Pembinaan Masjid Al-Umm
Berlaku di depan mataku
Sebarang perkembangan dalam
perhatian
Mulai dari pertengahan
Februari 2014
Tumbuh dari permukaan tapak
Rangka besi tegak bernama cerocok
Berjejaran kukuh berbarisan
Di atas belira bumi dikukuhkan
Diikuti pemasangan kotak-kotak
Membalut cerocok besi tegak
Kemudian kotak tiang diisi
Semin dibancuh syarikat mixed ready
Dicurah dari jentera berlengan
tinggi
Beberapa hari kemudian kotak
ditanggalkan
Menampakkan tegak bersih tiang-tiang
Ibarat mengukuhkan Rukun Islam
Syahadah, solat, zakat, puasa,
haji
Tetapi konsep Islam lebih dari ini
Bahkan apa yang ada
di alam
Baik rela atau terpaksa
Menerima Islam (Ali Imran: 83).
Lihatlah pada cakerawala dan
planet semua
Bergerak pada orbit
ditentukan adalah Islam
Bumi dan bulan
mengelilingi
Siang bertukar malam beredar
Dan musim silih berganti
Menurut aturan menerima Islam.
Begitu juga dengan cuaca
Laut bergelora angin membawa hujan
Gugur di perbatasan menyuburkan
tumbuhan
Menyegarkan hidup-hidupan
Semua nya setia pada aturan –
Islam
Dan diri dari bayi hingga dewasa
Setia patuh pada peraturan
Meneruskan kehidupan -Islam
Hatta dalam diri
Berdenyut nadi
Darah mengalir
Jantung berzikir
Patuh pada Islam
Diri yang patuh
Tabiinya Islam
Berdepan minda yang angkuh
Tidak lain dari membawa kebinasaan
Alam adalah Islam
Mematuhinya sejahtera sekalian.
Masjid Al-Umm
Bakal memperkukuh tiang-tiang
Islam
Menerusi pengajaran
Harmoni dengan kejadian.
Shafie Abu Bakar,
24 Syawal 1435
20 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment