Perang 50 hari antara Hamas- Israel dari Ramadhan-Syawal /
Julai-Ogos (bermula 8 Julai) berakhir buat sementara hasil rundingan dengan
perantaraan Mesir. Kedua-dua pihak mendakwa mencapai kemenangan. Walaupun
masing-masing mengalami kemusnahan, terutama bahi pihak Hamas di Ghazzah yang
kehilangan nyawa 2,200 orang sedang
Israel dalam lingkungan 60 orang. Beribu rumah musnah di Ghazzah termasuk
masjid. Ini bukan perang pertama berlaku antara kedua pihak. Selepas Hamas
memenangi pilihanraya pada 2006 dan memisahkan diri dari Tebing Barat berlaku
peperangan antara Hamas dengan Israel
2008 yang juga memakan korban nyawa dan harta benda yang besar. Seolah-olah
seteiap setengah dekad Israel mengambil peluang memupuskan nyawa sebahagian
dari penduduk Ghazzah di samping memusnah harta benda dan melumpuhkan kekuatan
mereka. Ini antara tafsiran yang dapat
dibuat maksud kemenangan Israel. Sebelum mencapai objektif sedemikian Israel
dengan degil dan k eras kepala tidak menghiraukan kritikan dunia terhadap
kekejaman mereka yang di luar batas itu.
Hamas sebenarnya berada pada pihak yang lemah, tetapi penuh
bersemangat, walau seteruk mana diserang oleh Israel, mereka tetap berjuang
menentang Israel, walaupun lebih teruk mengalami kemusnahan dari segi nyawa dan
hartabenda. Ghazzah pada hakikat berada di dalam kawasan tawanan Israel dari
tanah mesir yang menguasai Semenanjung Sinai ke Teluk Aqabah dan hingga ke
Bukit Golan di Syria dan bersempadan dengan Jordan hingga ke Laut Mati. Pada
hakikatnya Ghazzah tidak lebih kuat dari Mesir yang lemah berdepan dengan Israel.
Yang patut menuntut perkembalian hak terhadap Israel ialah Mesir yang tanahnya
– termasuk Ghazzah dirampas Israel, tetapi tiada suara sedemikian kedengaran
dari Mesir, baik masa perang atau masai damai.
Kita menghormati Penduduk Ghazzah di bawah pimpinan Hamas,
yang menyedari mereka berada di dalam tanah rampasan dan jajahan Israel, tetapi
digerak oleh kemahuan ingin bebas, mereka mengambil pendekatan berjuang untuk
kebebasan di tengah kepungan Israel dan sekatan di sempadan Mesir. Rakyat
Ghazzah baik masa aman, apa lagi di masa perang terpaksa menghadapi kehidupan
yang keras, mendapat bekalan melalui terowong bawah tanah, di samping saluran
biasa.
Apa yang didakwa oleh Hamas sebagai kemenangan, setelah
melalui rundingan yang sukar di bawah anjuran Mesir dalam mana Israel tidak
bertolak ansur yang menyebabkan beberapa kali
persetujuan hampir dicapai, tetapi perang meletus semula, akhirnya
beberapa perkara yang member kelawasan kepada Hamas melalui perjanjian
disetujui, bahawa Ghazzah akan membina lapangan terbangnya sendiri sebagai
jalan keluar masuk ke Ghazzah, juga Ghazzah akan membina pelabuhan lautnya
sendiri juga sebagai jalan keluar masuk terutama sebagai saluran bagi
barang-barang dagangan dan keperluan penduduknya. Juga disetujui bahawa kawasan bagi nelayan Ghazzah diperluas dari 2 batu nautika kepada 6 batu nautika
sebagai zon ekonomi dan kebebasan nelayan Ghazzah menangkap ikan. Tidak timbul
tuntutan utama Israel yang mau melucutkan semua senjata dari pihak Hamas.
Walaupun persetujuan telah dicapai tiada siapa yang dapat
menjamin keamanan, kecuali kedua belah pihak mematuhi perjanjian yang mereka capai.
Walau macam mana Hamas bercita-cita
menjadi Negara yang bebas memerintah.
Pada satu pihak pihak Israel memangnya tidak mau Hamas menjadi kuat dan bebas
memerintah. Dengan demikian seolah-olah memberi
ruang kepada Hamas membina kekuatan dan mungkin akan mencabar kekuatan Israel.
Dengan kemahuan dua pihak yang bertentangan tidak mungkin kedua pihak
berkekalan tenteram. Dalam hal ini bagi memastikan keamanan berlaku dan tidak
berulang kembali peperangan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu perlu menempatkan
pemerhati Bangsa Bersatu di sempadan antara Ghazzah dan Israel termasuk antara
Mesir yang keluar masuk dapat dikawal dengan teratur. Sebaik-baiknya diusahakan rundingan bagi kemerdekaan Ghazzah
dari Israel.
Walau apa pun dalam keadaan sekarang, selepas mengalami
kemusnahan, khususnya bangunan-bangunan dan infra-struktur, jaminan perlu
diberi oleh Israel tidak kembali memusnahkan Ghazzah. Untuk membangun kembali,
kita percaya banyak negara yang simpati
akan menghulur bantuan bagi membina kembali
Ghazzah. Negara-negara yang jelas
member komitmen, ialah seperti Qatar, Turki dan tentulah Malaysia bersama-sama
Negara-negara yang sama bersimpati. Pertubuhan Bangsa Bersatu perlu memainkan
peranan bagi mempastikan keamanan yang
lebih berkekalan dapat diwujudkan di Ghazzah.
Keamanan amat berharga, tetapi jaminan keamanan perlu. Kedua
belah pihak hendaklah menjaga keamanan.
Kehadiran pengaman Bangsa Bersatu amat
wajar bagi menjamin keamanan berterusan. Adalah sia-sia pembangunan
dilakukan, tetapi kemudian dimusnahkan. Semua pihak perlu menghargai
kemanusiaan dan menghendar dari persengkitaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment