Hening subuh
Langit cemerlang
Jamaah sedang solat di Madinat Nasr
Berdekatan Dataran Rabiatul Adawiyyah
Berdepan dengan Pengawal Republik Bangunan
Di mana Muhamed Morsi adalah ditahan
Kerana rampasan kuasa oleh tentera
Bercanggah dengan amalan demokrasi
Menyalahi mandate rakyat diberi
Tiba-tiba mengejut pecah bertalu tembakan
Berkepul asap memercik bunga api
Dari ganas tentera hilang kemanusiaan
Menghala kepada jamaah bangkit dari rukuk
Solat subuh dengan penuh khusyuk
Membunuh 54 mereka gelempangan
Mengalir merah darah penyaksian
Syahid dalam menuntut hak demokrasi
Kuasa Muhamed Morsi dituntut kembali.
Tindakan
Tidak meredakan jamaah menentang
Bahkan makin membangkit kemarahan
Mengejutkan mata dunia memandang
Serentak suara kemanusiaan mengecam
Betapa tidak tamadun dan tiada peradaban
Sebuah Negara membudayakan rampasan
Menafikan hak dan mandate suara rakyat
Hangat darah rakyat merakam
Episode kejam
Kecaman zaman.
Mangsa-mangsa tembakan
Syahid-syahid pejuang
Dijulang tangan-tangan rakyat
Dengan gema takbir Allahu Akbar
Sama diiringi para malaikat
Ke wangi tanah persemadian
Dan tanah kuburan menerima
Sejuk dakapan pada perkembalian
Dibelai Sungai Nil berlarian.
Kalian,
Abdul Fattah El Sisi
(General bukan pahlawan)
Dengan penyelewengan kekuatan tentera
Dan Adly Mansour dengan kuasa diberi
(kini Presiden Boneka)
Kalian mencabul kebebasan demokrasi
Yang mandatnya diberi kepada Morsi
Kini Hazem al-Beblawi turut syubahat
(Perdana Menteri sekongkol)
Dengan Mohamed El-Baradei
(talibarut Barat – Amerika)
Kepimpinan kalian tidak lebih
Dari susunan batu bata pyramid
Tegak di tepi Sungai Nil Firaun Moden
Adalah siri episode kezaliman
Dari Firaun ke zaman moden
Dipertonton kepada dunia berzaman.
Subuh Berdarah
Merakam sejarah
Usaha menekan kebangkitan Ikhwan
Meski 54 ditembak tampil ribuan bergantian
Memastikan cahaya Islam terus benderang !
Allahu Akbar !!!
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
30 Sya`ban 1434
09 Julai 2013.
No comments:
Post a Comment