BBB, 28 Jamadil Akhir 1434 = 09 Mei 2013 (Khamis):
Berikut dengan perlantikan Menteri Besar Negeri Selangor
yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat, perlantikan penting seterusnya
ialah barisan Exco negeri Selangor. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Pecahan LIII memperuntukkan:
Majlis Mesyuarat Kerajaan
LIII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik suatu
Majlis Mesyuarat Kerajaan yang dalam bahasa Inggeris disebut ``State Executive
Council``.
Pecahan (b) menyebut:
Baginda hendaklah atas nasihat Menteri Besar melantik tidak
lebih daripada sepuluh dan tidak kurang daripada empat orang ahli daripada
kalangan ahli Dewan Negeri. Menurut praktisnya kesemua jumlah bilangan Exco
dipenuhi. Jawatan-jawatan yang dilantik berdasarkan sesi 2008-2013 dari pihak
Kerajaan yang memerintah adalah sebagaimana berikut (Nama fortfolio Exco boleh
diubah menurut kesesuaian):
Menteri Besar
Di bawah
Menteri Besar adalah Exco
1) Pelaburan,
Perindustrian dan Perdagangan
2) Hal Ehwal Islam,
Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam
3) Permodenan
Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
4) Kebajikan, Hal
Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi
5) Kesihatan,
Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
6) Pendidikan, Pendidikan Tinggi
& Pembangunan Modal Insan
7) Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Setinggan
8) Kerajaan
Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
9) Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam
Sekitar
10) Pembangunan
Kampung Baru & Penyelesaian Kilang Haram
Jika dilihat pada 10 Jawatan Exco (selain dari MB) ada
pertindihan dan ada yang perlu diperkemaskan, ditambah dan ditiadakan misalnya
menjadi:
2) Hal Ehwal Islam, Adat Melayu & Warisan
4) Kebajikan, Kemiskinan dan Wanita
5) Pekerja, Kesihatan & Kepenggunaan.
6) Pendidikan, Sains
Teknologi, Penyelidikan dan Inovasi
7) Perumahan, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam
8) Kerajaan Tempatan, Perkampungan Dan Penempatan Haram
9) Pelancongan, Belia
dan Alam Sekitar
10) Perpaduan, Kebudayaan & Kesenian
Bagi no. 1, dan 3 tidak berubah. Perubahan adalah bagi yang lebih
sesuai dan ada yang ditiadakan, kerana sudah ada dan elak dari pertindihan.
Jawatan Exco di atas perlu diagihkan kepada 3 parti dalam
Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita cadangkan semalam wajar diadakan Jawatan
Timbalan Menteri Besar sebagaimana diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Selangor 1959. Cadangan Timbalan Menteri Besar diberi kepada Pas. Jika
demikian 9 jawatan lagi di bahagi 3 exco kepada setiap parti. Jika tidak mau
diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar, maka Pas wajar diberi 4 jawatan
Exco,
Pada dasarnya setiap Adun mampu menerima apa jua jawatan
Exco, tapi dari segi praktik, jika seorang Adun mempunyai profession, kemahiran
dan pengalaman dengan jawatan exco adalah lebih baik. 3 Jawatan bagi setiap
parti sebenarnya tidak banyak. Pertimbangan diutamakan kedudukan dalam parti
dan kemahiran dan juga memberi peluang bagi orang baru yang berkebolehan. Dari
segi ini bagi Pas jika diberi jawatan kepada kedudukan dalam parti dan orang
baru sudah cukup kerusi exco. Misalnya kepada Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya
(2 orang) dan Setiausaha. Jika ada pertimbangan adalah dari kerana
faktor-faktor lain yang dianggap kuat dan releven.
Dalam Parti Keadilan Rakyat, saudara YB Azmin Ali sudah amat
wajar beliau diberi pertimbangan menjadi Exco, disamping dua lagi termasuk dari
wanita. Manakala dari Dap tidak kurang dari calon untuk diketengahkan. Misalnya
YB Ng Suee Lim dari Sekinchan dan YB Lau Weng San disamping dari wanita Dap.
Walau apa pun apa yang diutarakan di atas adalah merupakan
pandangan. Kita kira pihak yang terlibat sedang giat berbincang bagi mencapai
keputusan yang memuaskan yang seharusnya bukan tujuan lain, tetapi bagi
meningkatkan prestasi negeri Selangor di dalam berbagai bidang agar menjadi
negeri terbaik dan negeri contoh bagi negeri-negeri lain.
Biarlah speaker Datuk Teng Chang Khim dikekalkan kerana dia seorang yang berwibawa Sekian.
No comments:
Post a Comment