May 19, 2013

Rasmi Khemah Ibadat Integrasi Istiqamah & Sumbangan 30 Set Kerusi-Meja

-->
BBB, 08 Rajab 1434 = 18 Mei 2013 (Sabtu):

Jam 9.30 pagi Mantan Adun Bangi bersama saudara Azizi ke Sekolah Integrasi Istiqamah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi bagi dua tujuan:

1)      Merasmikan Kem Ibadah yang dianjurkan oleh pihak Sekolah
2)      Menyampaikan sumbangan 30 set kerusi meja yang berharga RM3,000/=.

Pada masa Mantan Adun tiba Majlis Kem Ibadat sedang berlangsung dengan penerangan oleh pihak Guru. Selepas penerangan Mantan Adun masuk ke Majlis diiringi oleh saudara Harun Ar-Rashid Timbalan Pengerusi PIBG Sekolah, Tuan Haji Mohd Nor, Imam Surau Al-Istiqamah. Kami disambut oleh Ketua Guru (Guru Besar) Ustazah Faturah bt. Mohd. Naim dan beberapa orang guru. Khemah Ibadah disertai oleh murid-murid dari Darjah 4, 5 dan 6 yang jumlah mereka melebihi 100 orang.


Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd. Asri itu mengalu-ngalukan ketibaan Mantan Adun Bangi dan berterima kasih kerana dapat hadir ke Kem Ibadat yang diadakan. Beliau menjemput Ustazah Faturah menyampaikan ucapan alu-aluan. Ustazah memaklumkan Kem Ibadah pada pagi ini antaranya bertujuan mendedahkan kepada murid-murid - menjaga makan-minum secara halal. Menurutnya, ``Sebarang makanan yang kita makan menjadi darah daging kita. Kita tidak mau apa yang kita makan barang tidak halal. Kerana menurut maksud Hadith. Apa yang terhasil dari yang haram, maka ianya lebih layak menjadi habuan api neraka. Makanan halal, ialah makanan bersih yang didapati secara halal, dihasil dan diproses secara halal dan dimakan menurut cara yang halal. Antara kaedah halal ialah menyembelih ternakan secara betul. Beliau menyebut antara Kem Amali hari ini, ialah kaedah menyembelih ayam secara betul yang akan dide

monstrasikan oleh Tuan Haji Mohd. Nor Imam Surau al-Istiqamah.


Saudara Harun ar-Rashid selaku Timbalan Pengerusi Sekolah juga dijemput berucap dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian Mantan Adun Bangi datang. Menurutnya setiap kali Mantan Adun Bangi dijemput beliau datang dan sebarang permintaan dari Sekolah biasanya Mantan Adun tidak menghampakan. Contoh menyumbangkan PA Sistem, memberi sumbangan bagi peruntukan sukan tahunan, Sumbangan bagi sambutan-sambutan perayaan dan pada hari ini memberi sumbangan RM3,000 yang diminta semasa Mantan Adun masih menjadi Adun, tetapi peruntukan turun agak lewat. Sumbangan ini bagi menambahkan kelengkapan kerusi meja sebanyak 30 set. Beliau juga memaklumkan Sekolah sekarang mempunyai 450 orang murid yang belajar di dalam 6 kelas di bangunan baru dan satu kelas di bangunan lama. Jumlah guru ialah seramai 16 orang. Sekolah bangunan lama didirikan sejak tahun 2000 semasa Mantan Adun Bangi menjadi Adun Kajang dan bangunan baru siap dan digunakan sejak 2009 semasa Mantan Adun menjadi Adun Bangi. Menurut saudara Harun mantan Adun Bangi memberi perhatian terhadap Sekolah ini sejak dari permulaan pecah tanah sehingga bangunan didirikan dengan kos dari kerajaan Negeri Selangor pada masa itu sebanyak RM450,000.

 

Mantan Adun Bangi ketika menyampaikan ucapan perasmian mengucap terima kasih dan tahniah kepada pihak Sekolah yang dapat mengadakan Kem Ibadat pada hari ini. Mantan Adun berkata, bahawa hubungan Mantan Adun dengan Sekolah ini amat rapat yang dieratkan lagi dengan adanya hubungan Mantan Adun dengan pihak Surau al-Istiqamah berdekatan. Mantan Adun masih meneruskan hubungan dengan mengajar di surau setiap bulan. Sekolah juga dipinjam oleh pihak Adun bagi menjalankan Kelas Tuisyen Rakyat, yang kelas di Sekolah ini merupakan salah satu daripada tiga Kelas Tuisyen yang dijalankan di Dun Bangi sejak 4 tahun yang lepas.


Mantan Adun juga menyebutkan Bangunan Baru Kafa Integrasi Al-Istiqamah adalah 5 dari Sekolah-sekolah yang didirikan pada masa Adun Bangi (2008-2013). Jumlah Sekolah Agama didirikan di Dun Bangi ialah 10 buah. Sekolah-sekolah yang didirikan pada masa Adun Bangi ialah, Kafa Integrasi Istiqamah, Sekolah Agama Jalan 6, Sekolah Agama Kajang Raya, Sekolah Agama Seri Putra, Sekolah Agama Sungai Tangkas. Mantan Adun Bangi berharap di bawah pentadbiran Surau Istiqamah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Sani Ujud dan Timbalan saudara Harun ar-Rashid Sekolah ini terus berkembang maju sebagaimana Sekolah-sekolah agama yang lain. Mantan Adun berharap pelajaran agama yang diikuti oleh murid-murid menjadi benteng dan kewajaan diri dan peribadi murid-murid di dalam menempuh pengajian dan kehidupan yang akan datang. Mantan Adun juga menyebut bahawa, sungguhpun Mantan Adun tidak lagi menjadi Adun, diharap hubungan tidak terputus. Adun sedia bekerjasama memberi peruntukan bagi program-program yang sesuai dalam jumlah yang terhad, kerana tidak mempunyai sumber sebagaimana semasa menjadi Adun.

Berikut dari itu – Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim Mantan Adun merasmikan Kem Ibadat Sekolah Kafa Integrasi Istiqamah diikuti dengan pemotongan reben.



Berikut dari itu juga Mantan Adun menyerahkan sejumlah kerusi-meja sebagai sebahagian daripada 30 set kerusi meja yang telah dibelikan dengan jumlah wang sebanyak RM3,000/= itu.


Selepas dari minum Mantan Adun Bangi menyaksikan demonstrasi menyembelih ayam yang dikendalikan oleh Imam Surau Al-Istiqamah, Tuan Haji Mod. Nor, dikuti pelatih-pelatih penyembelih yang lain – termasuk penyembelih yang berlatih dari kalangan perempuan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment