin.
Dalam Ucapan Perasmian, Adun mengucapkan Selamat Sejahtera
kepada semua kaum yang hadir, khusus kepada Ibu-Ibu Tunggal yang dapat hadir
bagi Kali Pertama hari ini. Dari segi panggilan terhadap Warga Emas, ini adalah
kali ke 16 Jom Shopping yang diadakan di Dun Bangi. Adun Maklumkan juga, bahawa
jumlah Ibu Tunggal adalah 100 orang bagi Kali Pertama. Adapun jumlah Warga Emas
yang telah didaftarkan di Dun Bangi adalah sebagaimana berikut:
Bilangan Mendaftar 2,336
Sudah dipanggil
1,288
Belum dipanggil
1,048
Adun maklumkan juga bahawa syarat melayakkan mendaftar Warga
Emas ialah berumur 60 tahun ke atas dan rakyat negeri Selangor. Adapun bagi Ibu
Tunggal, bahawa dia adalah bermastatin di negeri Selangor, kad pengenalan
beralamat di negeri Selangor dan berumur bawah dari 60 tahun. Seseorang perempuan itu menjadi Ibu Tunggal kerana kematian suami atau
perceraian. Skim bertujuan memberi keceriaan untuk warga Emas dan juga Ibu
Tunggal. Selain dari Skim Ibu Tunggal Adun juga memaklumkan skim-skim yang baru
seperti Skim Pengantin Baru bagi pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan
dan Skim Tunas bagi anak-anak yang belajar di Tadika, Taska atau Pasti yang
berdaftar.
Selepas itu taklimat disampaikan oleh saudara Shahrum
Abdullah Pegawai di Pejabat Adun, terutama terhadap ibu tunggal mereka dipandu
masuk ke dalam Pasar Econsave, sementara itu walaupun sudah selesai diadakan
Majlis Penerimaan, tetapi peserta Jom Shopping bagi bagi Warga Emas dan Ibu Tunggal
masih ada yang tiba, sebab itu kaunter pendaftaran terus dibuka.
Sementara itu Adun berkesempatan bercakap dengan beberapa
ibu tunggal yang kematian suami dan datang diiringi anak-anak. Pada wajah
mereka terbayang keceriaan, walaupun jumlah yang diberi untuk Jom Shopping
tidak seberapa. Seorang Ibu Tunggal yang bercerai hidup pada tahun 2004 berasal
dari Sungai Ramal Dalam meluahkan kepahitan hidup yang terpaksa dia jalani
bersama anak-anak (4 anak). Dia terpaksa menyewa rumah dan bekerja mengasuh
anak-anak yang dihantar ke rumah dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Sedang sewa
rumah bulanan sebanyak RM280/= sebulan. Dia berterima kasih di atas jemputan
dan kelihatan tabah menghadapi kehidupan dan berazam untuk bekerja lebih kuat
bagi membesarkan anak-anak.
Lebih kurang 15 minit dari berjom shopping dan aktiviti
membeli belah, peserta-peserta terawal mulai keluar dengan barang-barang
pilihan mereka disambut Adun dan pembantu-pembantu. Adun menyampaikan extra
bungkusan hadiah dari Pejabat Adun ditambah dengan bahan-bahan bacaan.
Sementara itu YB. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang yang mempunyai program di
tempat lain mulai tiba dan turut sama merai, menyambut dan menyampaikan
hadiah-hadiah kepada peserta-peserta Jom Shopping.
No comments:
Post a Comment