August 26, 2014

Papan Penampang Bagi Lantai Konkrit Aras Tiga Dipasang



Mengakhiri Syawal 1435
Menghujung Ogos 2014
Tarikh keramat kemerdekaan
Papan penampang bagi lapisan konkrit
Tingkat tiga Masjid Al-Umm
Sedang giat dipasang
Melihat dari sisi sebelah kiri
Menghadap ke arah Kiblat
Jelas kelihatan rangka konkrit
Tiga tingkat berlapisan
Sedang dilihat dari – Jalan masuk
Dari hadapan arasnya sama
Dengan permukaan bumi
Dengan tiang-tiang  naik
Bagi tingkat tiga tadi.


Perubahan cuaca sejak seminggu
Dari kemarau panjang kepada hujan
Tidak Menjadi halangan
 Setelah  ruang bawah tanah
Dan tingkat atas disiapkan
Sedangkan tingkat tiga
Lantainya keliling ke belakang
Di atas dari  lantai aras dua
Dengan bahagian tengah terbuka
Kelihatan semua kegiatan dari atas
 Ke  aras dua paling utama.
Aras tiga pada dasarnya
Khusus untuk ruang solat wanita
Tapi bakal ditempatkan sama
Bilik mesyuarat, kelas tahfiz dan bilik IT
Menaiki ke tingkat tiga ini
Adalah melalui dua tangga
Tetapi untuk kemudahan OKU
Ada lift untuk mereka
Tetapi tidak kepada orang biasa
Bagi menaikkan barang-barang berat
Lift dibenar mengangkat.

Apabila tingkat tiga siap
Rangka bangunan hampir lengkap.

30 Syawal 1435

26 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment