BBB, 14 Syawal 1435 = 10 Ogos 2014 (Ahad):
Pada peringkat permulaan kontrektor memulakan kerja-kerja dari masuk tapak 10.12.2013 dan seterusnya kerja
tanah, maka jumlah derma yan g terkumpul sehingga akhir Disember 2013
sebagaimana yang dilaporkan oleh Bendahari adalah sebanyak RM2,641,102.35. AJK
Pembinaan adalah bertawakkal dan meneruskan azam bahawa pembinaan hendaklah
bermula pada bulan Disember 2013 juga. Tapi dengan jumlah derma sebanyak ini
adalah dibimbangkan tidak sempat melunaskan progress kerja-kerja yang berjalan.
Kami mengharapkan orang ramai menderma bila melihat pembinaan bermula.
Satu yang melegakan bahawa semasa minum selepas Tuan Guru
Dato` Dr. Haron Din merasmikan Penentuan Arah Kiblat Masjid Al-Umm pada 2
Januari 2014 dan mendapat maklumat tentang jumlah terkini berhubung dengan
derma yang didapati TG Dato` Dr. Haron Din menyebut bahawa beliau cuba untuk
mendapatkan sejumlah RM1.5 juta dalam tempoh seminggu – Insya Allah.
Sebenarnya dalam tempoh tidak sampai seminggu, iaitu pada 4
Januari 2014, pihak AJK diberitahu dan diminta datang ke rumah TG Dato` Dr.
Haron Din bagi menerima cek yang dijanjikan. Hadir pada pertemuan pada pagi
Sabtu itu ialah Penulis selaku Pengerusi, Dr. Tajul Ariffin Noordin, Tuan Haji
Abdul Rahman Daud dan Tuan Haji Mohd. Nor. Turut sama hadir ialah Cikgu Ma`an
Pengerusi Surau Al-Nur dan saudara Hamdi anak Dato` Dr. Harun Din.
Yang lebih mengejutkan kami AJK, janji asal jumlah yang mau
disampaikan oleh Dato` Dr. Haron Din ialah RM1.5 juta, tetapi penyampaian yang
sebenarnya melebihi dari yang dijanjikan, iaitu RM1.52 juta. Pihak AJK
mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang disampaikan kepada Pengerusi
dan terus diberi kepada Bendahari Tuan Haji Mohd. Nor bin Haji Yasin. Dengan tambahan peruntukan ini
melegakan pihak AJK dalam urusan pembinaan dengan kontrektor. TG Dato` Dr. Haron
Din selaku Penaung berjanji akan berusaha mendapat dana dari pihak-pihak yang dijangka
dapat memberi derma.
Sesungguhnya pembinaan Masjid Al-Umm setakat ini adalah
bergantung pada derma orang ramai yang tidak jemu-jemu menderma kepada Masjid
Al-Umm. Salah satu usaha AJK Pembinaan Masjid Al-Umm ialah berusaha mencapai
target jumlah paling minimum sebanyak
RM6 juta ringgit, agar dapat membuat tuntutan dari kerajaan Negeri Selangor
yang berjanji akan member dana atas kadar dolar to dolar. Setakat ini jumlah
tersebut sudah dapat digenapkan dan mulai 21 Mei 2014 bersamaan 21 Rajab 1435
Penulis sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm telah menulis surat kepada
pihak Menteri Besar memohon peruntukan RM6 juta yang telah dijanjikan oleh
pihak Menteri Besar kerajaan Negeri Selangor. Dalam follow-up yang dibuat
setelah semua dokumen yang disertakan
atas permintaan pada 26 Jun 2014 adalah
difahamkan berkenaan dana RM6 juta tersebut dalam tindakan dan kami masih
sedang menunggu.
Namun dari
perkembangan politik negeri Selangor yang sedang berlaku dalam mana pada
hari Sabtu semalam 9 Ogos 2014 bersamaan 13 Syawal 2014 Tan Sri Dato` Seri
Abdul Khalid Ibrahim dipecat dari keahlian PKR dan beliau digugat oleh parti
PKR dari kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor membimbangkan kami dari
segi peruntukan yang dijanjikan. Penulis berpendapat kemelut politik Selangor ini adalah peristiwa hitam bagi kerajaan
Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, akibat dari perebutan kuasa dan tidak sabar
menunggu masa. Tindakan yang menggawatkan politik negeri Selangor mungkin untuk
memuaskan sebahagian pemimpin, tetapi gelagat politik ini diperhati dan dinilai
rakyat yang mungkin akan menghukum ke atas kesilapan pertimbangan dan tindakan
yang dibuat.
Dalam keadaan sekarang, sungguhpun Tan Sri Khalid masih
Menteri Besar yang sah bagi negeri Selangor, tetapi berbagai kemungkinan
politik akan berlaku kepada Tan Sri Khalid dan negeri Selangor sendiri. Tan Sri
Khalid mungkin dapat mempertahankan kedudukannya dan mungkin diganti oleh pihak
yang lain. Tapi yang kita paling bimbang sekali kemungkinan berlaku pilihanraya
pada peringkat negeri Selangor
Dengan keadaan sekarang, jika berlaku pilihanraya peringkat negeri
Selangor, kita bimbang kemelut politik yang sedang berlaku di dalam PKR dan
negeri Selangor menghilangkan kepercayaan rakyat untuk kembali memberi mandate
kepada Pakatan Rakyat. Kita melihat permasalahan yang berlaku sekarang bermula
dari `Langkah Kajang` yang memberi kemenangan kepada Wan Azizah 24 Mac 2014 dalam
pilihanraya kecil Kajang. Nampaknya Adun PKR di Dun Kajang yang baru menang boleh diminta
letak jawatan sewenang-wenang bagi memeberi ruang laluan, maka lanjutan dari
itu Menteri Besar pula diminta letak jawatan dengan alasan-alasan yang dicari, juga bagi memberi ruang laluan.
Kita bimbang dengan konflik yang berlaku menghilangkan kepercayaan
rakyat, jika pun tidak berlaku pilihanraya peringkat negeri, tetapi keyakinan
mungkin tidak dapat dipulihkan pada pilihanraya ke 14 dan
kemungkinan berdepan kekalahan.
Berhubung dengan krisis kini, kami AJK Pembinaan Masjid
Al-Umm berharap permohonan yang dibuat bagi mendapat dana yang dijanjikan bagi
Masjid Al-Umm sebelum krisis politik berlaku diharap tidak akan terganggu. Kita juga mendoakan agar
politik Selangor kembali menjadi stabil dan dapat memulihkan kepercayaan
rakyat.
Sekian.
Bagusnya doktor, syukur Alhamdulillah. Sayalah yang terkial kial untuk mencari samah serial untuk menyiapkan pusat pengajian ( sekolah agama ) di kaag Basung Hulu Terengganu. Kesian ustaz kamaruzzaman, kehulu kehilir. kena tipu pun ada, janji nak beri 500 ribu, sesen pun tak nampak. Tak apa lah mungkin dengan kutip kepeng pun akan kami usahakan, mungkin Allah nak uji kami, nak beri pahala yang berlipat ganda. kalau ke terengganu, bila ada masa jenguk jenguklah kami di kampung basung.
ReplyDelete