September 30, 2019

ELAK KECELARUAN IBADAT


ELAK KECELARUAN IBADAT
(Fikrah Bangi: 362),
BBB: 30 Muharram 1441H. = 30 November 2019M. (Isnin).
Memang jika tidak ada mazhab lagi baik. Umat Islam bersatu di dalam menjalani syarat dan rukun yang sama di dalam menjalankan ibadat. Tetapi dalam keadaan sekarang untuk memisah diri dari mazhab adalah sukar. Sebab itu untuk mengelak kecelaruan maka mengikut mazhab adalah perlu. Sebagaimana telah disebutkan bahawa mazhab Shafie dari segi fiqh adalah menjadi mazhab yang diikuti di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Demikian Mazhab Ash`ari-Maturidi adalah mazhab dari segi akidah, manakala aliran Ghazali dan yang mengikutinya adalah aliran tasawuf yang diikuti.  Ketiga kompunan ini adalah di dalam aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Dengan demikian dapat dielak dari kecelaruan dan campur aduk dalam ibadat.
Pengalaman mengajar kita kecelaruan berlaku, bila  diambil setengah pendapat yang lain dan merubah yang sedia ada dengan pendapat  atau aliran lain yang dibawa dari luar dan bercanggah dengan amalan yang ada. Sebagai contoh sekitar 1950an kecoh dengan aliran Kaum Muda dan Aliran Kaum Tua. Aliran Kaum Muda merujuk kepada pendapat baru yang bercanggah dengan amalan lama yang dikenali dengan Kaum Tua.
Hasan Bandung adalah individua dari Bandung yang mencetuskan Kaum Muda  dan pengaruhnya sampai ke Malaya pada masa itu, antara pengikutnya Abu Bakar Ash`ari Perlis. Aliran ini antaranya dipengaruhi aliran Wahabi dari Sa`udi.. Aliran ini sampai juga di kawasan-kawasan yang lain termasuk di Kelantan tetapi tidak mendalam pengaruhnya sebagaimana di Perlis yang kesannya sehingga kini dan memasalahkan dari segi keselarasan ibadat  dan menjadi perbalahan di kalangan penduduk setempat. Antara perkara yang menjadi perbalahan  hingga kini, soal membaca basmalah pada awal Fatihah, soal baca qunut dan soal wirid selepas solat. Ketara aliran ini adalah dari pengaruh Wahabi. Pada tahun  lepas berlaku perbalahan antara jama`ah yang mau membaca wurid selepas solat dan tidak `berwirid sebagaimana diamalkan oleh Wahabi.
Kaum Muda ini mempersoalkan juga dari segi misalnya membaca lafaz bagi niat solat  sebelum takbir. Kaum Tua dan mereka yang berpegang dengan pegangan umum di Malaysia juga Kaum Muda mempersoalkan tentang talkin di kuburan bagi yang baru dikebumi juga tahlil. Bagi mereka selepas solat terus bubar dan bila ke bumi mayat selesai dengan tak perlu bertalqin. Mereka terus bubar. Bagi pegangan umum yang dikenali sebagai Kaum Tua talqin bukan saja dituju bagi si mati, tetapi lebih pentng ditujukan  kepada hadirin sebagai ingatan kepada yang hadir mengiringi  jenazah.
Bayangkan  jika kebenaran diberi kepada Shi`ah bagi memperkembangkan pengaruhnya di Malaysia maka ia akan keliru  dari berbagai pegangan. Adalah tidak wajar aliran ini dan yang seumpamanya masuk ke negara ini, lantaran ianya akan membawa kecelaruan. Ianya akan membawa perbalahan sebagaimana berlaku di Perlis dan pada peringkat puncak boleh membawa kepada peperangan sebagaimana berlaku di Pakistan juga di Iraq.
Lantaran itu pihak berkuasa hendaklah wasppada terhadap kemasukan aliran-alairan tertentu yang berlaiainan dan bercanggah dengan  amalan yang dikakukan oleh penduduk Islam di negara ini.. Kita tidak sepatutnya mebiarkan benih-benih konflik tumbuh dan subur di negara ini. Orang ramai, terutama para jama`ah haji atau umrah tidak sepatut membuat amal secara sendiri, Misalnya bila ke Makkah-Madinah mengikuti Imam yang tidak baca basmalah di awal Surah al-Fatihah dan tidak berwirid selepas solat, maka secara individu yang terpengaruh bila pulang bawa kelainan solat sebagaimana diamalkan di Makkah  dan Madinah.
Jangan jadikan amalan ibadat secara ikutikutan, tetapi hendaklah berguru dari guru-guru  mursyid sebagaimana diamalkan di sini.
Sekian.

September 29, 2019

ELAK DARI PERPECAHAN


ELAK  DARI  PERPECAHAN
(Fikrah Bangi: 361),
BBB:  29 Muharram 1441H. = 29 September 2019M. (Ahad).
Perpecahan di sini dimaksudkan dari segi pegangan umat  Islam di negara ini. Dapatlah dikatakan hasil dakwah yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah awal terhadap umat Islam di negara ini adalah teratur dan pada dasarnya tidak bercanggah antara satu sama lain, sebab itu dilihat aliran-aliran pegangan umat Islam di negara ini adalah harmoni/
Pendakwah peringkat awal terdiri dari mereka yang berpegang pada aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Misalnya dari segi pegangan fiqh adalah menurut mazhab Shafie. Tokoh paling awal dikenali membawa aliran Mazhab Shafie ke sini ialah Syeikh Nuruddin al-Raniri yang mengarang kitab Sirat al-Mustaqim, kitab fiqh terawal  di dalam bahasa Melayu  pada abad ke 17. Beliau dijangka pernah ke Pahang sebelum  mendapat tempat di Aceh di bawah pemerintahan Iskandar Thani (1636-1441) yang menjadi menantu kepada Raja Aceh. Pengukuhan terhadap aliran Mazhab Shafie dilakukan oleh seperti Syeikh Abdul Malik bin Abdullah dari Terengganu pada akhir abad ke 17 dengan karangan fiqhnya berjudul Kifayah dan diikuti oleh Muhammad Arshad al-Banjari dengan karangannya yang berjudul Sabil al-Muhtasin pada pertengahan abad ke 18 demikian  dalam tempoh yang sama (pertengahan abad ke 18 Syeikh Daud al-Fatani banyak menghasilkan kitab-kitab fiqh, termasuklah Furu` al-Masa`il, Idah al-Bab dan banyak lagi. Dengan demikian  Mazhab Shafie menjadi ikutan bagi umat Islam di Nusantara.
Dari segi aqidah aliran Ash`ari  dan juga Maturidi dari aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah menjadi kitab-kitab panduan di dalam pengajian. Antara kitab-kitab penting ialah seperti kitab Bidayah al-Hidayah oleh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin, Kitab al-Durr al-Thamin oleh Dawud bin Abdullah al-Fatani dan berbagai huraian di dalam bahasa Melayu terhadap Matan al-Sanusi dan Matan Jauharat al-Tauhid, maka kitab-kitan aqidah sedemikian dan seterusnya yang lain yang lebih baharu mengukuhkan aqidan dari aliran al-Sunnah wa al-Jama`ah, manakala di dalam tasawuf, maka aliran berdasarkan Ihya` `Ulum al-Din al-Ghazal;i dan juga berdasarkan  matan Hikam Ibn `Ata` Allah  yang antaranya dihuraikan oleh Tok Pulau Manis (m. 1736M.) adalah menjadi ikutan bagi umat Islam di Nusantara. Semua ini mengukuhkan aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah di Alam Melayu
Selama ini bukan tidak ada aliran yang boleh memecahbelahkan pegangan umat di rantau ini. Misalnya Mazhab Shi`ah pada peringkat permulaan berkembang di Champa, Cambodia dan mempengaruhi pemerintahan kerajaan Kemboja seperti Gelaran Norodom bagi raja (Nuruddin) dan gelaran pembesar seperti  Hon Sen (Hussain dan sebagainya, aliran ini sedang diusaha untuk diganti dengan aliran ahlu al-Sunnah oleh pendakwah-pendakwah dari Malaysia ke sana. Aliran Wahdatul Wujud pernah berpengaruh di Acheh dari awal abad ke 17 ke pertengahan abad tersebut, terutama oleh Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dan sebagainya.
Kita berharap komponen keilmuan Fiqh, aqidah dan rasawuf Sunni yang dipegang umat di Malaysia dan Nusantara terus diperkukuhkan dan adalah wajar tidak dibenarkan aliran yang lain seperti Shi`ah tidak dibenarkan diperkembangkan di negera ini, walaupun dituduh tidak demokratik (Sunday  Star 29.9. 2019:  9). Membenarkan Shi`ah bertapak di negara ini akan mengundang perpecahan seperti kafir mengkafir, akan lahir perbezaan dari segi  ibadat dan pemujaan terhadap tokoh-tokoh yang dipuja Shiah. Ia akan mengundang perpecahan seperti berlaku di Iraq, Pakistan dan sebagainya.
Pengukuhan  aliran Ahlu al-Sunnah hendaklah dilakuklan secara sepadu dari pihak pemerintahan, jabatan-jabatan agama di negeri-negeri dan berbagai agensi. Aliran yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini seperti Shi`ah, Wahabi dan lain-lain hendaklah disekat dari berkembang di negara ini, bagi mengelak dari perpecahan  yang akan menggugat ketrenteraman di negaraini.
Sekian.

September 28, 2019

HALANGAN TEMPATAN DAN TINDAKAN


HALANGAN TEMPATAN DAN TINDAKAN
(Fikrah Bangi: 360),
BBB:  28 Muharram 1441H. = 28 September 2019M. (Sabtu).
Halangan dakwah dari segfi tempatan. Antaranya dari segi politik. Orang-orang politik lebih melihat dari segi kepentingan politik dari segi dakwah. Mereka lebih melihat dari segi kesan kepada solongan politik, jika didakwah secara langsung sebagaimana dilakukan oleh Tun Mustafa, Tun Abdul Rahman Ya`kob. Jika dilakukan dakwah secara langsung kepada non-muslim, maka implikasinya akan mengakibatkan kurang sokongan politik, terutama dari yang bukan Islam. Apa yang dicakapkan ialah mengambil saecara partial tentang Islam dan dipamirkan tentang keistimewaan dan tidak cuba menyentuh secara syumul sebagaimana yang seharusnya. Ini dilakukan melalui media. Adalah diterima ada kesannya, tetapi kurang dari segi maksimum dan kesungguhan.
Imej masyarakat Islam di Malaysia, walaupun di dalam keadaan majoriti, tetapi dilihat antaranya lebih mundur dari segi ekonomi dan taraf hidup sosial, apa lagi orang Islam bukan menunjukkan imej yang baik yang menyebakna kurang daya tarikan untuk yang bukan Islam untuk menerima Islam. Dalam kata lain masyarakat yang kurang maju merasa `Takut` untuk mendekati, apa lagi menarikmereka kepada Islam.
Yang lebih kuat dan berpengaruh kini ialah watak-watak intelektual yang dapat bercakap secara menarik atau lebih daripada itu yang dapat menarik masyarakat yang non-Islam memberi perhatian, jika pun tidak terus menerima Islam, Forum Perdana pada setiap malam Juma`at adalah contoh yang menarik dan dapat menarik khalayak pendengar, tetapi adakah yang bukan Islam turut mendengar ? Watak seperti Zakir Naik adalah sesuai diketengahkan kepada masyarakat yang bukan Islam tentang Islam.
 Antara pendekatan yang baik adalah wajar diadakan dialog antara agama, dialog peradaban dan perbandingan agama yang dapat dihadiri oleh semua kaum. Tetapi adakah tokoh-tokoh umpamanya dari universiti-universiti mampu bercakap tentang dialog peradaban dan perbandingan agama.  Jika ada kemampuan wajar slot tv disediakan sebanyak misalnya sebulan sekali.
Satu cara ialah menjemput rokoh Islam antara bangsa untuk tiga bulan sekali yanbg dapat bercakap tentang Islam secara menarik misalnya  Yusof al-Qaradhawi dan profesor-profesor tentang tamadun  dan Peradaban Islam dari Barat  atau dari mana jika berkemampuan.
Satu yang menghalang yang bukan Islam untuk mendekati Islam, ialah kelemahan imej mereka yang masuk Islam yang dikenali dengan muallaf. Sudajh menjadi imej dominan, apabila seorang yang bukan Islam masuk Islam, mereka membawa imej yang lemah. Bahawa mereka akan jadi peminta bantuan jika tidak meminta sedekah, malas bekerja dan berkehidupan susah. Imej ini amat merosakkan imej masyarakat umat dan menjadi penyebab pihak yang bukan Islam tidak mau mendekati Islam. Pihak yang berkuasa mulai dari pihak JAKIM membawalah kepada jabatan-jabatan agama, pusat-pusat pengajian tinggi dan badan-badan dakwah dapat membaiki dan merubah imej muallaf yang dilihat membawa berbagai-bagai masalah bagi masyarakat ummah. Pihak MACMA wajar diajak berunding.
Dari segi dakwah, kita tidak berharap pada orang politik yang banyak berrhetorik dari bertindak secara konkrit dari segi dakwah dan penyebaran Islam. Badan-badan yang tidak bersifat politik lebih  bebas dan terbuka dari segi dakwah. Mereka ini perlu membuat pendekatan dan menyusun kembali dari segi dakwah yang dapat masuk ke dalam masyarakat multirasial di negara kita.
Kerjasama dari berbagai-bagai pihak amat diperlukan bagi mengatur langkah dan melaksanakan dakwah secara berkesan..
Sekian.

September 27, 2019

IMEJ MEMPENGARUHI DAKWAH


IMEJ  MEMPENGARUHI DAKWAH
(Fikrah Bangi: 359).
BBB:  27 Muharram 1441H. = 27 September 2019M. (Juma`at).
Walaupun ia bukan perkara asas bagi dakwah, tetapi ia mempengaruhi dakwah. Ia melibatkan perkara yang besar seperti kedudukan umat Islam sebagai kuasa di dunia, membawalah kepada perkara yang kecil seperti imej muallaf selepas masuk Islam.
Perkara besar dari imej yang berhubung dengan kekuasaan politik dan pemerintahan, pendakwah menggambarkan tentang kekuasaan Islam yang menarik orang bukan Islam menerima Islam, bahawa kejayaan dan kekuasaan politik yang menjadi model kepada umat Islam, bahawa Rasulullah dengan secara bijak menyatukan  dua kaum penting di Madinah -  kaum Aus dan Khazraj yang sebelumnya berseteru dan berpecah menjadi bersatu dan dikenali dengan golongan Ansar yang disatukan dengan kaum Muhajirin. Dengan penyatuan mereka Rasulullah membentuk pemerintahan Negara Islam Pertama di Madinah. Ianya menjadi model bagi negara Islam.
Keagungan zaman pemerintahan Islam  pada zaman Kerajaan Abbasiyyah berpusat di Baghdad atau kerajaan di Cordova di Andalusia juga menjadi contoh tentang tamadun dan peradaban Islam membawalah kepada kekuasaan kerajaan Turki sehingga awal abad 20.
Imej dan kemajuan umat amat penting di dalam mempengaruhi masyarakat untuk menerima pengaruh dan sanjungan terhadap kekuasaan sesuatu negara. Kekuasaan British menguasai pemerintahan hampir tiga perempat dunia dari abad ke 17 hingga bad 20, termasuk menguasai negara kita, amat mempengaruhi masyarakat yang melihat British begitu unggul, maka kita terpengaruh dengan tamadun yang dicapai termasuk budaya budaya, bahasa dan pemerintahan yang dilaksanakan di negara kita. Bahasanya dipelajari dan agama yang dianuti mereka dianuti oleh setengah rakyat di negara ini.
Imej Islam dan umatnya   kini amat mempengaruhi maju dan mundurnya umat.. Kemajuan umat Islam menjadi  kemegahan bagi umat dan menjadi contoh dan ikutan umat, sebaliknya kejatuhan dan kemunduran umat antara menjadi sebab umat Islam dipandang rendah dan mengurangkan dari segi dakwah. Pihak musuh Islam terutama Barat dan yang anti Islam berusaha merosakkan imej umnat Islam agar Islam tidak lagi menarik untuk diterima sebagai pegangan agama. Sebenarnya sejak dari Islam berkuasa, maka musuh Islam berusaha memadam pengaruh Islam. Wibawa umat Islam dirosak dan direndahkan melalui penjajahan terhadap negara-negara Islam sejak abad ke 17 sehinggalah jatuhnya empayar Turki pada awal abad 20.
Dalam politik semasa, banyak dari negara-negara Islam bangkit dan menjadi  kuasa minyak yang dapat mempengaruhi dunia dan umat. Antara dua kuasa minyak penting ialah Iran dan Iraq.Imperialis Amerika berpengaruh di Iran dan menguasai kekayaan minyak di situ,  tetapi revolusi Iran tahun 1969
menghalau keluar Raja Shah Redha Pahlawi dan Amerika dari Iran.  Amerika hilang pengaruh di Iran dan berdendam terhadapnya hingga kini. Bagi menghilangkan penaruh Islam Amerika memerangi Afghanistan  yang masih belum padam dari huru hara, kemudian Amerika juga mencetuskan peperangan di Iraq dan membunuh Presiden Saddam, sebagaimana dia juga mengatur strategi bersama Israil menjatuhkan Mu`ammar Ghadapi di Libya dan membubnuhnya. Demikianlah satu demi satu negara Islam yang kaya dengan minyak dilemahkan. Kini Amerika yang disebut berdendam dengan Iran, menyekat penjualan  minyak Iran agar negara itu lumpuh dari segi ekonomi.. Amerika juga sedar tentang kekayaan `Arab Saudi dari segi hasil  minyak.  Walaupun Arab Saudi menjadi sekutu rapat Amerika tetapi kekayaan Arab Saudi tidak disenangi, lantaran itu Amerika Israil mencetus konflik antara Yaman dan Arab Saudi  Peperangan yang berlaku antara Yaman dan `Arab Saudi diharap akan mengurangkan kekayaan Arab Saudi yang terpaksa membeli senjata terutama dari Amerika bagi memerangai Yaman yang sehingga kini belum berakhir.
Kelemahan umat Islam yang dilihat sentiasa bersengkita dan berperang merosakkan   imej umat Islam dan mengurangkan daya terikan terhadap Islam. Ianya mengganggu  dan menyukarkan dari segi dakwah.
Sekian.

September 26, 2019

DAKWAH SECARA ILMU


DAKWAH SECARA ILMU
(Fikrah Bangi: 358),
BBB:  26 Muharram 1441H. = 26 September 2019M. (Khamis).
Sememangnya untuk berdakwah perlukan ilmu, tetapi maksud di sini, bukan secara biasa, misalnya secara sosialisasi, persahabatan, sama setempat kerja, tetapi adalah menjadikan bidang dakwah secara  berkaedah, berilmu, berinstitusi dan berstrategi serta bermatlamat.
Sebagaimana telah disebut bahawa negara kita yang bersifat multirasial dengan paratusan penduduk beragama Islam 60% dan selebihnya bukan Islam adalah tempat yang paling strategik bagi berdakwah. Tetapi sebagaimana telah disebut bahawa  ruang dan peluang terbuka begitu luas, tetapi sejauhmnakan peluang ini dimanfaatkan ? Kita mempunyai badan dakwah, baik pada peringkat negeri dan persekutuan dan juga berbagai-abagai NGO Islam, tetapi sejauhmanakah kejayaan yang dicapai ?
Antara dakwah yang penting ialah dakwah secara ilmu. Maksud secara ilmu ialah ada institusi ilmu yang mengkhusus dalam bidang dakwah. Dengan institusi ini, ianya mempunyai segala infra-struktur yang berhubung dengan dakwah. Misalnya mempunyai guru-guru yang pakar dan mengajar di dalam bidang dakwah dan mejadikan dakwah bidang  kegemaran, melatih pelajar dan kadir-kadir dakwah, mempunyai peralatan dakwah dan, mengkaji khalayak yang menjadi folus dakwah (mad`u), cara menyampaikan dakwah,  mempunyai bahan-bahan yang dijadikan peralatan dakwah, menyediakan pasukan dakwah yang terlatih, mengkaji watak, sikap dan respond mereka yang didakwah dan bagaimana menarik minat mereka terhadap dakwah dan bagaimana follow-up yang harus dilakukan dari semasa ke semasa. Ujian dan penilaian dilakukan secara ilmiah. Kemudian dianalisa mengapa gagal atau sebaliknya.
Di negera kita ada institusi keilmuan Islam yang bidang dakwah menjadi salah satu bidang pengajaran. Kita mempunyai misalnya  Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam, ada Kolej Universiti Islam Antarabangsa, ada Fakulti Islam dan ada beberapa universiti yang tidak dijenama Islam, tetapi berfokus menyampaikan keilmuan dari perspektif Islam. Kesemua universiti ini mempunyai hasrat menyampaikan dakwah keislaman terutama kepada mereka yang bukan Islam, tetapi kita bertanya apakah hasil dakwah terhadap masyarakat setempat, semasyarakat dan sama senegara ? Apakah tulisan berhubung dengan penemuan keislaman yang significant yang menjadi bahan secara langsung atau tidak langsung dapat dijadikan bahan bukti  dakwah ? Misalnya penulis akademik seperti Maurice Bucaille yang mengkaji tentang `The Origin of Man` berasakan bukti-bukti dri Al-Qur`an yang mengkagumkan dari segi keilmuan sehingga beliau sendiri menganut Islam dan dapat menarik masyarakat antarabangsa menerima Islam. Contoh lagi Izutsu Profesor pakar dalam bahasa Arab, mengkaji istilah-istilah khusus di dalam Al-Qur`an dan banyak menemui kebenaran-kebenaran yang mengkagumkan dan tentu menarik  khalayak menerima Islam. Tentu banyka lagi contoh yang dapat diutarakan.Apakah sudah terhasil dari universiti-universiti Islam di negara kita penulisan yang menyerlahkan bukti kebenaran Islam yang menarik minat dan dapat digunakan bagi mendakwah khalayak kepada  Islam.
Kita ingin melihat kaedah dakwah yang patut digunakan bagi mendakwah masyarakat multirasial, kaedah  yang dapat dijalankan secara praktikal dan menarik. Apakah selama ini universiti-universiti hanya mengulangi di dalam pengajaran kaedah lama dan pelajar mempelajarinya untuk lulus peperiksaan semata.
Pengalaman kita di Masjid Al-Umm sering dikunjungi pelajar-pelajar  bidang dakwah mohon bantuan untuk keluar berdakwah. Bila di tanya, jawab mereka mau berdakwah terhadap orang Islam seperti di Gua Musang  dan sebagainya yang fokus yang demikian dilakukan oleh institusi-institusi yang lain, bahkan oleh bahagian dakwah di jabatan-jabatan agama. Bila pelajar yang datang tadi di tanya, mengapa ke Gua Musang ? Katanya kerana Orang Asli Batek di sana, walaupun sudah Islam, tetapi mereka tidak bersolat ! Jika tidak solat, orang Islam di bandar dan kota lebih banyak yang tidak solat. Di bandar dan di kota ramai yang belum Islam, mengapa  dakwah tidak di fokuskan kepada mereka ? Metod-metod yang releven seharusnya digunakan untuk berdakwah kepada masyarakat multi rasial yang sepatutnya khalayak ini diutamakan.
Sekian.

September 25, 2019

SOSIALISASI


SOSIALISASI
(Fikrah Bangi: 357),
BBB: 25 Muharram 1441H. = 25 September 2019M. (Rabu).
Maksud sosialisasi ialah pergaulan antara muslim dengan yang bukan muslim di dalam berbagai situasi dan peringkat. Faktor ini dilihat sebagai secara tidak langsung dan lebih berlaku berbanding dengan secara formal. Kita tidak bimbang dari segi prinsip akidah tauhid Islam, kerana ia merupakan kekukuhan utama di dalam Islam yang dapat menarik yang bukan Islam jika prinsip ini sampai kepada yang bukan Islam yang insya Allah secara rasional tidak dapat ditolak. Masalahnya bagaimana prinsip ini hendak disampaikan. Bagaimana memecahkan benteng ini adalah merupkan halangan  - bermaksud untuk menyampaikan  dakwah secara langsung. Ini merupakan penghalang ketara, sedangkan kita berdepan secara langsung pihak yang mau didakwahkan, lantaran itu, ia bagaikan tidak wujud, sedangkan ia berada berhadapan. Inilah halangan-halangan yang tidak dapat dipecahkan.
Secara sosialisasi mereka yang bukan Islam berada  dan bergaul bersama. Keadaan ini mungkin berlaku pada peringkat sekolah, terutama menengah dalam mana pelajar berkawan antara yang muslim dengan yang bukan muslim, Yang bukan muslim tertarik dengan peribadi yang  muslim tentang tingkah laku, kepercayaan dan pembawaan, membawanya turut mau memahami tentang Islam, bahkan banyak dimaklumkan setengah dari mereka turut mengikuti pelajaran yang berhubung dengan Islam. Apabila yang bukan Islam ini misalnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, keinginan mendalami tentang Islam makin bertambah. Akhirnya melalui kawan-kawan sepengajian yang bukan Islam ini dengan rela masuk Islam. Apa lagi jika berlaku hubungan cinta yang Islam dengan yang bukan Islam, yang menjadi faktor tambahan untuknya menerima Islkam.
Faktor pergaulan di dalam pekerjaan menjadi faktor penting seorang non-muslim menerima Islam. Kawan-kawan muslim yang kuat peribadi dan akhlak keislaman selalu menjadi pendorong yang bukan Islam tertarik dan meneriam Islam. Ini berlaku di pejabat-pejabat, guru di sekolah,  di firma-firma, di kilang, pergaulan sukan dan berbagai-bagai lagi.
Banyak episod-episod yang berlaku. Misalnya dapat diikuti dalam radia IKIM, bagaimana antara mereka menerima Islam. Dalam hal ini perlu watak seorang muslim kukuh dengan peribadi keislaman dan rela untuk membimbing nom-musloim yang ingin masuk Islam dengan sukarela membimbing saudara yang mau masukl Islam ini.
Pada dasarnya orang Cina dan India serta kaum-kaum lain tidak sukar untuk menerima Islam, jika pendekatan dilakukan secara baik. Lantaran itu semua orang Islam, terutama yang terlibat dalam pergaulan dengan yang bukan Islam perlu disedarkan dengan mesej bahawa mereka adalah duta Islam bagi menarik yang bukan Islam kepada Islam  secara tidak langsung. Kemasukan Islam saudara bukan Islam ke dalam Islam secara sedemikian adalah banyak dan perlu digalakkan, bukan secara paksaan, tetapi secara tidak langsung. Pihak yang mengendalikan bidang dakwah perlu memikirkan bagaimana kaedah ini dapat diberi galakan dan insentif dan kesedaran yang muslim tentang kewajipan dan misi seorang Islam bagi membantu saudara yang bukan Islam untuk sama mendapat hidayah tentang Islam.
Dalam keadaan sekarang kita dapati adalah menjadi kebiasaan dalam satu keluarga menerima menantu saudara yang masuk Islam. Dalam keadaan sekarang juga adalah menjadi kebiasaan di dalam satu keluarga terdapat mereka yang Islam dari berbagai keturunan seperti China, India, Kadazan, Murut, Bisayan, Kedayan dan sebagainya. Ini perlu digalakkan dan harus menjadi kemegahan bagi keluarga di dalam memupuk rasa satu keluarga sebagai satu bangsa Malaysia.
Faktor sosialisasi perlu diberi perhatian oleh kalangan pendakwah. Mereka yang menyertai Islam hendaklah dipandang hormat dan mulia., Sebenarnya dengan percampuran sedemikian menghasilkan turunan yang lebih bermutu terutama dari segi minda dan juga fizikal.
Faktor ini perlu diberi perhatian  dan penghormatan – terutama oleh pendakwah=-pendakwah.
Sekian.

September 24, 2019

POLITIK DAN DAKWAH


POLITIK DAN DAKWAH
(Fikrah Bangi: 357),
BBB:  24 Muharram 1441H. = 24 September 2019M. (Selasa).
Politik dan dakwah boleh dimaksudkan melibatkan diri di dalam politik menjadikannya sebagai mekanisme bagi menyampaikan dakwah.. Boleh juga bermaksud dengan menguasai politik, maka dapat digunakan bagi menyampaikan dakwah. Walau apapun mencapai  kejayaan di dalam politik bererti mendapat kekuasaan dan dengan kekuasaan yang dicapai, maka dapat digunakan sebagai jalan bagi berdakwah.
Dalam setengah keadaan memang mencapai kekuasaan politik dan kekuasaan pemerintahan  adalah sebagai satu jalan bagi dakwah, bahkan bagi pemaksaan. Sebagai contoh Spanyol yang pernah berada di bawah pemerintahan Islam selama  lapan abad, apabila dapata melepaskan diri dari pemerintahan Islam dan mampu sampai ke Timur jauh dengan penuh dendam terhadap  Islam telah menguasai Filipina dengan peperangan, maka Filipina yang telah dikuasai Islam telah dikalahkan pada zaman Sultan Sulaiman memerintah Manila. Selepas kekuasaan Islam dikalahkan dan politik pemerintahan berada di tangan Spanyol,mereka telah melaksanakan pemerintahan dan pemaksaan penduduk menerima Christian bermazhab Katholik, tetapi Spanyol tidak berjaya mengkristiankan Filipina sepenuhnya, kerana pada bahagian selatan masih bertahan dengan berpegang dengan Islam. Portugis yang bersikap seperti Spanyol yang menawan Melaka dengan kekerasan, tidak berjaya mengkristiankan Melaka.
Belanda yang menguasai Indonesia tidak juga mengkristiankan Indonesia. Keadaan yang sama dengan British yang menguasai Malaya, tidal berjaya mengkristiankan orang Melayu di Malaya.Kekuatan Islam bertahan adalah kerana kekukuhan akidah yang dipegang umat.
Dalam suasana politik moden kini, Malaysia merdeka,  di dalam pemerintahan demokrasi, politik tidaklah menampakkan kejayaan dari segi dakwah. Ada parti politik yang membawa identiti Islam, misalnya dan antaranya bertujuan untuk berdakwah, tidak menunjukkan kejayaan dari segi dakwah, walaupun mempunyai kekuasaan politik. Mengapa ? Sedangkan sebagaimana dikatakan suasana masyarakat di Malaysia yang bersifat multirasial dan berbagai agama dan tidak disekat dari dakwah, mengapa peluang dakwah tidak diguna sebaik dan sehikmah mungkin ? Apa yang dilihat orang politik lebih mementing dan berlomba untuk mendapat kekuasaan.
Halangan yang dihadapi, jika dakwah ditonjolkan, maka mengurangkan dari mendapat sokongan politik. Apa lagi status umat Islam dan kedudukan sosial mereka tidak lebih baik dari masyarakat bukan Islam, maka ada semacam inferioriti bagi orang Islam mendekati orang bukan Islam untuk berdakwah – kecuali terhadap orang Asli. Dalam keadaan sedemikian adalah `berat` bagi orang Islam untuk melahirkan dakwah kepada orang bukan Islam.. Satu masa ketika parti politik yang berlebal Islam bekerjasama dengan pimpinan politik yang bukan Islam, tidak juga berjaya menarik yang bukan Islam menerima Islam. Walau bagaimana melalui kerjasama, nereka didedahkan dengan bahan-nahan bacaan yang bersifat Islam. Mereka pernah dikaitkan dengan watak ideal pemnerintah dalam Islam yang menjadi sebutan pemimpin di dalam Islam tetapi tidaklah samapai mereka menerima Islam. Walau bagaimana berbaik dengan pimpinan bukan Islam mempunyai ruang memperkenalkan kepada mereka tentang Islam, tetapi nampaknya  tidak sampai mereka menerima Islam. Walau bagaimana sikap berbaik adalah lebih baik dari berkonfrontasi yang menyebabkan mereka lebih liar  daripada Islam.
Dapatlah dilihat betapa sukar  bagi menarik kepimpinan yang bukan Islam kepada Islam. Kesukaran ini juga sama dihadapi oleh pemerintah yang mempunyai kekuasaan.
Sikap yang diambil oleh pihak kementerian yang berhubung dengan Islam ialah menayangkan apa yang menarik dalam Islam dan dipamirkan kepada masyarakat dengan slogan-slogan yang disifatkan menarik dan bersifat memilih satu-satu aspek atau beberapa aspek dan tidak memperlihatkan Islam secara syumul. Inilah pendekatan yang diambil.
Apa yang dilihat, walaupun ruang untuk berdakwah begitu luas, tetapi amat sukar diambil pendekatan bagi menyampaikan dakwah secara berkesan. Adakah sebenarnya orang politik yang  ada tujuan untuk berdakwah gagal dari misi dakwah, lantaran yang dipentingkan adalah kekuasaan. Adakah dilihat dengan mendakwah mengurangkan sokongan ?
Sekian.

September 23, 2019

PERANAN BADAN DAKWAH DAN AGENSI KERAJAAN


BADAN DAKWH DAN AGENSI KERAJAAN
(Fikrah Bangi: 355),
BBB>  23 Muharram 1441H. = 23 September 2019M. (Isnin).
Telah disebut bahawa negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan berbagai agama dan yang tidak beragama adalah ruang dan peluang yang baik bagi berdakwah. Secara teratur dan tersusun, bahawa di negara kita mempunyai agensi-agensi dakwah. Bagi setiap negeri ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan mempunyai bahagian dakwah. Puncak dari  Jabatan Agama, iailah Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaupun pihak negeri mempunyai kebebasan dari Pusat, kerana hal Ehwal Agama adalah di bawah kekuasaan Negeri, tetapi adalah diterima sebagai Penyelaras bagi kegiatan Agama Islam seluruh negera dan ianya terletak di bawah  kuasa Yang Di Pertuan Agung, namun negeri mempunyai kebebasan sendiri.
Pada dasarnya baik pada peringkat JAKIM dan Jabatan-jabatan agama negeri, semuanya adalah berfungsi sebagai pentadbir bagi Hal Ehwal Agama Contoh  pentadbiran masjid, zakat, sekolah agama dan sebagainya.
Pada peringkat JAKIM dan Jabatan Agama negeri-negeri mempunyai bidang dakwah. Dakwah secara luas adalah mentadbir dan memperkembangkan pengajaran dan kefahaman Islam kepada masyarakat yang pada umumnya adalah termasuk ditujukan kepada penganut Islam. Namun tujuan dan maksud dakwah kepada yang bukan Islam yang sepatutnya diberi penekanan, tetapi kurang menyerlah. Bahkan apabila disebut dakwah, maka banyak kegiatan yang ditunjukkan ialah dakwah terhadap orang-orang asli.  Memang ianya sebahagian daripada dakwah, tetapi dakwah kepada orang-orang atau penduduk yang bukan Islam yang menjadi sebahagian dari rakyat di negara ini kurang ketara. Mengapa ?
Sebagaimana kita sebutkan pada permulaan Malaysia ditubuhkan usaha dakwah di Sabah dan Sarawak oleh tokoh-tokoh tertentu begitu berjaya, tetapi kegiatan seumpama ini tidak terus berlaku, khususnya terhadap rakyat bukan Islam di seluruh negara.  Mungkin pihak jabatan-jabatan agama  merasa, kerja yang sedemikian – untuk mendekati mereka dan  mencari pendekatan terbaik tidak dapat mampu dilaksanakan. Banyak halangan sosial terpaksa didepani. Apa yang dilihat pihak jabatan-jabatan lebih berfungsi memberi perhatian dan bantuan terhadap muallaf-muallaf yang sudah masuk Islam.
Mereka yang masuk Islam lebih dijalankan oleh badan-badan dakwah bebas dan sukarelawan  yang mempunyai pendekatan tersendiri dengan mendekati mereka secara peribadi dan memperkenalkan Islam kepada mereka. Cara yang tidak formal ini dilihat sebagai cara yang lebih efektif. Tokoh-tokoh dakwah yang berwibawa dan mampu bercakap dan menarik perhatian orang ramai termasuk bukan Islam lebih berkesan di dalam menyampaikan dakwah, sebab itu mereka yang berkelayakan perlu digalakkan mereka untuk berdakwah dan tidak disekat.
Badan dakwah bebas, khususnya ditubuhkan oleh kalangan yang menganut Islam dan berusaha menarik kalangan mereka menerima Islam dilihat lebih efektif. Misalnya lahir dari kalangan muslim di negara ini pertubuhan muslim mereka yang antaranya dikenali dengan Malaysian Chinss Muslim Association. Pertubuhan seperti ini tidak saja berdakwah, tetapi mendirikan masjid dan menjalankan berbagai kegiatan kebajikan.
 Pihak kerajaan dan jabatan-jabatan adalah wajar menggalakkan pertubuhan-pertubuhan yang sedemikian dan memberi galakan dan bantuan. Adalah wajar ditubuhkan misalnya `Persatuan India Muslim, Persatuan Muslim Kadasazan, Persatuan Muslim Iban dan sebagainya.
Pihak Jabatan perlu memikirkan galakan dan inisiatif bagi menyemarakkan dakwah Islam melalui pertubuhan-pertubuhan yang sedemikian. Melalui persatuan sedemikian pihak jabatan turut bersama berada di kalangan mereka bagi mengukuhkan dakwah Keislaman.
Pihak kerajaan tidak  seharusnya mengambil sikap menunggu, tetapi seharusnya membantu dan melalui kesatuan sedemikian dapat dijadikan perantaraan bagi mendekati berbagai-bagai kaum yang belum Islam di negara ini.
Sekian.

September 22, 2019

POTENSI DAKWAH DI MALAYSIA


POTENSI DAKWAH DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi 354),
BBB: 22 Muharram 1441H. = 22 Septer 2019M. (Ahad).
Dakwah adalah mekanisme utama di dalam menyebarkan Islam. Metod dalwah terus dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam di dalam memperkembangkan Islam. Dakwah adalah secara ke dalam dan ke luar. Ke dalam ialah kepada penganut Islam sendiri bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti keislaman mereka. Manakala dakwah ke luar ialah ditujukan kepada mereka yang belum Islam dengan niat murni, oleh kerana menerima nikmat keislaman itu hidayah dan  rahmat, maka adalah dihasratkan agar mereka ynag bukan Islam turut sama mendapat hidayah dan rahmat.
Untuk mendakwah ke luar tentulah memerlukan mereka yang belum Islam untuk didakwahkan. Negara kita Malaysia adalah wadah yang paling unggul bagi menjalankan dakwah. Di negara kita Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang ideal untuk di dakwah. Statistik menunjukkan bahawa penduduk Islam adalah 70%, manakala yang bukan Islam adalah 30%. Penduduk yang bukan Islam ini terdiri dari kaum Cina, India, Kaum Asli dan berbagai penduduk. Jumlah ini ideal bagi pendakwah untuk berusaha menarik mereka untuk menerima Islam. Usaha menjalankan dakwah selama ini dilakukan oleh:
1)       Kepimpinan yang berpengaruh
2)      Badan-badan dakwah
3)      Agensi-agensi dakwah
4)      Sosialisasi
5)      Badan politik
Sengaja diletak pada bahagian pertama, bahawa pemimpin yang berpengaruh dan dengan sedar menyebarkan agama Islam, maka kesan kepimpinan memberi impak yang penting di dalam penyebaran agama Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah pemumpin politik utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi Tunku juga berperanan menjalankan dakwah keislaman. Tunku menubuhkan PERKIM  (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaya/Malaysia) dalam mana badan ini berfungsi menjalankan dakwah keislaman. Sebuah bangunan Perkim didirikan di Kuala Lumpur dengan bantuan kewangan dari Libya di bawah pimpinan Mu`ammar Ghadapi. Perkim telah banyak mengislamkan yang bukan Islam dan memberi perhatian dari segi kebajikan. Perkim masih meneruskan kegiatan dakwah.
Selepas penubuhan Malaysia, Tunku secara tidak langsung menggerakkan kegiatan dakwah pada peringkat tinggi. Di Kuala Lumpur beberapa tokoh pimpinan Cina mnerima  Islam seperti  Tan Sri Omar Ong Yoke Lin dan isteri, Tan Sri Tahir Tan dan beberapa yang lain. Pada peringkat negeri Sabah, sebuah negeri yang dilihat kuat dengan Kristian pada peringkat awal pembentukan Malaysia, tetapi dengan berkat dakwah terutama pada masa Tun Mustafa menjadi Ketua Menteri ramai dari penduduk negeri itu menerima Isla,. Antara pimpinan tertinggi menerima Islam ialah Tun Fuad Stephen. Masjid-masjid didirikan, begitu juga dengan sekolah-sekolah agama, maka sebahagia besar bumiputera dan berbagai kaum  menerima Islam.. Kini Sabah dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dengan Islam.
Di Sarawak pada masa negeri itu di bawah pimpinan TunAbdul Rahman Ya`kob, beliau menubuhkan badan dakwah seperti Bina dan sebagainya dan berusaha mengembangkan agama Islam di negeri itu. Walau bagaimana keperluan dakwah di negeri itu perlu digandakan bagi menarik penduuk di negeri itu yang berbagai kaum itu bagi menerima Islam,
Komitmen pemimpinadalah penting, jika ada kesedaran dan azam, maka usaha dakwah menjadi lebih licin.
Walau bagaimana kepimpinan kini tidak begitu ketara dari segi               komitmen dakwah sebagaimana peranam  yang telh diambil oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Mustafa dan Tun Abdul Rahman Ya`kob..
Jika ada semangat dari pemimpin-pemimpin tertingga melibatkan diri dengan dakwah, maka penyebaran Islam menjadi lebih pesat di negara ini.
Sekian.

September 21, 2019

TEORI PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU


TEORI PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
(FIKRAH bANGi; 353),
BBB: 21 Muharram 1441H. =  21 September 2019M. (Sabtu).
Perkembangan  Islam di Alam Melayu adalah melalui beberapa pendekatan oleh pendakwah-pendakwah pada peringkat permulaan yang berlaku sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, tetapi penerimaan Islam tidak berlaku secara langsung dari pemerintah pada masa itu, tetapi melalui kawasan pinggiran. Antaranya melalui  Samudera Pasai pada akhir abad ke 13, iaitu ketika Srivijaya telah lemah.
Berbagai teori pengislaman yang dikaitkan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu. Antara yang penting, ialah:
1)      Melalui Dakwah
Iaitu kaedah yang dituntut di dalam Islam sebagaimana ditekankan di dalam Al-Qur`an yang menuntut  umat mendakwah dan menyibarkan Islam secara berhikmah dan nasihat yang yang elok dan berberbincang dengan mereka yang didakwah dengan cara yang lebih baik. Cara  inilah digunakan oleh pendakwah-pendakwah bila berdepan dengan mereka yang didakwah, iaitu dengan menunjukkan kebaikan dan kebenaran yang dibawa Islam. Islam adalah hidayah dan rahmat, maka usaha mendakwah adalah untuk menyampaikan dakwah yang merupakan rahmat bagi yang menerima Islam.
2)      Melalui Perniagaan
Teori yang paling penting di dalam menyibarkan Islam di Alam Melayu. Pendakwah-pendakwah Islam tiba  di Alam Melayu, bahkan ke China dalam rangka perniagaan. Adalah dikatakan sejak abad ke 10 sudah ramai peniaga-peniga Islam yang terdiri dari peniaga Arab, Parsi dan lain-lain berniaga terutama di Pelabuhan Canton. Dikatakan kehadiran mereka menguasai pernigaan di pelabuhan itu menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan peniaga dan penduduk tempatan, menyebabkan berlaku pemberontakan Tani menyebabkan peniaga-peniaga berkenaan berpindah  dan memberi tumpuan ke Alam Melayu. Mereka tertumpu seperti di Sumatera, Filipina, Champa,  Patani dan di kepulauan Jawa. Adalah dikatakan mulai abad 11 berlaku kepesatan perkembangan Islam di Kepulauan Melayu. Bahan-bahan seperti rempah, hasil-hasil hutan, emas dan Perak menjadi rebutan peniaga-peniaga dengan membawa barang dagangan yang didapati pada tempat-tempat yang lain. Bagi pedagang-pedagang Islam berkenaan sambil berdagang mereka menjalankan  misi dakwah mereka dalam menyibarkan agama Islam. Pada masa berkenaan mereka tidak menghadapi cabaran dari peniaga-peniaga yang lain, khususnya Barat, kerana mereka masih di dalam zaman gelap. Hasil dari kegiatan pernigaan ini memajukan beberapa pusat dagangan tempatan seperti Pasai, Jolo (Manila), Terengganu,  Jawa, Sulawesi dan puncaknya ialah Pelabuhan Melaka.
3)       Perkahwinan
Perkahwinan adalah merupakan teori perkembangan Islam yang popular dalam mana pendakwah dan peniaga-peniaga yang tiba di sesuatu lokasi dakwah, di samping dakwah mereka juga berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan. Mereka dipandang tinggi dan hormat dan berkahwinan dengan mereka dianggap satu penghormatan. Biasanya mereka berkahwin dengan anak-anak perempuan pemerintah atau pembesar. Sebab itu kita dapati antara turunan diraja dan pemerintah adalah berketurunan sayyid atau mempunyai pertalian dengan tokoh-tokoh pendakwah Islam. Melalui perkahwinan merupkan cara meluaskan  penyebaran Islam.
4)      Politik
Pada zaman perkembangan Islam, maka  Islam adalah merupakan kekuasaan politik penting yang puncak kekuasaan seperti Baghdad,  Basrah,  Samarqand, Gujerat, Parsi dan sebagainya. Menerima Islam bererti berada bersama dengan negera-negara yang maju, maka bagi mendapat kemudahan termasuk perniagaan, jika berada pada kefahaman dan kepercayaan sama memudahkan kemajuan dan peningkatan kedudukan.
5)      Perlumbaan Pengaruh
Bila orang-orang Christian mulai maju, mereka mengikuti jejak orang-orang Islam ke Timur seperti ke India, Melaka, Manila, Maluku dan sebagainya mereka mau menyaingi peniaga dan pendakwah Islam seperti di India, Melaka, Manila dan sebagainya, sebab itu berlaku usaha mendakwah orang Kristian mau membawa masayarakat setempat kepada agama mereka. Setengahnya pendakwah kristian mengambil tindakan peperangan seperti berlaku di India, Melaka dan Filipina. Dalam kata lain pendakwah Islam dan Kristian berlumba-lumba mau menarik penduduk tempatan menerima agama Mereka.
Ada beberapa teori yang lain dari segi dakwah, khususnya di  Alam Melayu. Pada dasarnya kebenaran agama Islam sebagaimana di dalam pengajaran yang disampaikan menjadi faktor utama di dalam penerimaan Islam. Islam berkembang secara aman di Alam Melayu.  Kebenaran dan kekukuhan Islam tetap padu dan agama Islam tetap berpotensi untuk terus berkembang di Alam Melayu dan di mana jua.
Sekian.

September 20, 2019

ISLAM MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU


ISLAM MEMPERKASAKAN BAHASA MRLAYU
(Fikrah Bangi: 352),
BBB: 20 Muharram 1441H. = 20 September 2019M. (Juma`at).
Melayu sebagai rumpun telah wujud sewujudnya rumpun berkenaan  dan kemudian  berkembang di tanah daratan seperti di Semenanjung hingga Segenting Kra, di Campa di Kemboja, bahkan di Selatan Burma di bahagian barat Segenting Kra yang kini masih terdapat etnik Melayu di situ. Ini sebahagian dari Kerajaan Langkasuka. Manakala pada bahagian Samudera Melayu wujud bersama Kerajaan Srivijaya hingga ke utara le Pulau Macau dan ke baratnya hingga ke Madagaskar.
Pada zaman kerajaan Langkasuka dan Srivijaya bahasa di rantau ini amat dipengaruhi istilah-istilah Sanskrit, hasil dari pengaruh budaya Hindu-Buddha yang bukan saja  dikawasan  Darat dan Nusantara, tetapi menyeluruh pengaruhnya di Asia Tenggara bahkan sehingga ke negeri China.
Bila Islam tiba sejak seawal abad ke 8M. pendakwah-pendakwah awal bertembung dengan masalah bahasa setempat  yang banyak dimasuki istilah-istilah Sanskrit, termasuklah istilah-istilah yang berhubung dengan ketuhanan dan istilah yang berhubung dengan konsep-konsep keagamaan. Ini mencelarukan konsep dan bercampur aduk dengan istilah-istilah keagamaan yang boleh mengelirukan tanggapan ketuhanan dan keagamaan dan keilmuan Islam dengan istilah-istilah  terutama agama Hindu.
Bagi mengelak kekeliruan ini pendakwah-pendakwah Islam memilih bahasa rakyat yang masih murni dari belum dipengaruhi oleh unsur seperti Hindu-Buddha yang budayanya lama mempengaruhi seperti Kerajaan Langkasuka, Srivijaya dan Jawa.
Tempat awal pendakwah-pendakwah Islam datang ialah di pesisiran pantai Barat Sumatera, manaka pada bahagian timur seperti Jambi dan Palembang yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya, masih kuat dengan pengaruh dan istilah-istilah Hindu Buddha, lantaran pemilihan yang dibuat ialah terhadap bahasa di pesisiran pantai Barat di Sumatera seperti Samudera Pasai dan sekitarnya. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di sini ialah bahasa yang menjadi induk bagi perkembangan yang dikenali dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh bagi bahasa berkenaan pada peringkat awal dapat diteliti dari kandungan Hikayat Raja-Raja Pasai. Di dalamnya  masih mencerminkan konsep kepercayaan asal usul pemerintah menjelma dari Buluh Betung, menunggang gajah,menjelma dari buih yang jelas bersifat mitos yang ada hubungan dengan kepercayaan mitos pada masa itu. Dalam kata lain, biarpun bahasa Melayu telah digunakan bagi dakwah keislaman mitos masih tebal pengaruhnya, bahkan cara penerimaan Islam seperti oleh Merah Silu yang menjadi Raja dan sultan terawal  di Pasai  juga penuh dengan mitos.
Bahasa Melayu yang digunakan di Pasai, turut sama digunakan di kawasan Melayu yang lain. Pengislaman Terengganu yang mengiringi pengislaman Pasai, bahasa Melayunya masih dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Buddha. Misalnya pada Batu Bersurat Terengganu masih dipengaruhi istilah Sanskrit. Misalnya nama raja, iaitu Raja Mandalika masih dipengaruhi istilah Sanskrit, Istilah bagi Tuhan (Allah) masih menggunakan istilah Sanskrit iaitu `Dewata Mulia Raya`.Dan banyak lagi istilah-istilah yang lain.
Bahasa Melayu lebih berkembang apabila tulisan bagi bahasa Melayu dipinjam dari huruf-hurug al-Qur`an yang dikenali dengan Tulisan Jawi. `Ulama-`ulama awal telah mengarang kitab-kitab di dalam bahasa Melayu. Umpamanya Nuruddin al-Raniri mengarang kitan fiqh terawal dalam bahasa Melayu berjudul Sirat al-Mustaqim. Beliau juga mengarang kitab ketatanegaraan  berjudul Bustan al-Salatin, di samping berbagai-bagai kitab lagi. Bukhari al-Jauhari menghasilkan kitab Tajul Salatin dan Tun Sri Lanang menghasikkan kitab Sulalatul-Salatin atau  Sejarah Melayu.
Berikut daripada itu lahir berbagai kitab yang dihasikan oleh berbagai `ulama bagi berbagai bidang. Bahasa Melayu juga digunakan di dalam pentadbiran seperti di Melaka dan juga dalam bidang perniagaan
Islam secara tepat memilih bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan menyebarkan dakwah, lantas bahasa ini berkembang sebagai bahasa keilmuan, pentadbiran dan bahasa pernigaan hingga bahasa tersebut berkembang luas di dalam Alam Melayu dan bahasa Melayu adalah lingua-franka di Akam Melayu.
Sekian.

September 19, 2019

DAKWAH PERMULAAN DI ALAM MELAYU


DAKWAH DI ALAM MELAYU
(Fikrah Bangi: 351),
BBB: 19 Muharram 1441H. = 19 September 2019M. (Khamis).
Mekanisme perkembangan agama Islam ialah melalui dakwah secara hikmah. Pada zaman Khalifah `Umar Ibn al-Khattab Islam tersebar ke serata kawasan tanah `Arab dan pada zaman Khalifah `Uthman Ibn Affan sudah ada tentera laut yang dapat membuka seperti Pulau Cyprus.. Pada zaman `Uthman akhir abad ke 7M. hubungan antara kerajaan Islam dengan Sriwijaya di Sumatera telah berlaku. Kemudian jalan laut mulai diteroka dan terbuka ke timur, alternatif bagi `Jalan Sutera` ke negeri China.
Pada zaman Kerajaan `Abbasiyyah mulai abad ke 8 hubungan dagang melalui lautan menjadi aktif. Pedagang-pedagang Islam yang terdiri dari orang `Arab, Parsi dan pedagang-pedagang tempatan  berlaku dengan pesat. Jalan laut  adalah melalui Laut Merah, Hadhra al-Maut di Yaman, Parsi, Pantai Cromandal dan Gujerat, Ranir di India,  Chittagong,  Shahrul Nawi di Selatan  Burma, Kepulauan Sumatera dan Srivijaya adalah laluan pedagang ke  Patani, Pengkalan Cahaya, Kemboja dan Champa  ke negeri China.
Di dalam konteks Kerajaan Srivijaya yang pasti didatangi oleh pedagang-pedagang Islam tiada catatan yang jelas mengenai Islam di dalam kerjaan tersebut, walaupun sudah ada hubungan. Sebaliknya pengislaman di Sumatera  diceritakan secara mitos dan legenda dan berlaku pada bahagian barat di pulau itu. Khususnya pada zaman kerajaan Samudera Pasai pada zaman pemerintahan Raja Merah Silu. Pendakwah seperti Faqir Muhammad telah datang berdakwah di Samudere Pasai dan mengislamkan penduduk  di perpantaian Barat Sumatra,
Secara mitos juga diceritakan di dalam Hikayat Raja-Raja Pasai bahawa Raja Merah Silu telah bermimpi menerima Islam  dan keesokan menjadi realiti pendakwah mendarat membawa Islam. Raja Merah Silu menjadi Sultan di Pasai dengan gelaran Sultan Malikul Saleh. Pengislaman Malikul Salehmenandakan secara rasmi sebuah kerajaan  di Sumatera menerima Islam. Pada masa ini kerajaan Srivijaya mengalami kelemahan. Antaranya diserang oleh kerajaan dati Jawa.
Walau bagaimana pada masa ini rentetan keislaman  berlaku di sepanjang pelabuhan di laut hingga ke China. Sezaman dengan kerajaan Pasai ialah Kerajaan Terengganu pada zaman Raja Mandalika bertempat di Kuala Berang yang bukti keislaman adalah sebagaimana tercatat  pada Batu Bersrat Terengganu. Selari dengan perkembangan Islam di Pasai dan Terengganu, ialah di Jolo Filipina dan di Champa, Kamboja yang dijangka pendakwah yang datang ke sini pada peringkat permulaan adalah datangnya dari Parsi. Iniadalah kerana pengajaran Islam yang diterima penduduk adalah dari pendakwah Parsi. Kesan dapat dilihat pada kaedah-kaedah ibadat yang dilakukan. Kesan juga dapat dilihat pada gelaran politik seperti jawatan pemerintah dipanggil Norodom (Nuruddinm) dan nama-nama pemerintah sepertiHon Sun, berasal dari Hassan  sebagaimana telah disebut terdapat legenda Siti Zubaidah Perang China yang berlaku di Champa negara Kamboja..
Pertapakan permulaan yang merupakan rentetan pengislam di kepulauamn Melayu ini merupakan tapak-tapak bagi perkembangan dakwah keislaman di Alam Melayu. Peranan menyebarkan Islam seterusnya dilakukan oleh pemerintah dan pemimpin setempat.
Perana n perniagaan dan dakwah adalah menjadi faktor penting bagi perkembangan Ilam di Alam Melayu. Penyebaran dakwah keislaman adalah secara damai dan tidak ada elemen peperangan berlaku bagi dakwah keislaman di Alam Melayu.
Sekian.

September 18, 2019

KONFLIK ARAB SAUDI, PEMBERONTAK YAMAN - SIRI MENGHANCURKAN ARAB-ISLAM


KONFLIK ARAB SAUDI PEMBERONTAK YAMAN – SIRI MENGHANCURKAN ARAB-ISLAM
(Fikrah Bangi 350),
BBB: 18 Muharram 1441H. = 18 September 2019M. (Rabu).
Konlik antara Arab Saudi dengan Pemberontak Yaman, adalah rangkaian berterusan bagi menghancurkan Arab dan umat Islam. Ia adalah strategi yang diatur oleh Barat dan Israel bagi menjamin kepentingan mereka. Amerika adalah dengan strategi tidak mau membiarkan sebarang negara Islam , khususnya Arab kuat hingga mencabar Amerika dan Barat, disamping mengekalkan penguasaan ekonomi terhadap hasil utama negera-negara Arab, iaitu minyak. Manakala Israel sebagai proksi Barat yang mau mengekalkan kewujudan Israil dengan kekuatan ketenteraan yang dapat mengatasi negara-negara Arab dan menjamin kepentingan ekonomi dan politik Barat.
Amerika yang selama ini menguasai minyak di Asia Barat menerima tanparan hebat dari kekalahan diplomasi dan tentera di Iran pada 1969. Shah Iran lambang kuasa Amerika terpaksa turun takhta dan membawa diri ke Barat dan hingga kini Iran kukuh dan masih tidak tercabar oleh Amerika. Kuasa Nuklear Iran menjadi alasan Amerika menyekat penjualan minyak Iran.
Dalam pada itu melalui strategi diatur Israel dicetuskan apa yang dinamakan `Arab Springs. Iraq yang sekian lama berkonflik  dengan Iran dilemahkan dengan peperangan berterusan antara Iran dan Iraq dan dari kelemahan Iraq yang kaya dengan  minyak, kepimpinannya  diguling oleh Amerika. Saddam Hussein dijatuhkan dengan cara hina dan hingga kini Iraq  tidak bangkit dan terus berkonflik. Dalam masa yang sama Russia melemahkan Afghanistan, yang satu masa merupakan kuasa Islam. Russia yang tidak mampu memadamkan penentangan Afghanistan bersekongkol menyerahkan kepada Ameriak menangani konflik di Afghanistan yang hingga kini belum pulih dari konflik.
Kuasa Arab dan Islam yang kedua dilihat selepas Iraq, ialah Libya, Libya yang menghadapi  konflik dicetuskan oleh Barat menghadapi serangan dari Barat dan Mu`ammar Ghadapi menerima kehinaan dikalahkan oleh Amerika dan sebagaimana Saddam turut terbunuh dan Libya masih  belum padam dari konf;ik. Turut menerima penangan strategi Barat-Israel ialah Syria. Syria di bawah Asad menerima tekanan dari Barat dan Israel dan satu pihak Asad disokong Rusia dan Syria menjadi medan pertempuran yang menghancurkan negeri itu. Bukit Golan  diambil kesempatan dari kelemahan Syria menjadi sebahagian dari kawasan kekal Israil.
Tiada tinggal negara-negara Arab dan Islam yang kaya dan kuat, melainkan Saudi dan Iran. Bagi melemahkan kekayaan Saudi dengan hasil minyak (dengan kerjasama Ameria), maka sengaja dicetuskan oleh Israil dan Barat, konflik antara Saudi dan Yaman. Yaman dianggap menceroboh sempadan Saudi dan ia dicop sebagai  disokong Iran. Saudi membelanjakan peruntukan besar dari segi persenjataan yang tentu dibeli dari Amerika bagi mengalahkan kerajaan Yaman dan menegakkan pemerintah yang pro terhadapnya. Walau bagaimana Saudi dan kerajaan Yaman yang pro terhadapnya tidak dapat memadamkan pemberontakan-pemberontakan Yaman  yang sering mencerobuh dan menyerang kawasan Saudi.
Seranagan pemberontak Hauthi terhadap telaga minyak Saudi dengan  dron-dron menyebabkan terbakar loji minyak dan menyebabkan Saudi mengurangkan 50% dari keluaran minyak hariannya (5.7 juta tomhg sehari). Dengan konflik antara  pemberontak Yaman dan Saudi dan dengan serangan dan gangguan pengeluaran minyak melemahkan ekonomi Saudi. Saudi tidak mempunyai potensi menjadi kuasa tentera yang boleh menggugat Barat,  bahkan Saudi banyak bergantung pada Ameriaka, tetapi ia perlu dilemahkan dari segi ekonomi.
Dalam keadaan sekarang tinggal dua kuasa negera Islam. Kedua-duanya bukan Arab yang menjadi sumber Islam, tetapi sudah pastilah Amerika dan Israil  tidak akan berdiam diri dari menjatuhkan Iran sebagaimana yang sedang dilakukan. Kuasa nuklear Iran dijadikan hujah bagi menyekat jualan minyak Iran melalui kuasa veto Amerika di Bangsa Bersatu.
Untuk jangka panjang selepas menjatuhkan kuasa ekonomi  dan tentera-tentera Arab, maka usaha akan dilakukan Amerika dan Barat mewujudkan konflok dan melemah Turki sebagai salah satu negara Islam yang kuat di samping Iran.
Israil dan  Barat terutama Amerika tidak akan berhenti dari memusuhi Islam.
Sekian.

September 17, 2019

MEMPERKASAKAN PEMBANGKANG MELALUI KERAJAAN CAMPURAN


MEMPERKASAKAN  PEMBANGKANG MELALUI KERAJAAN CAMPURAN                                                                                                                                                                                                                                     
(Fikrah Bangi: 349),
BBB: 17 Muharram 1441H. = 17 September 2019M. (Selasa).
Sebagai rakyat biasa kita mau melihat perkembangan politik yang sihat yang dapat memandu negara kepada kemajuan yang dapat dinikmati rakyat secara saksama. Pihak pemerintah mempunyai kekuatan, kerana pemerintah berada di tangannya dan peluang baginya melakukan apa yang difikirkan baik dapat dilakukan, jika menurut haluan yang betul.
Perkembangan mutakhir memperlihatkan pihak pembangkang mengambil pendekatan yang positif, iaitu dengan menyatukan barisan pembangkang ke dalam satu wawasan yang dinamakan `Penyatuan Ummah` Diharap ianya akan dikembangkan kepada yang releven dengan situasi Malaysia. Diharap juga ianya berkembang kepada sistem dua parti di negara ini.
Pendekatan yang lebih positif tentang Penyatuan Ummah yang dimeteraikan pada pertengahan Muharram/September itu  mencadangkan agar diwujudkan `Kerajaan Campuran` di antara negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis. Boleh disertai negeri-negeri lain, jika releven.  Kita berpendat ianya adalah cadangan yang baik dan perlu dilaksanakan segera. Dengan wujudnya kerajaan campuran ini mengukuhkan kerjasama antara pembangkang dan melaluinya pihak pembangkang dapat merealisasikan kepada rakyat model politik, pentadbiran dan pemerintahan yang bakal dilaksanakan, jika diberi peluang memerintah pada peringkat pusat.
Dalam kadar segeri parti-parti politik berkenaan – Umno dan Pas dan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan perlu segera bertemu dan berbincang konsep kerajaan yang akan dilaksanakan. Selain dari orang politik yang berkenaan perlu juga dijemput intelektual dan pakar dalam bidang politik dan pemerintahan bagi membincangkan konsep Kerajaan Campuran atau dijenamakan dengan nama yang lain seperti Kerajaan Alternatif, Kerajaan Pilihan, Kerajaan Sejahtera dan sebagainya. Kelompok yang merupakan `Think Tank` ini perlu diteruskan dengan keanggotaan  boleh berubah menurut keperluan.
Bagi kerajaan campuran ini, wakil setiap parti dalam kerajaan campuran ini perlu ada di dalam Dewan-Dewan negeri-negeri berkenaan. Kerajaan campuran ini juga perlu mewujudkan Kabinet Bayangan yang memantau pemerintah Pusat. Dalam Kabinet Bayangan itu perlu ada anggota yang memantau portfolia yang ada dalam kabinet pemerintahan Pusat. Ianya mungkin bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pihak Pusat, atau membangkang dan mengkritik dan memberi cadangan alternatif yang lebih baik. Badan Think Tank ini juga boleh memberi nasihat dan cadangan kepada negeri-negeri apa yang difikirkan baik dan berfaedah. Badan ini tidak semata-mata bergantung pada ahli-ahli yang dilantik, sebaliknya berfungsi sebagai badan yang juga mencadangkan wujudnya  seminar, berbincangan dan pertukaran fikiran antara pihak kerajaan Campuran dengan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang dijemput menyampaikan pandangan.
Pada peringkat negeri perlu ada:
1)      Jawatankuasa politik yang mentyelaraskan kegiatan politik pada peringkat negeri, antara negeri-negeri dan parti-parti.
2)      Jawatankuasa Pentadbiran bagi melaksanakan pentadbiran yang terbaik di negeri-negeri kerajaan campuran
3)      Jawatankuasa Kebajikan dan kemasyarakatan pada peringkat negeri dan antara negeri
4)      Jawatankuasa keilmuan dan pendidikan dalam berbagai bidang yang perlu dilaksanakan di dalam  masyarakat.
5)      Jawatankuasa Ekonomi yang dapat membantu kehidupan, ekonomi dan kerjaya rakyat.
6)      Jawatankuasa Kesihatan yang dapat menjaga kesihatan rakyat.
7)      Jawatankuasa Hubungan antara kaum bagi menjamin keharmonian.
8)      Jawatankuasa pelancongan yang menarik pihak luar datang ke negeri-negeri Kerajaan Campuran
9)      Jawatankuasa Belia dan NGO - peranan di dalam memajukan masyarakat.
10)   Jawatankuasa Komunikasi dengan menggunakan kaedah komunikasi terkini bagi menyampai dan menerima maklumat dan tindakan terhadapnya.
Boleh ditambah bidang-bidang lain yang difikirkan perlu. Pastikan semua jawatankuasa ini bergerak aktif dan dipimpin oleh mereka yang berwibawa dan diselaraskan.
Diharapkan dengan pendekatan yang pro-aktif imej Kerajaan Campuran akan menyerlah dan mendapat sanjungan dan kerjasama rakyat.
Sekian.

September 16, 2019

PIAGAM PAKATAN UMNO-PAS PERLU REALISTIK


PIAGAM PAKATAN UMNO-PAS PERLU REALISTIK
(Fikrah Bangi: 349),
BBB: 16 Muharram 1441H. = 16 September 2019M. (Isnin).
Dalm bulan Kemerdekaan dan Kebangsaan ini beberapa peristiwa politik penting tanahair berlaku. Ketara ialah termeterainya Piagam Pakatan Ummah antara Umno dan Pas dan bagi pihak Kerajaan PH mengambil  pendekatan `Kemakmuran Bersama` yang ditujukan kepada negeri-negeri dan rakyat. Menurut pendekatan itu, pihak PH akan berusaha mengimbangkan  kemakmuran negera antara negeri-negeri yang miskin dengan negeri-negeri yang kaya. Negeri-negeri yang miskin disebut seperti Kelantan, Kedah dan Perlis.
Melihat kepada Piagam Penyatuan Ummah antara Umno dan Pas selain dari Piagam pertama, iaitu `Menjunjung Perlembagaan Negara. Ianya lebih menekankan penyatuan antara Umno dan Pas yang terdiri dari orang Melayu dan Bumiputra. Konsep ummah itu sendiri membawa maksud kepada umat Islam. Walau bagaimana terdapat klausa di dalam piagam ketiga, bahawa  kesatuan Ummah bagi mensejahterakan rakyat Malaysia. Ini diperkukuhkan di dalam Piagam keempat, bahawa mesyuarah akan dilakukan dengan semua kaum dan agama bagi kepentingan negara. Sesungguhnya Piagam adalah berfokus kepada orang Melayu dan Bumiputera, manakala bagi rakyat lain difahami sebagai berkedudukan kedua dan terpinggir. Ini antara kelemahan yang dilihat di dalam piagam berkenaan. Piagam sebenarnya lebih melihat ke dalam, sepatutnya bersifat realistik. Adalah lebih baik jika pada Piagam ketiga ditekankan, ``Pakatan membuka ruang kerjasama dengan semua kaum dan rakyat Malaysia. Dan bagi piagam keempat. Bertujuan menyatupadukan rakyat dan bekerjasama bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
Dengan demikian rakyat bukan Melayu dan bumiputra  diberi peluang dan kedudukan yang sama  dalam kerjasama bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan. Wajar dilengkapkan piagam keempat, iaitu Mendidik rakyat semua peringkat agar berilmu dan berperadaban dan kelima Menyatupadukan  rakyat bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
Jika disusun kembali Piagam adalah terdiri dari lima prinsip berikut:
1)      Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia.
2)      Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputra.
3)      Pakatan Membuka ruang kerjasama setaraf  dengan semua kaum dan rakyat Malaysia.
4)      Mendidik rakyat semua peringkat agar berilmu dan berperadaban.
5)      Menyatupadukan rakyat bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
Dengan lima prinsip ini, walaupun kerjasama antara Umno dan Pas, tetapi ruang terbuka bagi kerjasama dengan semua kaum secara setaraf. Dengan demikian tidak kelihatan atau terasa bahawa kaum-kaum yang lain bertaraf kedua dan terpinggir.
Prinsip keempat adalah penting, kita bukan saja mau kerjasama antara Melayu-Bumiputra dan kesemua rakyat, tetapi mau mendidik dan menjadikan rakyat semua peringkat berilmu, termasuk bidang teknologi dan komunikasi yang mendominasi kehidupan kini. Pakatan Umno-Pas mau mendepani pilihanraya, jadi Piagam perlu realistik dan serasi dengan kemahuan rakyat Malaysia.
Piagam hendaklah sesuatu yang kukuh. Pakatan Umno dan Pas hendaklah membawa prinsip yang lebih kukuh, realistik dan terbuka atau sekurang-kurangnya setara dengan apa yang ditawarkan oleh PH.
Piagam adalah satu hal dan melaksanakannya satu pinilaian yang lain. Rakyat mau melihat perlaksanaannya mulai kini dan bukannya menunggu apabila berpeluang memerintah.
Sekian.

September 15, 2019

SLOGAN DEMI SLOGAN MENGHILANG


SLOGAN DEMI SLOGAN MENGHILANG
(Fikrah Bangi: 348),
BBB: 15 Muharram 1441H. = 15 September 2019M. (Ahad).
Slogan selalunya merupakan ungkapan-ungkapan  padat yang merumuskan inti pandangan, wawasan dan matlamat perjuangan sesuatu organisasi, institusi, persatuan, bahkan parti. Tujuannya bagi menjadi panduan, arah perjuangan bagi sesuatu organisasi atau sesuatu organisasi berkenaan. Parti-parti politik adalah antara badan yang menggunakan slogan bertujuan  antaranya bagi menaikkan semangat ahli-ahli dan mereka yang sama memperjuangkan sesuatu matlamat perjuangan.
Misalnya pada peringkat  awal penubuhan Umno, maka parti itu menggunakan slogan ``Hidup Melayu !``, tetapi selepas itu, terutama selepas kemerdekaan slogan yang digunakan bagi membangkitkan semangat ialah  ``Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !`` Slogan ini kekal releven dan popular sehingga sekarang, khususnya diungkap bila diadakan upacara-upacara  sambutan kemerdekaan.
Pemimpin yang banyak menggunakan slogan ialah Dr. (Tun) Mahathir Mohammad. Bila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi penggal pertama, maka dari tahun-tahun 1980an beliau merekacipta slogan-slogan yang membayangkan dinamik kepimpinannya.  Slogan yang pernah digunakan ialah ``Wawasan 2020` yang mencerminkan bahawa pada masa 2020 itu Malaysia menjadi negara maju. Tapi beliau sendiri mengakui bahawa matlamat dari slogan itu, tidak sepenuhnya tercapai dan ada semacam perubahan kepada tarikh yang lain 2025 ? atau 2030 ? yang dijangka Malaysia akan maju ?
Satu lagi slogan popular yang dicipta beliau ialah `Pandang Ke Timur` lebih bermaksud pandang ke Jepun yang dianggap negara maju dan wajar dicontohi, slogan ini masih digunakan. Tapi pandangan terus dihalakan, tapi kemajuan Malaysia masih  tidak bergerak maju seperti Jepun atau kini Korea Selatan dan China.
Pada masa Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri (2004), beliau dilihat sebagai orang agama, maka slogan yang dicipta pada zamannya ialah `Islam Hadari` bermaksud Malaysia mau digerak berinspirasikan `Islam Hadari` yakni moden dan maju dan terkini. Banyak dibincang dan dikritik slogan ini. Walau bagaimana  model negara Malaysia sebagai negara Islam Hadari itu, tidak jelas dan tiada kemajuan  yang dapat dicontohi. Konsep Islam Hadari diteruskan dengan wujudnya Institut Islam Hadari di UKM. Kinii institut ini  bermasalah, tiada peruntukan bagi kegiatannya. Mungkin ia akan mati begitu sahaja.
Bila Datuk Seri Najib naik menjadi Perdana Menteri, beliau juga turut mengungkapkan slogan bagi menjadi slogan dan panduan pada era pemerintahannya. Antaranya ``Satu` lambang nombot satu ini menjadi hiasan pada baju pemimpin dan pada berbagai tempat yang mencerminkan hasrat pemerintahan pada zamannya, Banyak projek juga menggunakan `Satu`, misalnmya `Klinik Satu Malaysia`, `Kedai Satu Malaysia` dan berbagai satu lagi. Pada akhir pemerintahanya beliau menggunakan istilah  `Wasatiyyah` yang mencerminkan pendekatan pemerintahannya adalah secara wasatiyyah yang bermaksud `Sederhana` atau `Jalan Tengah` Tapi akhirnya tidak jelas dari segi pencapaian wasatiyyah ini.
Pada zaman pemerintahan bagi penggal kedua Dr. Mahathir, tumpuan utama beliau ialah `Membasmi Rasuah`. Banyak mereka yang terseret ke mahkamah dan menghadapi tuduhan rasuah. Pembasmian rasuah adalah menjadi identiti bagi diri dan pemerintahannya. Tapi beberapa hari ini timbul slogan baru bagi PH – pemerintah kini, iaitu `Kemakmuran Bersama`, bermaksud bertujuan memberi keadilan terhadap misalnya negeri yang kurang maju seperti Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Memberi perhatian terhadap luar bandar yang dianggap kurang maju supaya sama maju dengan bandar dan sebagainya. Slogan ini tidak origin, ianya diciplak dari konsep Negara.Negara Komanwel bekas tanah jajahanb pemerintahan British. Tapi dalam keadaan sekarang  dalam mana negara menghadapi masalah hutang dan kekurangan kewangan sehingga akan tiada pencen bagi pekerja-pekerja akan datang, mau ditutup semua maktab  perguruan, mau  disatukan pusat pengajian bagi mengurangkan kos seperti antara UMT dan Unisza di Terengganu dan berbagai-abagai masalah lagi, bagaimanakah kemakmuran bersama  ini mau dilakukan ?
Perlu diingat apa yang dislogankan yang telah lepas itu hampir semuanya tidak mencapai matlamat dan tidak berjaya. Dapatlah dikatakan slogan-slogan berkenaan adalah indah khabar dari rupa. Sedap didengar dan tiada apa.
Sebab itu jangan terpengaruh sangat dengan slogan. Yang pasti slogan datang dan pergi dan tiada kesan yang ditinggalkan, khususnya apabila pemimpin itu turut pergi !.
Sekian.

September 14, 2019

PETA FIZIKAL, MINDA DAN JIWA MELAYU


PETA, FIZIKAL, MINDA DAN JIWA MELAYU
(Fikrah Bangi: 347).
Kita adalah dari turunan moyang
Dari tanah terbesar di dunia
Bergerak ke tanah paling selatan
Meluaskan depaan tangan
Dari selatan Arakan ke Champa Kemboja
Bergerak dari tekanan survival
Mengambil noktah di Segenting Kra
Terakam dalam legenda
Siti Zubaidah – Perang China
Mara Karma di Palakang Chahaya
Betapa moyang mempertahan
Dengan darah dan airmata
Mengekalkan kehadiran
Walaupun hilang  politik  kuasa.

Dengan kewujudan kini
Kita adalah jantung  dada Asia
menghulur ke titik paling selatan benua
Menjejaki pulau-pulau  sempadan  Australia
Ke utara ke Makau ke barat Madagaskar
Ke timur Hawai terbukti pada bahasa
Keindahan seni kreativiti minda
Pengawal  gerbang Pasifik dan Laut India.

Di sini
Pada jantung dada Asia
Di Gugusan Pulau-Pulau
Sejak zaman bahari kita bina identiti
Melayu Bangsa Besar
Dari segi populasi
Cekal menghadapi gempa tsunami
Perentas lautan ruang kehidupan
Kaya hasil buni sumber asli
Ghirahnya hadir pendatang.
Secara aman atau ancaman
Diterima disanggah dengan kekerasan
Kita secara bijakana menyaring
Antara kebenaran dan kepalsuan.

Di Tanah Moyang
Apa yang perlu adalah dinamika
Ilmu dan peradaban
Kemajuan dan kekuatan
Bahawa kita tetap pertahan
Maruah,identiti dan jati diri.

Shafie Abu Bakar.
14 Muharram 1441H.
14 September 2019.