August 24, 2014

Ghazzah Dan Kemerdekaan Malaysia

(Deklamasi Sempena Majlis Idul Fitri Diadakan Oleh KPI Pagi Ini)
Kedua-duanya menjejaki
Sejarah Perjungan kemerdekaan
Dan merentas jalan panjang
Ghazzah jihad belum berkesudahan
Tiada jarak dan masa pengakhiran
Merindui kemerdekaan itu
Begitu mahal harga dibayar
Wilayah dalam kepungan
Nyawa dan kemusnahan
Gadaian bagi  kemerdekaan


Tatkala Malaysia 1948
Lebih tepat waktu itu Malaya
Berjuang untuk kemerdekaan
Ada sinar masa depan, namun
Terganggu oleh gerakan komunis
Menggugat tuntutan kemerdekaan
Dalam masa bersamaan
Palestin berdepan penjajahan
Menghitam masa depan
Balfore – Tajaan British Amerika Perancis
Memberi  ruang kepada penempatan Zionis
Dan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia
Digalak berhijrah ke Palestin
Berbondong mereka datang
Bagi menenggelamkan majoriti
Rakyat Palestin  tempatan
Lebih dari itu
Dengan perancangan licik
Yahudi membeli tanah milik Palestin
Atau dihalau secara kekerasan
Menurut akta sengaja direkakan
Tanah berasal sekangkang kera
Meluas dengan kekerasan kuasa.
Malaya mencapai kemerdekaan
Palestin mengalami  penjajahan.

Tatkala gagasan Malaysia 1963 diaju
Palestin bertambah pilu
Tragedi 1967 meletus
Perang Mesir-Yahudi
Terseret sama Syria
Galakan Negara tiga serangkai
British, Perancis Amerika
Dengan persenjataan dibekal
Antara kepimpinan Jamal Abdul Nasir Mesir
Asad Syria tidak mampu berdepan
Canggih kelengkapan bekalan barat
Pimpinan Golder Mier – Musi Dayan
Bagi memperluaskan kawasan
Lantas Semenanjung Sinai, Bukit Golan
Jatuh ke tangan Zionis sebagaimana dirancang
Peluasan dan penjajahan kejam
Membuat Tebing Barat dan Ghazzah
Terkepung dalam pengasingan
Arafat yang lebih ke Araban dari Islam
Gagal menyatu menjaga kepentingan
Mahmud Abbas juga lemah kepimpinan
Selalu menadah ihsan.


Dan rindu pada  kemerdekaan
Ghazzah  mengisytihar kebebasan
Dari Tebing Barat dan berjihad
Menentang Zionis kejam
Maka berlakulah peristiwa hitam
Sejarah terakam dengan darah
Terkenal dengan  shatila dan Flotilla
Biarpun setengah pemimpin  syahid
Antaranya  Ahmad Yasin dan Rantisi
Dan beribu lagi yang gugur
Tidah mematahkan perjuangan
Ghazzah di tengah-tengah sekatan.

Perang terbaru Ghazzah- Zionis
Bermula dari 8 Julai 2014
Digerak oleh ketakutan Zionis
Terahadap Hamas – Briged Qassam
Dengan peluru-peluru berpandu mengancam
Menjanjikan kemusnahan Zionis haram
Ia adalah siri dan ulangan
Perang 27 Disember 2008
Jika perang itu berlansung 22 hari serangan
Kini perang mutakhir mencecah dua bulan
Jika perang dulu memusnah 20  masjid 4,000 bangunan
Kini  jumlah kemusnahan premis bergandaan
Jika perang 2008 itu 1,330 gugur syahid
Kini melebihi 2000 syahid  mujahid
Dan jika 2008 adalah 5,450 cedera sakit
Kini melebihi 10,000 meningkat naik
Kebanyakan mereka anak-anak
Wanita dan orang awam dewasa.

Perang antara Zionis pimpinan Natanyahu
Yang keras hati dan kejam
Perang antara Briged Qassam dan Zionis-Amerika
Terang-terang Obama melulus bantuan tambahan
Perang antara kezaliman dan kemanusiaan
Perang antara polisi penghapusan etnik
Pura-pura berunding tapi tak menghormati
Sedang dunia masih alpa dari peristiwa
Malaysia sering kedepan membela kemanusiaan
Pihak kerajaan, NGO, institusi dan orang awam
Bukan setakat simpati dan  menderma
Kalangan mereka  membuat kunjungan
Dengan misi perubatan menilai kemusnahan
Sudah tentulah diikuti
Dengan pembelaan dan membaiki kemusnahan.

Ghazzah  Palestin
Bom jangka ditanam  Barat
Sering berlaku letupan
Mengancam ketenteraman
Bukan saja terhadap Ghazzah-Palestin
Tapi bangsa Arab yang abai
Kemanusiaan yang lalai
Akan berulang cetusan konflik
Akan berulang kematian tragik
Akan berulang kemusnahan yang jelik
Menuntut kesedaran kemanusiaan
Memotong tangan Yahudi yang kejam
Lantas bangkit menegak keadilan
Dengan penuh kekuasaan
Lebih dari kemampuan Bangsa Bersatu
Member I dan mengembalikan
Hak kepada yang berhak
Menghormati kemanusiaan
Mencintai kedamaian.

Shafie Abu Bakar
Bandar Baru Bangi,
28 Syawal 1435

24 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment