BBB, 15 Syawal 1435 = 11 Ogos 2014 (Isnin):
Selepas mendapat kelulusan gazet tanah dari Pejabat Tanah
dan kelulusan membina masjid dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Keperluan yang penting ialah mendapat kelulusan Pelan Arkitek bagi pembinaan
Masjid Al-Umm. Telah disebutkan bahawa usaha kea rah pembinaan Masjid Al-Umm
secara aktif adalah bermula dari awal 2012. Pada awal 2012 ini antara AJK Induk
Pembinaan Masjid Al-Umm ialah Tuan Raja Fuaddin yang tinggal di Seksyen 2,
Bandar Baru Bangi yang menjadi ahli kariah Surau Damai, surau yang paling dekat
dengan Masjid Al-Umm. Beliau mewakili Surau Damai ke dalam AJK di samping Ustaz
Ahmad Hasbullah dan Haji Mohd Kalok bin Latiff. Tuan Raja Fuaddin adalah
arkitek bagi Syarikat Arkitek Urusbina,
di Kangar , Perlis. Raja Fuad adalah berasal dari Perlis dan mewakili
syarikatnya di dalam meluas dan melebarkan sayap syarikatnya di Lembah Kelang,
termasuklah di Bandar Baru Bangi. Oleh kerana beliau seorang arkitek dan berada
di dalam AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, maka beliau ditugaskan bagi mereka bentuk
arkitek bagi Masjid Al-Umm. Telah disebutkan, sungguhpun Tuan Raja Fuaddin
mereka bentuk arkitek bagi Masjid Al-Umm, tetapi pelan arkitek ini adalah
merupakan hasil sama perbincangan dari AJK
pembinaan sehingga berlaku ubahsuai, bahkan dari pandangan perunding,
pelan masjid Al-Umm yang berasal dua tingkat itu menjadi tiga tingkat dan turut
berlaku pertambahan kos dari asalnya RM10 juta meningkat kepada RM12 juta.
Melalui syarikat arkiteknya Tuan Raja Fuad telah
menghasilkan pelan asal dan dibincang serta mengalami perubahan. Pelan
melibatkan dari segi binaan secara spesifikasi bagi setiap tingkat dari filing
tanah, tanam cerucuk, pembinaan tiang, level-level bagi setiap tingkat
hinggalah kepada kubah, menara, mihrab hinggalah kepada berbagai-bagai ruang
bagi tiap tingkat dan juga pelan dari dalaman kepada ruang terbuka seperti
landscaping dan taman.
Pelan ini telah diangkat kepada pihak MPKj sejak Februari tahun 2012 yang setiap seti plan adalah
setebal 50 halaman kertas plan. Plan
tidak mudah diluluskan, lantaran ada soalan-soalan yang perlu dijawab dari pihak
MPKj yang kadang-kadang terpaksa diadakan perubahan dan penyesuaian. Kelambatan
juga diakibatkan oleh kerana berlakunya perubahan yang dilakukan oleh pihak
pemohon, contoh berubah dari dua tingkat kepada tiga tingkat dan pengubahsuaian
yang lain yang melibatkan perubahan dilakukan oleh syarikat sebelum dikemukakan
kepada pihak MPKj. Lantaran itu berkali-kali pihak arkitek turun naik ke MPKj,
mengemukakan perubahan dan memohon kelulusan. Permohonan kelulusan tidak saja
melibatkan MPKj, tetapi juga Bomba, bahagian letrik dan landscaping yang
perbincangan dan penilaian dilakukan secara berpusat dan diluluskan dari MPKj.
Permohonan kelulusan tidak saja melibatkan pihak arkitek
dengan MPKj, tetapi pihak AJK juga membuat temujanji datang ke MPKj berunding
dengan YDP MPKj dan pembantu-pembantu. Misalnya rundingan yang dilakukan
pada 6 Februari 2013 dan surat memohon
rundingan lanjut pada 8 Oktober 2012 kepada YDP MPKj oleh kerana lambatnya
turun kelulusan pelan pembinaan Masjid Al-Umm hingga AJK Pembinaan Masjid ambil
keputusan masuk tapak terlebih dahulu.
Masuk tapak terlebih dahulu sebenarnya berdasarkan maklumat
tidak rasmi bahawa kelulusan pelan arkitek pembinaan akan di dapati dalam masa
terdekat. Sebenarnya bila surat kebenaran diterima pada 16 Disember 2013 adalah
didapati bahawa tarikh kelulusan ialah pada 4 Disember 2013. Jadi masuk tapak
yang dilakukan ialah seminggu lebih lewat dari tarikh kelulusan.
Al-hamdulillah. Dari detail kebenaran adalah:
Kelulusan Pelan Masjid Al-Umm Dari MPKj
Tarikh 04 Disember 2013
Ruj. Tuan: OSC/A12/1/10-2012
Ruj. Kami: (11) dlm. MPKj 8/P/2/2013
Kepada:
Arkitek URUSBINA,
No. 47, Taman Seri Medan,
Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.
Masjid Dilengkapi Tadika, Kelas Tahfiz, Kelas IT, Bilik
Sumber dan Ruang Terbuka Serbaguna Lot 51177 Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi.
Kelulusan adalah satu tahun dari tarikh
Perlanjutan perlu dibuat sebelum tamat tempoh.
Beri notis mula kerja – Borang B’
Adakan papan tanda dengan butir-butir tentang Arkitek,
Pemilik, No. Fail MPKj, Cadangan Projek,
Jurutera Perunding, dan No. Permit Iklan.
Kemukakan laporan kemajuan setiap 3 bulan kepada MPKj.
Perlu patuh kepada syarat-syarat Jabatan Teknikal. Rujuk
lampiran A, E & F.
Turut dilampirkan:
Syarat Piawai Bangunan
Syarat Jabatan Kejuruteraan MPKj
Syarat Bomba – Lampiran E
Masjid
Al-Umm – Kelulusan MPKj
Ini adalah kebenaran bertulis PBT/MPKj di bawah S.76. A 133
selaras peruntukan Bahagian Terkandung di dalam UUKBS 1964.
Diluluskan dalam Mesyuarat OSC Bil. 6.02.13 pada 21 Mac 2013
bertarikh 4 Disember 2013.
b/p
YDP MPKj.
Sekian.
No comments:
Post a Comment