Ibarat pemilihan dan Persediaan Tapak
Menyediakan sekitaran paling layak
Dilokasi strategik
pandangan menarik
Di atas tanah tinggi di tengah wadi
Bandar Ilmu Bandar Baru Bangi
Bukankah masjid Rumah Allah
Selayaknya berkedudukan menyerlah ?
Mengukuhkan tapak
Selepas kerja tanah
Dan benteng konkrit ditegak
Piling berpuluh tiang bercerancang
Dari pertengahan Januari ke Februari 2014
Bergema hentakan kelilingan
Tiang berpuluh kaki rapat ke perut bumi
Adalah bandingan menanamkan keyakinan
Akidah ke dalam minda kukuh berpasak
Bahawa Allah Tuhan Maha Esa
Nubi Muhammad Rasul Mulia
Dengan sifat wajib, mustahi, harus
Dihurai dari dua kalimah Shahadah
Diikuti rukun iman percayakan malaikat
Kitab, kiamat dan
qada-kadar baik jahat.
Dan Masjid Al-Umm
Bakal siap akan mengolah aqidah
Bahan pengajaran pancang meyakinkan
Bahawa kewujudan ini adalah ciptaan
Yang Maha Esa Yang Menjadikan
Dengan ilmuNya meliputi sekalian
Nature kejadian harmoni keadaan.
Akidah adalah keilmuan dan keyakinan
Dengannya teguh pancang keimanan
Tidak berganjak oleh goncangan
Tenang dalam apa keadaan
Kerana diketahui
Hakikat wujud ini
Fana dan Abadi.
Adapun tanpa akidah
Adalah jahil dan ragu
Tertutup minda dari Kebenaran
Mengancam ketenteraman
Mengundang kegelisahan
Kecewa dan putus asa
Mengancam bahagia.
Akidah adalah keyakinan
Ilmu menyuluh
Ke Jalan Lempang.
Shafie Abu Bakar,
25 Syawal 1435
21 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment