BBB, 01 Ramadhan 1434 = 10 Julai 2013 (Rabu):
Lanjutan dari kunjungan khas oleh Dato` Abdul Rahman Ya`akob
ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada pagi Jumaat 10 Julai 1970 beliau
disambut oleh mahasiswa UKM penuh terharu dan menitiskan air mata menandakan
kesayangan mahasiswa UKM terhadap beliau. Mantan Menteri Pelajaran yang menjadi
Ketua Menteri Sarawak itu diiringi ke
Oditorium UKM bagi memberi penerangan tentang kedudukan dan situasi semasa,
khususnya di Sarawak kepada mahasiswa,
tenaga-tenaga pengajar dan pegawai-pegawai UKM. Turut sama hadir ialah Naib
Canselor UKM Dr. Rashdan Baba, Ketua Penasihat Pelajaran Tuan Haji Hamdan
Sheikh Tahir dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Tuan Syeikh Hussein.
Sema masih lagi dalam keadaan sebak
lanjutan beliau diserbu dan dipeluk oleh sekumpulan mahasiswa yang tersedu-sedu
menangis bersamanya. Bila hendak memulakan ucapan, sekali lagi beliau
menitiskan air matanya dan tidak dapat bercakap kira-kira lima minit berteleku di restrum. Beliau
berkata,
sa berdiri untuk menyampaikan ucapan Dato` Abdul Rahman Ya`akob
sa berdiri untuk menyampaikan ucapan Dato` Abdul Rahman Ya`akob
``Air mata saya telah habis kering sejak dari semalam untuk
menangis,`` secara tertahan-tahan.
Dari penerangannya secara dari hati ke hati beliau
menegaskan, ``Saya bukannya lari dan saya tentu tidak boleh lari, saya hanya
memperluaskan tugas meliputi seluruh Negara.``
Menurutnya beliau menerima jawatan Ketua Menteri Sarawak
kerana tidak mau melihat berlakunya kucar kacir di negeri Sarawak
dan mau menyingkirkan golongan yang beliau sifatkan, ``Ular kepala dua`` yang
mempunyai niat untuk menghancurkan Negara. Menurutnya beliau juga menghadapi
golongan yang mau menyingkirkannya dari parti. Menurutnya, ``Kalau diberi
pilihan beliau lebih selesa tinggal di Kuala
Lumpur , tetapi keadaan menghendakinya menjadi Ketua
Menteri Sarawak.``
Berhubung dengan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
menurutnya, ``Dasar itu telah tersusun dengan rapi sehingga tidak sesiapa pun
boleh merombaknya.`` Beliau dengan tegas menambah,``
``Barang siapa yang mau mengubah dasar pelajaran kebangsaan
mereka terpaksalah melangkah bukan saja mayat saya, tetapi Tun Razak dan juga
kaum pelajar Melayu umumnya.`` Menurutnya satu tugas yang belum sempat
diselesaikan ialah menyatukan sukatan pelajaran sekolah-sekolah agama yang
membolehkan mereka mengambil peperiksaan yang sama untuk menjadikan mereka
setaraf dengan pelajar-pelajar yang lain.`` tambahnya, ``Mereka tidak boleh
dianggap sebagai buih di atas air sahaja.`` katanya.
Kembali kepada soal Sarawak
katanya, ``Kerajaan negeri itu menjadi kucar kacir oleh kerana kayu
balak``. Beliau juga tidak mau Sarawak
diancam komunis, kerana ianya bukan saja membahayakan Malaysia , tetapi juga Indonesia
dan Brunei .
Dari penerangan yang diberi meyakinkan mahasiswa tentang
pentingnya Dato` Abdul Rahman Ya`akob memimpin Sarawak
bagi mengembalikan ketenteraman di negeri itu yang disifatkan, jika dibiarkan
boleh mengancam kestabilan kerajaan negeri dan Negara.
UKM, walaupun telah dirasmikan penubuhannya (18 Mei 1970),
tetapi hingga ke masa itu setelah hampir dua bulan usianya masih belum
mempunyai Canselornya. Dengan kehadiran Dato` Abdul Rahman Ya`akob ke UKM
beliau mengumumkan perlantikan Canselor UKM, iaitu Tun Abdul Razak Perdana
Menteri (semasa itu Pemangku Perdana
Menteri). Pengumuman itu disambut gembira dengan tepuk tangan gemuruh dari
mahasiswa dan mereka yang hadir di ODT. Menurut Dato` Abdul Rahman Ya`akob
bahawa,
``Cadangan melantik Tun Razak menjadi Canselor UKM telah
dibuat tiga bulan lalu.`` Iaitu ketika beliau masih menjadi Menteri Pelajaran.
Menurutnya, Tun Razak sudah pun bersetuju dengan lantikan sebagai Canselor
Pertama UKM. Tambahnya,
``Dengan perlantikan Tun Razak kedudukan UKM adalah kuat dan
kukuh serta tarafnya tidak sekali-kali akan menjadi universiti kelas dua.``
Tetapi berita agak mengejutkan juga, beliau juga mengumumkan
bahawa Dr. Rashdan Baba Naib Canselor UKM akan dilantik menjadi Naib Canselor
UPM yang bakal ditubuhkan (Naik taraf dari Institut Pertanian di Serdang).
Menurutnya, universiti itu akan ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1973.
Dr. Rashdan sebelum dilantik menjadi Naib Canselor UKM, sememangnya dari tenaga
di Institut Pertanian, bahkan beliau adalah keluaran dari institusi ini.
Perlantikan beliau boleh disifatkan sebagai `Sireh pulang ke gagang`, tetapi
berperanan menaikkan institute Pertanian menjadi Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putera Malaysia ).
Adalah dijanjikan dengan pemergian Dr. Rashdan Baba, seorang Naib Canselor berwibawa
akan dilantik menjadi Naib Canselor UKM.
Sementara itu pada masa itu jawatan Menteri Pelajaran masih
kosong dengan pemergian Dato` Abdul Rahman Ya`akob menjadi Ketua Menteri
Sarawak. Ada
desakan antaranya dari Kesatuan Pelajar-Pelajar Institut Teknologi Mara mau
pihak Kerajaan supaya segera mengisi kekosongan dan melantik Menteri Pelajaran
yang baru – Lantikan kemudiannya ialah Dato` Hussein Onn. Demikianlah episode
yang dilalui di UKM yang menempa sejarah dan mematangkan Mahasiswa UKM dan
menjadi sejarah juga bagi UKM sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment