Pembinaan Masjid berjalan
lancar
Tiang yang tegak dari tapak
Mulai dipasang beam dan lantai
Dengan jaring besi menghampar
Dan mulai 7 Ogos 2014
Cuaca hari begitu baik
Kerja intensif dilakukan seharian
Lantai diratakan
dengan semin
Dicurah mesin pembancuh ber timba kukuh
Dan pada 9 Ogos dua hari kemudian
Begitu cepat papan tepian ditanggalkan
Menyerlahkan lantai nampak
Lantai paling barakah tumpuan jamaah
Mengerjakan ibadat terutama solat
Darinya disampaikan pengajaran
Para hadirin beri tumpuan
Pada 12 ogos mesyuarat tapak
Tiang cerocok bagi level tiga
Mulai tegak dibangunkan
Segera kerja dilakukan.
Selepas mesyuarat kuambil kesempatan
Meninjau ke luas permukaan lantai
Level atas bawah tanah
Sebelum ini belum jelas kedudukan
Kini mihrab dan arah
kiblat
Mengadap Jelas dapat dilihat
Kedudukan level utama ini
Berada di tanah agak tinggi
Jelas kelihatan fenomena luaran
Dengan level di bawah tiada gangguan.
Bergerak ke kanan kiri
Sama dengan permukaan tanah
Dari arah masuk dari hadapan
Kerja-kerja sedang dilakukan
Tapak bahagian berasingan
Untuk kawasan wudhu`
Dan tandas awam
Namun dalam meninjau ini
aku masih belum pasti
(walaupun sudah ada dalam pelan)
Di mana menara berkembar
Akan tegak dibangunkan nanti.
Shafie Abu Bakar,
26 Syawal 1435
22 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment