BBB, 25 Sya`ban 1434 = 04 Julai 2013 (Khamis):
Bangi sebenarnya mengalami banyak perubahan. Setengah tempat
berubah langsung dari keadaan asalnya. Bagi pencinta sejarah, termasuk sejarah
local perubahan ini patut ditangani sebaik mungkin agar keadaan asal dapat
diabadi sebelum dilanda perubahan. Sekurang-kurangnya keadaan asal disesuatu
lokasi bila diabadikan sebelum berubah dapat dihayati dan diingati dan menjadi
bukti sejarah local atau lebih dari itu.
Menyedari keperluan sedemikian Penulis mengingati banyak
tempat perlu dirakam sebelum mengalami perubahan. Antara tempat yang penting
dalam ingatan patut di rakam (mungkin ada gambar pada individu tertentu):
a) Bandar
Baru Bangi pada peringkat awal pembukaan pada akhir tahun 1977 dalam mana pada
masa itu ada lebihkurang 100 buah rumah – Jenis semi D, dua baris rumah teres
dua tingkat dan satu kelompok rumah teres satu tingkat Jenis A & B. Pada
peringkat permulaan perpindahan – tak sampai 10 orang, api masih tiada dan baru hendak disambung tenaga
letrik, tapi air sudah ada. Jalan masih tanah merah. Jambatan ke UKM belum ada.
Kalau hendak ke UKM melalui Teras Jernang melalui jambatan kayu yang berbunyi
bila dilalui. Kalau hendak ke Kajang terpaksa melalui lorong jalan estet. Kiri
kanan pokok getah dan kelapa sawit dan terpaksa menyeberangi jambatan kayu yang
sempit dan berbunyi melalui West Country (Timur). Jalan adalah sunyi dan
menakutkan. Dengan permasalahan di atas pada peringkat permulaan tidak ramai
yang memilih Bangi untuk dihuni, walaupun rumah adalah murah. Rumah semi D
berharga RM70,000, rumah teres dua tingkat RM40,000 dan rumah teres setingkat
RM20,000 Jenis A dan RM17,000 Jenis B.
b) Jalan Highway hanya
setakat Kuala Lumpur-Bangi (1977) belum ada tol. Belum ada jalan rentas dari
jalan masuk ke Kajang untuk ke Bangi. Jalan dari Bangi ke tol Kajang sekarang
masih dengan ladang kelapa sawit dan getah.
c) Seksyen
3 & 4 masih hutan dan dianggap
pinggiran dan perluasan dari Seksyen 1 & 2.
d) Tapak-tapak
pejabat Daerah, PKNS termasuk Masjid
al-Hasanah dan lain-lain di Seksyen 9, 8 dan 7 yang masih hutan sebelum
dibangunkan dengan bangunan komersil dan perumahan dengan adanya jalan rentas
dari Bangi ke Tol Kajang.
e) Kawasan-kawasan
industri seksyen 11 – 14 yang masih hutan sebelum dibangunkan,
f) Tapak
Hentian Kenderaan di Jalan Reko yang dibuka dari tanah getah. Hentian ini
dibuka bagi menggantikan Hentian Bas di Tapak bangunan Metro Kajang sekarang
yang juga bersebelahan Pasar Lama.
g) Jalan
ke Kajang Utama sebelum adanya Jalan SILK.
h) Kampung
Sungai Tangkas yang menerima pembangunan dengan perumahan yang kurang teratur
i)
Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota pada peringkat permulaan
pembukaan masih tidak mempunyai jalan teratur dan banyak dengan rumah kongsi
pekerja dan tidak selamat untuk dihuni pada peringkat permulaan (2001).
j)
Bandar Kajang yang membangun secara tidak tersusun dan
mengalami masalah lalu lintas dan sering bertukar jalan laluan kenderaan.
Menyedari pembangunan dan perubahan serta kesedaran perlunya
dirakam perubahan-perubahan ini untuk disedari generasi akan datang, maka
penulis dan saudara Azizi sempena 5 tahun sambutan Bangi Bandar Ilmu merangka
jadual bagi merakamkan perubahan-perubahan di Bangi-Kajang dan menggunakan
sebagai bahan untuk dipamerkan dalam Galeri Bangi Bandar Ilmu. Setakat ini kami
telah keluar:
Pada Ahad 23 Jun 2013
a) Ambil
gambar Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Kajang dan juga Pejabat Mahkamah
Syar`I berdekatan yang kedua-duanya berpindah dan akan berpindah (Mahkamah
Syar`I) ke Bandar Baru Bangi.
b) Ambil
gambar tapak Pejabat Daerah Lama dan MPKj sebelum Pejabat Daerah berpindah ke
Bandar Baru Bangi awal 2000 dan Pejabat MPKj baru lebih sedekad yang lepas.
e) Lokasi
di tepi stesyen keretapi Kajang yang bakal berubah dengan projek MRT yang
sedang berjalan.
Pada Sabtu 29 Jun 2013
b) Jalan
bengkang bengkok dari UKM ke Pekan Bangi yang sedang diluruskan
c) Fly
over dari jalan yang sedang diluruskan berdekatan dengan Pusat Penyelidikan
Atom Bangi yang dikendalikan oleh Syarikat Ma Sing untuk dibuka projek
perumahan bersebelahan yang termasuk di bawah kawasan Sepang.
d) Flyover
dari Bangi, berdekatan Sungai Kembung ke Bandar Seri Putra dan merakamkan jalan
lama yang diganti dengan flyover berkenaan di Jalan Lama Bangi ke Semenyih –
sebelum ada jalan potong sekarang dari Kuil ke Fly-over dan ke Semenyih.
e) Jalan
hadapan Dewan Orang Ramai Pekan Bangi ke Impian Putra yang tidak diiktiraf
sebagai jalan rasmi, kerana melalui tanah persendirian, tetapi banyak dilalui
kenderaan untuk ke Impian Putra dan Seri Putra.
Kami akan terus merakamkan tempat-tempat penting yang
difikirkan perlu dirakam. Ianya tidak terhad kepada jalan-jalan, tetapi juga
akan melibatkan bangunan, peralatan, pejabat-pejabat, tokoh-tokoh, pusat-pusat
pendidikan, peristiwa-peristiwa dan segala bahan yang mempunyai nilai sejarah,
budaya dan kesenian. Kerjasama orang ramai untuk membekalkan maklumat dan
bahan-bahan atau salinan-salinan amat dialu-alukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment