Bukit Mewah, Kajang, 20 Jamadil Akhir 1434 = 01 Mei 2013
(Rabu):
Banyak isu yang berhubung dengan tanah runtuh dan rumah
retak berlaku semasa tempoh Dr. Shafie bin Abu Bakar menjadi Adun Bangi
(2008-2013). Kebanyakan tanah runtuh dan rumah retak ini berlaku di Bukit
Kajang Baru dan Bukit Mewah, sesuai dengan kawasan-kawasan berkenaan adalah
tanah tinggi dan berbukit. Tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Kajang Baru.
Usaha membaiki cerun ini telah dilakukan, manakala tanah runtuh juga berlaku di
bahagian belakang bangunan rumah teres dua tingkat juga berlaku di perumahan
Taman Bukit Kajang Baru dan satu dua tempat lagi runtuhan yang sudah
selesai dibaiki.
Namun isu yang paling lama yang dihadapi Adun Bangi &
Kajang bagi menyelesaikannya, ialah Isu Rumah Retak Dan Rosak – Rumah Teres 1
Tingkat Di Jalan 20 dan 21, Fasa 1, Taman Bukit Mewah, Kajang. Fasa 1 Taman
Bukit Mewah Kajang ini telah dimaju oleh Syarikat Cekap Cooperation Bhd., anak Syarikat Metro Kajang sejak 1989 dan
mendapat kelulusan CFO (Kelayakan Menduduki) pada 23 April 1990. Tempoh Defects
Liability tamat pada 22 April 1991. Setelah 10 tahun dihuni, beberapa rumah
berlaku keretakan. Syarikat Cekap Cooperation Bhd. didesak bertanggungjawab dan
membaiki kerosakan. Tindakan dibuat seperti memasang paip bawah tanah tepi
cerun dan membersih saliran, tetapi bilangan rumah retak makin bertambah hingga
melebihi 40 buah rumah. Mesyuarat melibatkan Adun, penduduk, MPKj, TMB, Ikram
diadakan. Pihak berkenaan diingatkan agar tragidi seperti Island Tower & di Bukit Antarabngsa pada 7 Disember
2008 tidak berulang di Taman Bukit Mewah Kajang. Apalagi dari kajian didapati
berlaku pergerakan tanah akibat dari laluan air di bawah tanah. Antara tindakan
yang diambil memindah penghuni-penghuni rumah retak dan yang berdekatan – 20
keluarga dengan sewaan tempat tinggal disediakan oleh Cekap Cooperation Bhd.
Antara cadangan ialah menstabilkan cerun yang dijangka kosnya RM250,000.00.
Tapi cadangan ini tidak berlaku. Manakala persoalan rumah retak di sini bukan
saja dibincang di lokasi bersama pemilik-pemilik, dibawa ke dalam mesyuarat
Khas MPKj, tetapi dibincang peringkat Exco Perumahan, peringkat Dewan Negeri,
dijadikan soalan bertulis dan lisan dalam Dewan Negeri, tetapi dukacita tidak
berselesaian.
Antara cadangan mengatasi masalah bahawa Mesyuarat MPKj bersetujui
untuk menubuhkan Dana Bencana MPKj, tetapi cadangan ini tidak disetujui oleh
YAB Dato` Menteri Besar (Surat MPKj 7
Julai 2009) dan maukan pihak Pemaju bertanggungjawab membaikpulih rumah yang
retak dan rosak. Namun pihak pemilik-pemilik membuat rayuan (Surat 10 Julai
2009), berdasarkan laporan IKRAM, bahawa berlaku pergerakan tanah (ada laluan
air) dan mohon supaya tindakan pembaikan segera dilakuakan agar Taman Bukit Mewah Kajang tidak menjadi seperti
tragedi Island Tower dan Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa.
Setelah melalui rundingan antara dengan banyak pihak, maka
antara option dikenalpasti:
Pembinaan semula rumah-rumah yang retak teruk mengikut
spesifikasi asal dan beberapa pembaikan ke atas keretakan yang tidak serius. Pembaikan biasa ke atas
keretakan biasa. Kos bagi semuanya ialah RM4,450,000.00. Pihak Cekap
Cooperation Bhd. nampaknya pada mulanya mengambil kesempatan bersetuju membiyai
dengan syarat Pengecualian Syarat 20:20:10 ke atas Pembangunan Lot 1058 &
1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dengan sumbangan yang dicadangkan
(RM285,000,00). Di samping ada lagi cadangan penyelesaian berhubung dengan
tanah di Pelangi, Semenyih dengan janji untuk menyumbang RM4,000,000.00.
Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui surat
17 September 2009 berdasarkan Mesyuarat Exco-MTES bersidang pada 10 September
2009 membuat keputusan supaya bayaran sumbangan pengecualian berjumlah
RM3,166,000.00 yang dikenakan ke atas Pemaju (Anak Syarikat Kumpulan Metro)
bagi pembangunan di Lot 1058 & 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat
digunakan untuk mengatasi masalah cerun dan keretakan rumah di Jalan Bukit
Mewah 20 dan 21, Taman Bukit Mewah, Kajang Fasa 1 dengan jumlah kiraan bayaran
RM3,166,000.00. Namun pihak Cekap Cooperation Bhd. (surat bertarikh 23 September 2009) tidak
bersetuju pengecualian berjumlah RM3,166.000.00 bagi keluasan tanah seluas hanya
0.77 ekar sahaja. Tidak sebagaimana ditawarkan. Menurut surat itu pihak CCB
menarik balik tawaran asal bagi menubuhkan Tabung Bencana Tama Bukit Mewah Fasa
1.
Walau bagaimana di dalam perkembangan lanjut pada 01 Mei
2013 Hari Pekerja Hari ini, Mantan Adun Bangi berkesempatan melawat perumahan
retak dan rosak dan dapati Projek Meruntuh Dan Baikpulih perumahan di Jalan 20
dan 21 sedang dijalankan. Sebanyak 28 buah setelah diruntuh dibangunkan
kembali, manakala beberapa buah yang tidak teruk rosaknya dikekalkan untuk
dibaikpulih di bawah Kumpulan Taget Height Sdn. Bhd. Anak Syarikat Metro
Kajang. Kerjakerja Meroboh dan Membina oleh Syarikat Tetuan Angsana Naluri Sdn.
Bhd., Arkitek C.K.Siew dan Jurutera B
& P Infra.
Melihat kepada pembangunan dan pemulihan yang sedang berlaku
Mantan Adun Bangi & Kajang merasa senang dan gembira, kerana masalah rumah
rosak dan retak yang memakan masa lebih 10 tahun mulai masa sebagai Adun Kajang
(1999-2004) hingga ke masa Adun Bangi (2008-2013), maka akhirnya Projek Perumahan
Rosak dan Retak` ini dapat diselesaikan. Namun Mantan Adun Bangi dan Kajang
rasa tidak puas hati jika tidak dapat mengetahui peringkat akhir rundingan yang
dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri melalui MPKj dengan pihak Pemaju Cekap
Cooperation. Mantan Adun menghubungi pihak Cekap Cooperation Sdn. Bhd. dan
bercakap dengan Pegawai En. Azman untuk mengetahui pihak mana yang membiayai
kos bagi pembinaan semula bagi rumah yang rosak dan retak, tetapi En. Azman
tidak mau bercakap tentang kos, lalu Mantan Adun diberi nombor telefon bagi
menghubungi En. Teo Guan Kiang Ketua Perancangan Projek. Menurut En. Teo Kos
bagi pembinaan kembali hampir RM5 juta adalah ditangg
ung oleh pihak Pemaju Cekap Cooperation Bhd. Mantan Adun
bertanya, ``Tanpa sebarang syarat ?`` ``Tanpa sebarang syarat !`` katanya.
Mantan Adun tidaklah mau bertanya lebih jauh daripada itu.
Walau bagaimana Mantan Adun Bangi & Kajang merasa lega
dan bersyukur kepada Allah masalah yang berlaku dalam masa Mantan Adun yang
amat berat dan sukar itu dapat diselesaikan. Tahniah kepada pemilik-pemilik
rumah Jalan 20 & 21 Kajang Mewah 1. Al-Hamdulillah bersyukur kepada Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment