Tanah asalnya perkebunan getah
Di lereng perbukitan Bangi itu
Sama usia dengan penerokaan
Bandar Baru Bangi 1975
Di pinggir kampus UKM
Pemangkin kemajuan.
Tapi tanah reserve belum bergazet
Biar kelilingnya berubah wajah
Fasa demi fasa
pembangunan
Perumahan dan persekolahan
Premis perniagaan, pejabat, kilang
Tapak tetap kosong berhutan kecil
Di tepi sebuah padang permainan
Antara Sekolah Rendah Kebangsaan
Rumah semi D dan Medan Usahawan
Hinggalah lewat 2010 kemudian
Tapak sekian terpendam itu
Mulai menarik minat setempat
Untuk dilamar sebagai tapak
Masjid Al-Umm induk penggerak
Gagasan Bangi Bandar Ilmu
Mula tercetus pada 2007 itu.
Lalu jadilah
Tapak tanah barakah
Menjunjung Rumah Allah
Bakal berulang kumandang azan
Bersolat berzikir bersolawat
Gemerlap permata pengajaran
Juga kegiatan kemasyarakatan
Wadah pendidikan generasi Islami
Tertumpu di sini.
Masjid Al-Umm dalam gagasan
Adalah kecintaan dalam wawasan
Induk Wadi Bangi Bandar Ilmu
Atas harapan murni itu
Orang ramai bermurah derma
Jawatankuasa memerah minda
Bekerja memasti pelan dirangka
Diterjemah menjadi realiti
Dari masjid tiga tingkat itu
mengalir darinya pengajian
Bertemu sungai-sungai ke tasik ilmu
mengukuh identiti
Bangi Bandar Ilmu.
Shafie Abu Bakar,
23 Syawal 1435
19 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment