August 8, 2014

Masuk Tapak

BBB,  11 Syawal 1435 = 07 Ogos 2014 (Khamis):


`Masuk Tapak` ialah istilah dan ungkapan popular di kalangan AJK Teknikal dan turut terbiasa sama di kalangan AJK Induk yang sebelum ini, termasuk Penulis tidak terbiasa dengan istilah ini. `Masak Tapak` bermaksud pihak kontrektor yang menerima tawaran kontrek di dalam konteks Masjid Al-Umm, tawaran diterima Tekad Nusantara dari Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm ialah  pada 25 November 2013. Dengan penerimaan ini, maka tarikh `Masuk Tapak` ditentukan kepada Kontrektor Tekad Nusantara ialah pada 10 Disember 2013. Tarikh `Masuk Tapak` ialah tarikh yang dikira mulai letak kerja. Dari tarikh ini dikira `count down` kerja dalam kontrek kerja selama 18 bulan yang dijangka dapat disiapkan pada bulan Mei 2015. Dengan selesainya pemilihan kontrektor dan penentuan tarikh mulai `masuk tapak` ini, bererti hasrat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, mau membina Masjid Al-Umm selewat-lewatnya pada akhir 2013 dapat dicapai.
Apakah tindakan awal diambil oleh kontrektor ? Adalah menjadi kewajipan bagi kontrektor (syarat oleh MPKj) mendirikan papan kenyataan di tapak pembangunan menyatakan apakah tujuan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dengan tapak tanah, di dalam pembinaan masjid ini, dimaklumkan pada papan kenyataan bahawa  pihak pemilik ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Arkitek ialah Urusbina Sdn. Bhd., Perunding ialah Safari Ingeniurs, Azfar dan May Consult dan kontrektor ialah Tekad Nusantara Sdn. Bhd.(dengan alamat penuh masing-masing).  Dengan butir-butir maklumat:
No.  Fail Kelulusan: MPKj 8P/2/2013
No/ Kebenaran Peta A-WD 243/MAU/PT/01
No. Pendaftaran JKKP:  SL/14/03/12480
Papan Kenyataan di atas sebenarnya telah didirikan pada peringkat awal apabila tapak dibersihkan sebagai  makluman kepada orang ramai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mau menderma. Apabila nama kontrektor dikenalpasti, maka papan kenyataan berkenaan ditambah dengan maklumat terbaru.
Peranan kontrektor sudah tentulah mendapatkan pekerja-pekerja yang berhubung dengan tapak. Sebagai kontrektor yang sudah berpengalaman sudah tentulah dapat menggunakan pengalaman yang lepas bagi mendapat pekerja-pekerja di tapak, kemudahan peralatan seperti mesin-mesin dan jentera-jentera yang diperlukan bagi kerja-kerja di tapak dan jumlah pekerja yang diperlukan mengikut progress pembinaan.
Sebagai syarat bagi syarikat pembinaan juga selain dari mendirikan `Papan Tanda Projek` ialah mendirikan pondok pengawal bagi kawasan projek. Pondok pengawal ini perlu bersama-sama pengawal-pengawal  yang dilantik, ialah bagi menjaga keselamatan misalnya mesin-mesin yang diguna dan ditinggalkan di tapak pembinaan, besi-besi keluli yang dihantar bagi pembinaan dan diletakkan di tapak pembinaan, kenderaan-kenderaan yang digunakan bagi pembinaan dan juga kenderaan pekerja-pekerja semasa dalam masa bekerja dan di simpan berhampiran kawasan tapak pembinaan.mengawal keselamatan mereka yang keluar masuk dan mempastikan tujuan mereka yang datang yang tidak dikenali. Lebih dari itu menjaga keselamatan bagi keseluruhan bagi tempat, pekerja-pekerja dan harta-harta.


Keperluan yang lain, ialah mendirikan pejabat operasi pembinaan yang di dalamnya ada dokumen-dolumen, pelan-pelan pembinaan, rajah-rajah dan berbagai alat komunikasi, computer dan berbagai alat keperluan. Pejabat ini  diguna oleh kerani tapak, kerani pembinaan dan perundingan. Di sini mereka berurusan.Di sini juga pergi dating kakitangan kontrektor, arkitek dan perunding-perunding yang  waktu-waktu mereka berbincang berkait dengan pembinaan.
Sebagaimana menjadi syarat dan dipersetujui di tapak pembinaan ini kontrektor dikehendaki mendirikan bangunan sementara  yang agak selesa dan berhawa dingin bagi dijadikan bilik mesyuarat yang dapat memuatkan lebih kurang 30 ahli yang akan bermesyuarat berhubung dengan `Tapak` yang biasanya di adakan sebulan sekali dan bilik mesyuarat ini juga merupakan ruang pelbagai guna, baik untuk mesyuarat bahagian-bahagian, taklimat-taklimat, urusan dengan pekerja-pekerja  dan sebagainya.
Satu kebiasaan bagi pembinaan yang agak besar, ialah sebahagian dari pekerja-pekerja pembinaan tinggal sementara di kawasan tapak pembinaan, di dalam hal pembinaan Masjid Al-Umm ini juga sebahagian dari buruh binaan adalah tinggal di kawasan tapak, justeru pekerja-pekerja berkenaan mendirikan pondok-pondok sementara bagi kediaman mereka semasa dalam tempoh pembinaan. Di samping tinggal di tapak pembinaan mereka juga berperanan sama menjaga keselamatan barang-barang dan kawasan dari diceroboh masuk oleh mereka yang tidak berkenaan.
Pendekkata kerancakan pembinaan dan pembangunan mulai berlaku selepas penyerahan dan masuk tapak !


Sekian.

No comments:

Post a Comment