August 17, 2014

Mendirikan Masjid Niat Hendaklah Dengan Ikhlas

BBB, 20 Syawal 1435 = 16 Ogos 2014 (Sabtu):
Telah dibicarakan niat mendirikan masjid adalah niat yang baik, kebaikan ini lebih-lebih lagi menyerlah jika ianya adalah pancaran dari ikhlas. Berhubung dengan niat ini. Antara ta`rif niat ialah:
`Qasd al-Shay` muqtarinan bi fi`lihi`
Bermaksud:  Mengqasadkan sesuatu beserta dengan melakukannya
(Muhammad Arshad al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, Maktabat Nur al-Thaqafah al-Islamiyyah, Jakarta, Juz` Satu. Tt: 61).
Kedua-duanya – niat dan ikhlas,  ibarat pasangan yang sempurna yang bila berurusan lebih memudahkan, lantaran tiada berkepentingan. Berhubung denganb ikhlas ini firman Allah bermaksud:
``Dan mereka tidak diperintahkan melainkan menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya.`` (Al-Bayyinah: 5).
Nilai ibadat bergantung pada keikhlasan hati. Tanpa ikhlas merosakkan ibadat. Derma mendirikan masjid adalah ibadat yang seharusnya dilakukan dengan ikhlas. Pahala boleh menghilang jika bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang.
Tanda ikhlas menurut Kata pantun sepuluh kerat:
Kalau pergi ke Bandar Baru Bangi
Jangan lupa melawat universiti
Bukan setakat menghayati  kampus
Tapi ke  pameran membeli buku
Tanda datang ke Bandar Ilmu
Jikalau hendak tau niat suci
Dengan kerjanya tak bangga diri
Bahkan amalan semata patuh
Tiada kepentingan dari amalan itu
Lupa pemberian sekadar berlalu.

Pembinaan Masjid Al-Umm adalah himpunan keikhlasan orang ramai, bahkan mereka sebagai hamba Allah  tidak mau dikenail. Tapi,
Setiap  ikhlas yang diberi
Setitis hujan di langit tinggi
Hormat diarak awan hitam
Tiba ke hujung  perbatasan.
Ikhlas  diberi rahmat di nanti
Pecahnya turun segala meliputi
Puncak gunung ke perlembahan
Alur sungai hingga ke lautan
Semua syukur dapat manfaat
Demikian ikhlas tambah berkat.

Keberkatan dan rahmat hidup bila nikmatnya dihayati secara sama jamaah. Kebahagiaan itu dapat dirasa kepuasan bila memberi, sebaliknya kebahagiaan hilang dengan  takutnya hilang dengan memberi.


Sekian.

No comments:

Post a Comment