BBB, 06 Ramadhan 1434 = 15 Julai 2013 (Isnin):
Buat pertama kali sesudah UKM dibuka (18 Mei 1970), maka
pihak UKM pada akhir 1971 – sesudah setahun setengah berlangsungnya pengajian
di universiti, maka pihak UKM menganjurkan Peraduan Mengarang di kalangan
pelajarnya. Tajuk bagi pertandingan tersebut ialah:
``Universiti Yang Saya Kehendaki``
Tarikh tutup pertandingan ialah pertengahan bulan Disember
1971.
Pertandingan yang dianjurkan oleh UKM itu dikendalikan oleh
pihak Perhubungan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia . Pengerusi Pertandingan
ialah Pendaftar UKM, iaitu Encik Abdul Rahim Jalal, manakala panel Hakimnya
terdiri dari para pensyarah yang dilantik. Tujuan pertandingan antaranya bagi
memberi galakan kepada mahasiswa bertanding dalam mengarang karangan sambil
mencungkil bakat dari kalangan mereka di dalam bidang penulisan. Lebih dari itu
pihak pentadbir universiti mau mengetahui pandangan mahasiswa tentang
universiti dan perjalanannya setelah mereka mengikuti pengajian satu tahun
setengah. Memang banyak pendapat dan cakap-cakap oleh pihak luar dan oleh
kalangan pelajar tentang perjalanan universiti. Misalnya untuk lulus pada
peringkat kepujian bagi tiga fakulti masa itu – Sastera, Sains dan Islam
memakan masa 4 tahun, kelulusan tahun 3 hanya bagi peringkat Ijazah Am dan bagi
yang layak baru meneruskan pengajian ke tahun 4 untuk membuat Kepujian, sedang
universiti lain hanya tiga tahun. Pada tahun ketiga saja dinilai sama ada
ijazah am atau layak mendapat kepujian. Konsep liberal juga dipersoalkan, bagi
pelajar bukan dari aliran Sains diwajib ambil dan lulus Matematik dan Sains.
Pelajar-pelajar berkenaan terpaksa menghabiskan sebahagian besar dari masa
mereka mempelajari dan melatih bidang Matematik dan Sains yang bukan bidang
mereka, hingga mengabaikan pelajaran major yang mereka ikuti, sedangkan mata
pelajaran Matemetik dan Sains yang mereka ikuti tidak ke mana-mana dan tidak sangat
memberi keilmuan berkenaan kepada mereka dalam masa yang terhad. Pihak luar
misalnya menganggap UKM adalah universiti kampungan dan kelas dua. Banyak lagi
perkara-perkara yang boleh ditimbulkan oleh mahasiswa di dalam karangan mereka.
Setelah tarikh tutup sebanyak 11 buah karangan dari mahasiswa/I
diterima oleh pihak Penganjur (Termasuk dari mahasiswa Al-Marhum Yaakob bin
Puteh yang meninggal pada 2 November 1971 akibat dari kemalangan jalanraya).
Hadiah yang ditawarkan ialah:
Hadiah Pertama
RM250.00
Hadiah Kedua RM150.00
Hadiah Ketiga
RM100.00
3 Saguhati
RM 50.00 Setiap satu.
Penulis turut mengambil bahagian dalam pertandingan dan
telah menghantar karangan bertajuk ``Universiti Kebangsaan Yang Saya
Kehendaki`` pada 25hb. November 1971 dengan menyertakan Keterangan Mengenai
Diri, iaitu:
a) Nama: SHAFIE BIN ABU BAKAR
b) Tahun: Dua
c) Kursus: Sastera
d) No. Matrik: 135
Pihak Pegawai Perhubungan Awam, UKM telah menjawab
penerimaan karangan yang dihantar penulis surat
bertarikh 1hb. Disember 1971. Penghakiman oleh Panel yang dilantik memakan masa
dua bulan dan keputusan dikeluarkan surat
bertarikh 10hb. Februari 1972. Penyampaian Hadiah hanya baru dapat dilakukan
pada awal Mei 1972.
Nama Pemenang ialah:
Tiga Hadiah Sagu Hati RM50.00 setiap orang:
a) En.
Abdul Aziz bin Salleh
b) En.
Mohammad bin Kassim
c) Cik
Hanim bt. Rajikan
Sdr. Chamhuri terkenal sebagai pelajar cemerlang dalam
bidang akademik, Ketua Pengarang
Gemasiswa – akhbar terbitan PMUKM dan juga Ketua Pengarang Semesta – Majalah
Kolej Kediaman UKM. Beliau juga memimpin Studi Kelab Sastera UKM. Beliau
menjurus dalam bidang ekonomi. Pada akhirnya beliau menyambung Ijazah lanjutan
dan menjadi tenaga pengajar di dalam bidang Ekonomi Desa di UKM dan menjawat
jawatan Profesor. Kini bersara.
Saudara Chew Hock Tong
Bekas Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia sebelum masuk UKM. Seorang
pelajar cemerlang dan salah seorang pelajar sulung yang mendapat Ijazah Pertama
di UKM, menyambung pelajaran dan akhirnya menjadi Profesior di Universiti
Singapura. Saudara Shafie Abu Bakar juga salah seorang dari tiga pelajar sulung
yang lulus dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama yang turut juga menjadi tenaga
pengajar di UKM setelah membuat Ijazah Lanjutan.
Penulis tidak mendapat salinan karangan yang ditulis oleh
pemenang-pemenang. Seingat Penulis memang tidak diterbitkan. Karangan yang
dihantar Penulis adalah setebal 10 halaman bertaip. Salinan bersifat carbon,
kerana pada masa itu belum ada computer dan belum ada lagi mesin penyalin yang
dikenali dengan Xerox.
(Karangan tempat ketiga ini akan diterbitkan kemudian).
Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang peraduan mengarang
`Universiti Yang Saya Kehendaki` diadakan pada awal Mei 1972. Berita mengenai pemenang-pemenang
disiarkan di dalam Utusan Pelajar 4hb. Mei 1972, muka 24.
Sekian.
No comments:
Post a Comment