Pada 08 Julai 2012
pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui YAB. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid
Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor telah menawarkan kepada 36 pemohon-pemohon
tanah di Taman Pinggiran Seroja pemilikan tanah yang telah mereka huni
sebelumnya lebih dari 30 tahun. Tawaran telah diterima penduduk. Sebahagian
besar telah membayar premium penuh dengan mendapat potongan 30%. Hanya beberapa
orang saja yang memilih pembayaran premium sejumlah RM1,000. Pembayaran telah
selesai, termasuk yang terakhir kelmarin.
Menurut saudara Nathan, Ketua yang mengurus Taman Pinggiran,
``Mereka sekarang sedang berusaha menambak tanah-tanah lot mereka bersempadan
dengan belakang Taman Seroja, tetapi oleh kerana tiada perparitan yang
sempurna, bahagian belakang Taman Seroja yang asalnya tanah paya berlaku
banjir. Kebanjiran ini bukan saja melibatkan 36 lot tanah yang dikurniakan
kepada penduduk, tetapi juga melibatkan lot 12 dengan 16 rumah, lot 49
melibatkan 2 rumah dan lot tepi melibatkan 12 rumah.
Bagi membaiki tapak-tapak perumahan dan rumah di sini dan mengelak dari masalah banjir, maka pada hari ini Adun bersama Ahli Parlimen Serdang menjemput YDP MPKj, Tuan Pegawai Daerah dan penduduk bagi melihat keadaan dan mencari penyelesaian bagi mengatasi banjir. Hadir pada pagi ini Adun Bangi YB. Dr. Shafie Abu Bakar, Ahli Parlimen Serdang YB. Teo Nie Ching, En. Hashim sebagai S.O. dari Pejabat Daerah Hulu Langat, En. Mohd. Shahir dari MPKj, penduduk dan pemberita-pemberita berjumlah lebihkurang 30 orang. Pertemuan dibuat atas tapak tanah yang diberi kerajaan dengan disediakan 2 meja, beberapa kerusi plastik dan whiteboard dan stand. Tapak agak becak, kerana angin kuat dan hujan lebat petang semalam. Dua buah rumah berdekatan sedang dibaiki kerana atap rosak diterbang angin.
Pada permulaan saudara Nathan beri penerangan bahawa tanah
seluas 780 meter x 600 meter perlu kepada
perparitan yang sempurna, bukan saja bagi tanah yang diberi kerajaan – sebanyak
36 lot tetapi juga bagi lot 12, lot 49 dan lot tepi - pinggir. Menurut saudara Nathan caranya
dengan membuat parit bagi belakang perumahan berhampiran tanah Kurnia Negeri bersifat
melintang menurut sempadan dan dibuat parit besar bagi kanan dan kiri bagi aliran air hingga ke Sungai
Langat. Dengan demikian dapat menyelamatkan kawasan sekitar daripada banjir.
YB. Teo Nie Ching dalam ucapannya mengucap tahniah kepada 36
orang yang menerima tawaran tanah dari Kerajaan Negeri Selangor. Sambil berdiri
di stand bagi whiteboard beliau menunjukkan sempadan dengan perumahan lama,
Menunujukkan tempat-tempat yang dicadang bagi membuat perparitan. Beliau
berharap Pejabat Daerah dan MPKj dapat membuat perparitan. Manakala Adun Bangi
masih lagi mengucap tahniah di atas tawaran dan penerimaan tanah tapak
perumahan bagi penduduk, iaitu hasil usaha bersama dengan Adun Bangi, Ahli
Parlimen dan penduduk yang diketuai oleh saudara Nathan. `Saya bergembira,``menurut
Adun dengan sifat kesepakatan penerima tawaran tanah bagi menambakkannya bagi
membina perumahan. Kata Adun, ``Saya juga bergembira melihat komitmen penduduk
yang membayar premium antara yang tertinggi ialah lot no. 20 berjumlah RM32,000
bagi tanah terluas 390.21 meter persegi dan yang terkecil 135.27 meter persegi.
Saya difahamkan menurut saudara Nathan kos bagi membina perparitan bagi kawasan
tanah pinggiran Desa Seroja ialah RM45,000 dan perparitan bahagian laluan air
dari sebelah kiri RM25,000. Menurut Adun, ``Kita akan berusaha agar pihak-pihak
berkenaan seperti Pejabat Daerah dan MPKj dapat melaksanakan perparitan
berkenaan, tetapi Adun mengingatkan pihak pemilik-pemilik wajar juga menyediakan tabung pembangunan
bagi kawasan di sini, sebagai tambahan dari apa yang dapat ditolong oleh pihak
kerajaan (Pejabat Daerah dan MPKj), jika tidak dapat pertolongan sepenuh, maka
duit dari Tabung diadakan dapat diguna bagi pembangunan. Adun menambah,
``Adalah penting tapak-tapak perumahan disusun secara teratur dan juga
pembangunan perumahan secara teratur dan memudahkan keluar masuk, jika tidak
menyukarkan kedudukan dan tidak menarik dari segi landscape dan pandangan.
Selepas dari ucapan-ucapan pertanyaan-pertanyaan ditujukan
kepada YB Teo Nie Ching, Adun dan juga saudara Narthan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment