May 20, 2013

Beri Kerjasama Dengan Pelajar Membuat Penyelidikan Pada Peringkat Ph. D.

-->
Pej. Sekretariat Bangi Bandar Ilmu, 08 Rajab 1434 = 18 Mei 2013 (Sabtu):

Selepas pulang dari Majlis merasmikan Kem Ibadat di Sekolah Kafa Integrasi Istiqamah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Penulis bersama saudara Azizi yang kebetulan saudara Amir Othman ada sama, Penulis dikunjungi oleh Puan Murni bt. Subroto bersama anaknya bagi mengambil Soal Selidik yang telah dikemukakan kepada Penulis sejak pertengahan bulan April yang lepas.


Puan Murni adalah Pelajar Ph. D di Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Beliau adalah pekerja di Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya yang telah berkhidmat di Jabatan berkenaan sejak13 tahun yang lepas.  Beliau tinggal di Putrajaya, tetapi sejak 5 tahun yang lepas tinggal tetap di Bangi setelah membeli rumah kediaman di Seksyen Lapan di sini. Sejak 3 tahun yang lepas beliau telah mendapat kelulusan dari Jabatan Akauntan Negara untuk menyambung pengajian pada peringkat Ph. D. Menurutnya untuk peringkat Ijazah Pertama dan Master beliau telah belajar di UUM. Tetapi pada kali ini pada peringkat Doktor falsafah, beliau telah dinasihati oleh pihak Jabatan Akauntan Negara agar mengubah tempat pengajian untuk mempelbagaikan pengalaman. Oleh kerana, ``Saya telah tinggal di Bangi`` kata Puan Murni, maka saya memohon membuat Ijazah Lanjutan bagi peringkat Dr. Falsafah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, ``Al-Hamdulillah,`` menurutnya, ``Saya diterima belajar,`` dan telah, `` Tiga tahun mengikuti kursus,`` kata Puan Murni.


Sekarang tiba pada peringkat untuk mengumpul data, antaranya melalui interview. Puan Murni telah datang menemui Penulis di Pejabat sejak pertengahan April lepas dan memaklumkan bahawa beliau adalah Pelajar Ph. D dalam bidang Akauntan di UKM dan tinggal di Bandar Baru Bangi. Menurut Puan Murni, setakat ini beliau telah menemui seramai 42 responden di dalam berbagai-bagai bidang. Setakat ini 33 orang daripada mereka memberi kerjasama yang baik terhadap keperluan diharapkan dari respondan-respondan berkenaan. Menurut Puan Murni, ``Daripada responden yang memberi respond, tidak ada seorang pun lagi di dalam bidang politik dan beliau mengharapkan Penulis dapat memenuhi harapan beliau untuk menjadi salah seorang responden.

Sebenarnya Penulis tidak terus mau menerima, oleh kerana memikirkan bahawa bidang yang dikaji selidik adalah bidang Akauntan Negara dan beliau pula datang dari Jabatan pada peringkat Persekutuan, sedang bidang ini bukanlah bidang Penulis, tetapi memikirkan beliau adalah penduduk Bandar Baru Bangi dan adalah pengundi di Bandar Baru Bangi, maka Penulis merasakan amat wajar bagi Penulis menolong dan menerima permohonan Puan Murni. Namun Penulis tidak terus menerima, tetapi membuat syarat meminta beliau meninggalkan proposal dan soalselidik kepada penulis untuk diteliti dan menilai sama ada Penulis mampu dan wajar menerima atau tidak. Beliau bersetuju dan meninggalkan `questioner` kepada penulis untuk diteliti sebelum membuat keputusan.

Menurut Puan Murni melalui perbincangan bersamanya, bahawa tajuk Penyelidikan sebagaimana dalam surat permohonan Penyelia Puan Murni di Jabatan Perakaunan, Fakulti Ekonomi, UKM dan juga Surat Pengakuan dari Jabatan Perakaunan Negara ialah:

``Memperkasakan Akauntabiliti Kerajaan Persekutuan, Malaysia Melalui Pelaporan Dan Perundangan``.

Kajian bertujuan untuk membangunkan Kerangka Laporan Tahunan Yang Bersifat Komprehensif Dengan Mengambil Kira Keperluan Maklumat Oleh Pelbagai pihak Berkepentingan.

Menurut Puan Murni, Kaedah Kajian ialah menggunakan `Kaedah Delpi`, iaitu memperolehi berbagai pendapat secara interaktif dan bebas. Tiap respondence akan melalui tiga pusingan pertemuan. Beliau akan berusaha mengenal pasti item-item berpotensi dan mendapat consensus dari respondence-respondence hingga mencapai titik penyelarasan dan penyesuaian.

Sebenarnya lebih 10 hari soalselidik yang ditinggalkan oleh Puan Murni berada di atas meja Penulis. Kertas yang ditinggalkan agak tebal dan mengandungi beratus-ratus soalan yang perlu membuat pertimbangan dan pemilihan untuk dijawab, sehinggalah selepas pilihanraya Penulis dihubungi oleh Puan Murni, sama ada Penulis sanggup atau tidak, hinggalah Penulis dihubungi sekali lagi dan Penulis bersetuju dan meminta beliau datang mengambil bahan soal selidik pada hari ini 18 Mei, 2013.

Untuk menyelesaikan soalan-soalan yang berkait dengan Perakaunan Negara, fungsi-fungsi, persoalan yang berhubung dengan hasil Negara, cukai, deficit. Simpanan, hutang, balance antara pendapatan dan perbelanjaan, asset dan lebihan, harta yang tidak dituntut dan berbagai-bagai lagi yang setengahnya menggunakan istilah bersifat teknikal, Penulis terpaksa mengambil masa dua hari untuk menyiapkan soalan-soalan yang mempunyai 4 pilihan jawapan. Adapun bahagian yang meminta respondence memberi cadangan dan pendapat tambahan, sengaja penulis tak menjawab dan tidak membuat cadangan dengan harapan untuk ditambah dalam perbincangan, namun pihak Pengkaji tidak bermasalah jika tidak diberi jawapan tambahan dan cadangan, kerana Pengkaji akan mencari penyelarasan dalam jawapan seluruh respondence dan kelak ada banyak lagi persoalan dan cadangan akan ditimbulkan di dalam round kedua dan ketiga kelak. Namun mungkin persoalan akan datang makin koplikated dan memerlukan kemahiran yang bersifat teknikal, mungkin jika bermasalah Penulis lebih suka memilih untuk menarik diri, tetapi jika tidak bermasalah boleh diteruskan. Majlis berakhir dengan penyampaian buku kepada Puan Murni.

Sekian.

No comments:

Post a Comment