BBB, 25 Jamadil Akhir 1434 = 06 Mei 2013 (Isnin):
BN mempertahankan pemerintahan Kerajaan Malaysia dengan
menguasai 133 daripada 222 kerusi pada peringkat Parlimen, manakala Parti
Keadilan memenangi sebanyak 28 kerusi Parlimen, 21 Pas dan 38 Dap. Pada jam 12.50 malam tadi sebaik BN memenangi
majoriti simple Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi SPR mengumumkan
keputusan semasa itu dengan BN 112 kerusi, Pas 12, Keadilan 18 dan Dap 28.
Walau bagaimana dengan keputusan di atas (133) BN tidak mendapat majoriti 2/3
yang diperlukan. BN juga mempertahankan pemerintahan 11 dari negeri di
Persekutuan. Sementara itu Pakatan Rakyat mempertahankan majoriti kerusi Dewan
Negeri di Selangor dengan 44 kerusi, iaitu
Pas 15, Dap 15 dan Keadilan 14, manakala BN hanya 12 kerusi. Sementara
itu di Pulau Pinang Kerajaan Pakatan mempertahan Pulau Pinang dengan 32 kerusi,
iaitu 10 PKR, 2 Pas dan 19 Dap.& 1 Pihak BN hanya memenangi sebanyak 9
kerusi. Bagi negeri Kelantan Pas dari Pakatan memenangi 32 kerusi dengan 1
Keadilan dan 12 BN. Bagi negeri Kedah BN memenangi 21 kerusi, manakala Keadilan
4, Pas 9 dan Dap 2.
Pada pertandingan pada peringkat kerusi Parlimen
memperlihatkan kebanyakan pemimpin yang kembali bertanding mengekalkan kerusi
mereka tapi ada beberapa yang kalah pada peringkat Parlimen seperti Datuk A.
Ghani Othman Gelang Patah (BN) yang merupakan Mantan Menteri Besar Johor,
saudara Salahuddin Ayob (Pas) di Pulai, Dr. Mohd Fuad Zarkashi (BN) Batu Pahat,
Saifuddin Abdullah (BN) Temerloh, Mohd. Ali Rustam Bekas Ketua Menteri Melaka
(BN), Tuan Haji Mat Sabu di Pendang (Pas), Dato` Dr. Harun Din di Arau (Pas)
dan Dr. Zulkifli Ahmad di Kuala Selangor (Pas).
Kempen BN yang mau menawan negeri Selangor sebagai negeri
kaya dan berstrategik nampaknya gagal bahkan kedudukan negeri Pakatan di negeri
tersebut semakin kukuh dengan jumlah 44 kerusi, manakala BN menurun kepada 12
kerusi sahaja. Apa yang menarik Pas makin meningkat dari segi jumlah kerusi
dari 8 kerusi 2008 kepada 15 sama dengan jumlah kerusi Dewan Negeri Dap dan
mengatasi satu kerusi dari keadilan. Ini bermakna Pas di Selangor pada kali ini
mempunyai kerusi yang kuat yang sepatutnya diberi kedudukan yang kuat di negeri
Selangor. Dengan 12 kerusi BN di Dewan Negeri Selangor, bermakna kedudukan
mereka makin merosot dari 2008 yang berjumlah 20 kerusi. Angan-angan mau
menguasai Selangor nampaknya jauh panggan dari api. Bahkan beberapa orang yang
kemungkinan diberi Jawatan Menteri Besar, jika BN menang turut kalah.
Adapun pentadbiran negeri Kedah selama ini dilihat tidak
begitu sepakat di dalam pentadbiran, hatta sesama Pas sendiri, ditambah dengan
masalah-masalah dalaman. Majoriti BN yang dicapai jauh berbanding dengan
Pakatan yang mendapat 21 kerusi, manakala
Pas 9, Keadilan 4 dan Dap 2. Ini memberi pengajaran pada masa hadapan
kelemahan dalaman memudahkan lawan meruntuhkan kekuatan.
Sementara itu Dato` Seri Najib dalam perutusannya pada jam
4.30 pagi mengharapkan semua pihak menerima secara terbuka terhadap keputusan
yang dibuat rakyat. Menurutnya semua aku janji yang dibuat akan dilaksanakan.
Beliau tidak senang melihat polarisasi kaum, terutama katanya, ``Ketara di
kalangan orang-orang Cina``. Usaha akan dilakukan bagi menghapus dan
mengurangkan polarisasi sedemikian. Beliau mahu semua pihak memandang ke
hadapan secara positif.
Sekian.
Assalamualaikum Dr. Shafie,
ReplyDeleteSaya amat sedih dan berdukacita dengan keputusan PRU13 ini. Saya mengirakan tsunami politik akan melanda lagi tetapi nyata ianya meleset. Jika diukur dari sudut penyokong yg datang untuk mendengar ceramah PR, saya amat yakin bahawa PR akan membentuk kerajaan. Kehadiran org ramai ke ceramah anjuran PR amat memberangsangkan sehinggakan saya melihat tiada ruang untuk BN meneruskan pentadbirannya pada 6/5/2013. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Saya cuma berharap ada keajaiban berlaku dalam masa terdekat ini walaupun saya tahu ianya mustahil.
-Rizalmi-
Apa macam Bang Jan lain kali berkawan lagi dengan puak-puak amno.... Lu Kena jadi Kambing Hitam...
ReplyDelete