July 10, 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

-->
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Di ufuk menyerlah kehadiran
Menawarkan diri untuk diisi
Dengan pelbagai amal kebajikan.

Pasangkan niat dari awal
Dengan azam menunaikan ibadat
Seikhlas dan sesempurna mungkin
Semoga diterima Allah di sisiNya
Dengan pahala ganjaran bergandaan.

Syukur kepada Allah
Peluang masih diberi kali ini
Menjalani Ibadat Ramadhan
Pohon nikmat dari Nya berterusan
Semoga usia berbaki tidak sia-sia
Meneruskan perjalanan pulang.

BBB,
01 Ramadhan 1434
10 Julai 2013.

1 comment: