August 14, 2014

Aplikasi Teori Dan Praktik Pada Masjid Al-Umm

BBB, 17 Syawal 1435 = 13 Ogos 2014 (Rabu):


Melihat kepada komponan di dalam Teori Takmilah ianya mengandungi
1)       Peringkat  Falsafah
2)      Peringkat   Prinsip
3)      Peringkat  Uswah (Contoh)
4)      Peringkat Nilai
5)      Peringkat Amalan

1.       Peringkat  Falsafah
Peringkat falsafah adalah peringkat penting yang melibatkan pandangan wujud dan pandangan alam yang termanifestasi di dalam tindaklaku individu dan masyarakat, bahkan mewarnai nilai dan budaya hidup masyarakat. Sifat falsafah di dalam Teori Takmilah ialah berkeyakinan dan berpegang teguh pada `Falsafah Tauhid`, bahawa Allah adalah wujud dan adalah Tunggal yang tidak ada syarikat (sekutu) bagiNya dan tidak ada ketuhanan yang lain daripadaNya. Dialah yang Mencipta kewujudan dan yang menentukan peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang patuh kepadanya kejadian-kejadian – yang mencerminkan keislaman. Menurut Maududi, `Konsep Islam bukan saja kepada manusia, tetapi  juga pada kejadian-kejadian alam yang lain. Kata Maududi:
``Evryone can see that the universe we live in is an orderly universe. There is law and order among all the units that comprise this universe. Everything is assigned a place in a grand scheme which is working in a magnificent and superb way. The sun the moon, the stars and in fact all the heavenly bodies are knit together in a splendid system. They follow an unalterable law and do not make even the slightest deviation from their ordained course. The earth rotates on its own axis and in its revolution round the sun scrupulously follows the path laid down for it. Similarly everything in the world, from the little whirling electron to the mighty nebulae, invariably follows its own laws. Matter, energy, and life – all obey their laws and grow and change and live and die in accordance with those laws. Even in the human world the laws of nature are quite manifest. Man`s birth, growth, and life are all regulated by a set of biological laws. He derives sustenance from nature in accordance with an unalterable law. All the organs of his body from the small tissues to the heart and the brain are governed by the laws prescribed for them. In short , ours is a law-governed universe and everything in it is following the course that has been ordained for it. This powerful, all-pervasive law, which governs all that comprises the universe, from the tiniest specks of dust to the magnificent galaxies in high heavens, is the law of God, that Creator and Ruler of the universe. As the entire creation obeys the law of God, the whole universe, therefore, literally follows the religious of Islam. (Abul A`la Maududi, Towards Understanding Islam, Islamic Publications Ltd,, Lahore, 1972: 2 -3).
Penerangan Allamah Abul A`la Maududi di atas adalah secara pembuktian logic minda serentak dengan  penyaksian indera.
Manakala ayat Qur`an menegaskan bermaksud:
``Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka  memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ``Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakannya dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka.`` (Ali Imran, 190 – 191).
Apa yang dihuraikan di atas adalah kebenaran yang dapat disaksi minda dan indera. Kepercyaan ini seharusnya menghunjam kukuh di dalam minda dan jiwa dan t idak boleh digoncang oleh sebarang gugatan,  tentang keesaan yang Esa yang Dia Mencipta Segala dan menentukan aturan-aturan bagi segala.


Namun tidak semua terfikir tentang kejadian alam dan mencapai keyakinan tentang Keesaan dan Kekuasaannya.
Bagi penanaman keyakinan yang teguh tidak lain dari mendekatinya dengan ilmu dan mempelajarinya dengan ilmu. Iaitu ilmu yang dikenali dengan ilmu tauhid tentang ketuhanan. Apakah Ilmu tauhid itu ?
Menurut Sheikh Muhammad Abduh di dalam Risalah Tauhidnya mengatakan:
``Tauhid adalah suatu ilmu yang mebahas tentang ``Wujud Allah``, tentang sifat-sifat yang wajib tetap pada-Nya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-Nya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan dari pada-Nya; …
Asal makna ``tauhid``, ialah meyakinkan (mengi`tikadkan), bahawa Allah adalah ``satu``, tidak ada syarikat bagi-Nya. Sebabnya dinamakan ``Ilmu Tauhid``, ialah kerana bahagiannya yang terpenting, menetapkan sifat ``wahdah`` (satu) bagi Allah dalam zat-Nya dan dalam perbuatan-Nya menciptakan alam seluruhnya dan bahawa Ia sendiri-Nya pula tempat kembali segala alam ini dan penghabisan segala tujuan. Keyakinan tauhid inilah yang menjadi tujuan paling besar bagi kebangkitan Nabi s.a.w., seperti ditegaskan oleh ayat-ayat Kitab Suci.`` (Syekh Muhammad Abduh, Riisalah Tauhid, Penerbit  Bulan Bintang, Jakarta, 1979: 36).
Pengolahan ilmu Tauhid secara mendalam dengan menggunakan pendekatan akal dan pendekatan naqal dengan menggunakan dalil dan burhan mengukuhkan keyakinan dan tidak ada satu ilmu theology di dalam mana-mana agama yang semantap dan sekukuh ilmu akidah Islam. Keilmuan inilah mengukuhkan keimanan umat dan mampu bertahan dan menyerang mana-mana pendekatan ketuhanan yang syirik dan menyeleweng.
Sebagai catatan tambahan, bahawa segala ilmu, lantaran ianya membicarakan kebenaran, pada puncaknya membuktikan kebenaran yang serasi dengan Islam dan mengukuhkan Islam.
Tauhid adalah paksi yang kukuh yang menjadi aqidah dan asas yang mantap bagi perluasan, perkembangan dan pengolahan Islam.

Sekian.    

No comments:

Post a Comment