Hingga ke akhir 2013 terdapat dua AJK yang mentadbir dan
menguruskan pembinaan Masjid Al-Umm, iaitu Jawatankuasa Induk yang
dipengerusikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar dan Jawatakuasa Teknikal yang
dipengerusikan oleh Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad yang juga Pensyarah
Kejeruteraan di UKM.
Dengan bermulanya masuk tapak dan kerja-kerja tanah, maka
pada awal tahun 2014 ditubuhkan satu
lagi AJK yang dikenali dengan AJK Tapak. Pada dasarnya AJK ini berada di bawah AJK Teknikal dan
melaporkan kerja-kerja kepada AJK Teknikal. Mesyuarat biasanya diadakan pada setiap hari Selasa.
Maka AJK Tapak biasanya bermesyuarat pada selasa minggu pertama setiap bulan,
laporannya dibawa ke dalam mesyuarat AJK Teknikal yang biasanya bermesyuarat
pada setiap Selasa minggu kedua setiap bulan. AJK teknikal pula melaporkan
semua yang berhubung dengan Teknikal termasuk Tapak ke AJK Induk yang juga bermesyuarat
pada setiap Selasa minggu ketiga setiap bulan. Walaubagaimana Pengerusi Induk
dan Teknikal dan beberapa AJK biasanya
turut sama hadir ke Mesyuarat Tapak dan Teknikal – secara turut hadir bagi mengikuti perkembangan
dan kemajuan secara langsung
Adapun Lantikan Pegawai Penguasa Dan AJK Tapak ialah:
1)
Ir. Hj. Ghazali Hassan Pegawai Penguasa (Pengerusi Mesyuarat) - Al-Umm
2)
Ir. Hj. Ishak Arshad Pengerusi AJK Teknikal - Al-Umm
3)
Haji Abdul Rahman Daud – Pengurus Projek - Al-Umm
4)
En. Nik Muhd Adham Anuar - Setiausaha Kerja – Al-Umm
5)
Ar. Raja Haji Fuaddin Raja Ahmad – Arkitek
Urusbina
6)
Ar. Harizan Kamis – Arkitek Urusbina
7)
Tn. Haji Halim Lebai Din - Arkitek Urusbina – COW
8)
Ir. Mohd Safari – Safari Ingeniuers
9)
En. Azhar Ahmad – Safari Ingeniuers – Cow
10)
En. Mohd Sani Shahruddin – Perunding Azfar
11)
En. Ahmad Shahir Saufi – Perunding Azfar
12)
En. Azanul Amri Mohamad Azmi – Perunding Azfar
13)
En. Shahrul Anuar Abdul Rasheed – May Consult
14)
Tuan Haji Marzuki Che Omar – Tekad Nusantara
Sdn. Bhd. (Kontrektor)
15)
En. Mohammad Jazli Abd. Talib –Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
16)
En. Akbar Khan Mohamed Yunus – Tekad Nusantara
Sdn. Bhd.
(Ada berlaku perubahan nama yang mewakili
arkitek, perunding, engineer dan juga kontrektor – selain dari yang tetap).
(Terdapat beberapa pensyarah yang juga pelajar Ijazah
Lanjutan kejeruteraan pembinaan yang turut hadir – Pelajar Ir. Haji Ishak
Arshad di UKM yang datang mengikuti perbincangan setiap kali Mesyuarat Tapak
sebagai kursus praktikal. Kehadiran
mereka dengan meminta izin dan mendapat kebenaran).
Kalau dilihat kepada AJK di atas mereka adalah kalangan yang
berpengalaman di dalam kerja-kerja
pembinaan. Penubuhan AJK adalah
menurut amalan kerja-kerja pembinaan. Penubuhan
jawatankuasa ini ialah bagi mempastikan pembinaan Masjid Al-Umm adalah menurut
spesifikasi yang telah disetujui oleh AJK Induk melalui pelan arkitek pembinaan
sebagaimana telah diluluskan oleh pihak MPKj. Pihak arkitek mempastikan
kerja-kerja yang dilakukan oleh kontrektor menurut plan . Pihak perunding dan
juga engineer memberi nasihat, cadangan
dan pembaikan jika ada ketidaktepatan. AJK teknikal mendapat taklimat dari AJK Tapak tentang progress pembinaan atau
sebaliknya. Dari perbincangan dibuat cadangan kepada pihak AJK Induk misalnya
dari segi pengubahsuaian pelan, material yang sesuai digunakan, bentuk bahan
contoh seperti kubah dan juga berhubung dengan pembayaran.
Progres kerja yang berlaku setiap bulan dilaporkan di dalam
Mesyuarat Tapak disediakan oleh Site Agent
(Razak Rahman) dari pihak Kontrektor Tekad Nusantara Sdn. Bhd. Dan
disemak oleh Clerk of Work (En. Azhar bin Ahmad).
Misalnya bagi permulaan kerja bagi bulan pertama, iaitu
Januari 2014, maka laporan yang masih belum lagi banyak itu menyatakan tentang:
Laporan Kemajuan Kerja berakhir 9 Januari 2014
Masa Terpakai: 31
hari yang merupakan masa .
kerja yang dilakukan sebanyak 5.8% daripada hari (532 hari.
Jadual asal 1.78 Yang Sebenar 1.66 Lewat
0.12%
Lewat: 1 hari
mengikut Cpm.
Turut dilaporkan jenis kerja permulaan yang dibuat (kerja
tanah), cuaca, sumber tenaga manusia, penggunaan mesin dan jentera di tapak,
arahan dari pihak Consultant (tiada), contoh bahan binaan (Perunding Safari
Ingeniuers), keputusan ujian terhadap cube, concrete yang diguna.
Pada bahagian akhir disediakan laporan bergambar tentang
papan kenyataan syarikat, lakaran peta tapak kerja, kerja tanah yang masih
merupakan peringkat permulaan.
Pendek kata kerja-kerja dilakukan secara sistematik, berada
di dalam kawalan dan di dalam penilaian berterusan. Semuanya ini bagi
mempastikan agar pembinaan Masjid Al-Umm berjalan lancer dan diharap tidak
banyak menghadapi masalah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment