March 31, 2010

Kejohanan Bola Sepak Seksyen 8 - Fasa 2, BBB

Seksyen 8, BBB, 12 R. Akhir = 28 Mac (Ahad):


Pada tengahari, hari ini ADUN ke Padang Awam, Sksyen 8 – Fasa 2, di atas bagi menyampaikan hadiah Kejohanan Bola Sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk taman tersebut. Sesampainya ADUN kelihatan Encik Farid Pengerusi Pertandingan bersama dengan Tuan Haji Abdul Hadi dan Pak Nasron sedang mengatur piala-piala hadian yang bakal disampaikan. Persatuan Penduduk menganjurkan Lega Pertandingan Bola Sepak kalangan veteran dan pemuda. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan adalah bertempat di tepi Surau Al-Rahim.

Pada peringkat permulaan pertandingan secara Lega, bila tinggal 6 pasukan, maka pertandingan secara kalah mati. Keputusan pertandingan adalah sebagaimana berikut:


Johan bahagian Junior Pasukan A
Naib Johan Pasukan B

Pada Peringkat Lega

Johan Imam FC
Johan Keseluruhan Pasukan Keliong.


Semasa menyampaikan hadiah ternyata pasukan yang dikatakan remaja, tidak semua remaja. Mereka mencampurkan dengan veteran, Demikian pasukan veteran tidak semua veteran, mereka juga bercampur dengan remaja.


Keadaan adalah meriah, sukan dapat merapatkan persaudaraan, terpancar pada wajah mereka keriangan. Dalam ucapan ringkas ADUN, beliau menawarkan Seksyen 8, Fasa 2 menjadi penganjur pertandingan bola sepak pada peringkat Kawasan, dengan kerjasama Kawasan dan ADUN. Sebelum ini Kajang Utama menjadi Penganjur permainan sepak takraw peringkat kawasan Setakat ini pertandingan Futsal dikendali peringkat kawasan.
Kita berharap pada masa mendatang lebih banyak pertandingan sukan dapat dijalankan.

Sekian.

Bersama Mengisi Tabung Dana Darul Hikmah ABIM

Sungai Ramal Dalam, 11 R. Akhir = 27 Mac (Sabtu):

Kolej Darul Hikmah adalah salah satu Pusat Pengajian Tinggi Islam Swasta bertaraf universiti di DUN Bangi. Sebuah lagi ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Bandar Seri Putera, Bangi. Kolej Darul Hikmah ini adalah jelmaan dari aspirasi perjuangan pemuda-pemuda Islam di dalam organisasi ABIM itu sendiri yang memperjuangkan Islam syumul, termasuklah di dalam bidang pendidikan. Mereka bukan saja mau melihat, tetapi merangka pendidikan Islam selengkapnya. Lantaran itu selepas tertubuhnya ABIM (1970), bahagian pendidikan diberi tugas merangka dan melaksanakan pendidikan Islam. Maka mulai:

1979- tertubuhnya Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski) dan berkembang luas.
1985- tertubuhnya Kelas Tahfiz bermula di Taiping Perak
1989- tertubuhnya Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM di Sungai Ramal dan meluas
1995- tertubuhnya Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM bermula di Sungai Ramal
1980an- Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal, Kajang.
1990an- tertubuhnya Institut Pengajian Islam (IPI) di Sungai Ramal, Kajang.
2000an- tertubuhnya Darul Hikmah – bertaraf Kolej Universiti.

Selain dari itu pihak ABIM juga mengadakan Pusat Didikan Saudara Baru Islam.
Darul Hikmah turut menghasilkan penerbitan-penerbitan ilmiah dan Jurnal Pendidikan Islam.


Perjalanan pusat-pusat pengajian di atas dan cawangan-cawangan adalah secara swasta, termasuklah Darul Hikmah. Bagi menampung perjalanan Kolej Darul Hikmah memerlukan peruntukan yang tinggi, maka salah satu cara ialah mendapat sumbangan dari pendukung-pendukung perjuangan ABIM dan masyarakat. Antaranya melalui jualan meja makan malam sebagaimana yang diadakan kali pertama pada malam ini. ADUN turut sama menyertai membeli meja dan turut hadir sahabat-sahabat, antaranya Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP, Saudara Adhram Musa Ketua Pemuda, Saudara Mohd.Fazli Daud Setiausaha, Encik Mohamed Yusoff bin Bachek Ahli MPKj dan beberapa yang lain. Majlis malam ini dihadiri Yang Berbahagia Dato' Dr. Siddiq Fadzil Presiden Darul Hikmah, Saudara Ahmad Azam Pengerusi Lembaga Pengarah, Hj. Md. Fuad Bahari Penasihat Program, En. Muhammad Haffiz bin Muhammad Isa Pengarah Program.


Dalam percakapan ADUN dengan Yg. Bhg. Dato' Siddiq Presiden menurutnya,
"Darul Hikmah setakat ini menawarkan kursus Syari`ah, Usuluddin, Sosial Sains dan Pendidikan."

Ketika ditanya setakat ini, "Adakah pihak Darul Hikmah mengeluarkan ijazah sendiri ?"
Menurutnya,"Kita mengeluarkan diploma," tapi tambahnya, "Kita sedang bekerjasama dengan pihak Universiti Terbuka Malaysia menawarkan kursus-kursus berhubung dengan Islam dan ijazah akan dikeluarkan atas nama universiti itu."
Pihak Darul Hikmah juga menurutnya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan di dalam menawarkan kursus," tambahnya.

Menurut Saudara Hj. Md. Fuad Bahari Penasihat Program, melalui ucapannya, bahawa pada malam ini dihadiri oleh 300 para dermawan. Penganjur mensasarkan derma melebihi RM125,000. Kolej sebenarnya memerlukan peruntukan lebihkurang RM lima juta bagi pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang lain. Kita menggalakkan penderma melaksanakan konsep waqaf yang merupakan sadaqah jariah bagi perkembangan ilmu.


Kita merasa kagum di atas golongan belia ABIM yang berterusan berjuang, antaranya di dalam bidang pendidikan secara berdikari. Peranan mereka sesungguhnya memberi kesan dari segi pendidikan keislaman dan dari segi melahirkan generasi pelapis pimpinan yang berjiwa keislaman. Mereka diibaratkan dengan firman Allah bermaksud:

"Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka dan Kami gandakan hidayah kepada mereka" (al-Kahfi: 13).

Sekian. Wallahu'alam.

March 30, 2010

MCA Emerges Stronger: The Challenges Ahead

BBB, 12 R. Awal = 29 March (Monday):

Unexpected results of MCA leadership election were counted. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek emerged the winner (901) as the ninth President of MCA defeated his incumbents Datuk Seri Ong Ka Teng (833) and Datuk Seri Ong Tee Keat (578) both were the former Presidents. Ong Tee Keat a young leader that considerd had a bright future lost the leadership that the party trusted him as he could not handle the conflict in MCA wisely nearly a year before. While Datuk Seri Liow Tiong Lai, who eagerly suggested to reelected leadership in MCA who said aligned to Ka Ting as expected won (1,171) the Deputy President as he defeated Datuk Seri Kong Cho (1,106). The other winners of Vice Presidents are Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (1,528), Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469), Datuk Chor hee Heung (1,202) and Goh Ping Sieu (1,202). The voters in MCA brushed aside the opinion that looked Ong Ka Teng as rescuer.By the election the MCA looks stronger and the supporters of MCA hoped the conflict among the leaders would be end and new era would be opened.

What are the possiblitis facing the MCA and expectations of supporters? The first priority is to unite the faction leaders that result from the election. Is it the loser would lost everything and the winner would win everything ? Would the losers would given places in party ? If there are elements of unsatisfaction its would be the seeds of conflict that would return. The factions in MCA are not only among the leaders, but among the Chinese themselves. The factions made MCA badly defeated in the last March 2008 election, so the new leaders need to chart a new plan and strategy that could recovered the weakness of MCA and regained the trust of Chinese voters that already devided.. However the image of MCA as a racial party, like UMNO tend to defend and protect Malays as MIC to defend and protect Indians, so the MCA must defend and protect Chinese. Historically since independent, the three parties actively helped their races economically, socially and educationally. As most of the Chinese engaged in business and economy so the MCA helped and solved the problem of Chinese business and economy. As the Chinese master in business and economy and supported by parties, so the images of MCA known as `taukey` party. The well known leaders brought such images like Tan Cheng Lok, Tan Siew Sin, Tan Soo Kwan, Lee Leong Sik and others. The image of MCA is the party for the rich and cooperate men, like UMNO provided opportunities for the cronies, while the majority people forgot and left behind. So the rich became richer and the poor became poorer.

For other faction in Chinese community that struggle for democracy, justice and equality tend to other party that provide such struggle for human dignity such in DAP, PAS and PKR in Pakatan Rakyat. That why in March 2008 the Chinese voted for Pakatan Rakyat. The problems facing MCA that party could not change the image contradictly as a tycoon party and at the same time as a socialist party. The victory of MCA new leadership just to return to a status-quo together with Umno and other parties in BN. The real test and victory or defeated is in the next 13th election. However with the new leadership in MCA would invited the crisis of value among BN. Although Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said the Chinese have forgive Datuk Seri Soi Lek as the Chinese more liberal, but not such easy for other community such as muslims and Indians. So the problem of MCA would be problem of BN and for Pakatan Rakyat especially PAS, it is easier to shoot the birds of same feathers that float together !

Thank You.

Berkuda Ke Karnival Masjid Nurul Ihsan

Batu 10, Cheras, 11 R. Akhir = 27 Mac (Sabtu):


Masjid Nurul Ihsan mengadakan beberapa kelainan bagi menarik masyarakat ke Masjid tersebut. Menurut Nazir Masjid Tuan Haji Ibrahim bin Haji Yusof, "Kedudukan masjid ini yang agak ke dalam, di pinggir kawasan perumahan, Taman Seri Cheras, Batu 10 menyebabkan masjid ini kurang dikenali. Usaha mengadakan karnival ini adalah salah satu cara menarik masyarakat berkunjung ke masjid ini."


Ketibaan ADUN ke masjid ini jam 9.30 pagi dan diminta menunggu dahulu di luar, sebelum masuk ke kawasan masjid agak mengejutkan. Pada mulanya ADUN menyangka untuk diarak oleh pasukan berkompang sahaja, iaitu dengan tibanya pasukan berkompang ke tempat menunggu. Rupa-rupanya pihak penganjur juga mahu mencipta kejutan dan kelainan. Setelah menunggu seekor kuda diiring pemandunya tiba ke tempat menunggu. Barulah ADUN memahami, bahawa ADUN dikehendaki menunggang kuda ke kawasan karnival di hadapan Masjid Nurul Ihsan. Pada mulanya ADUN ragu dan bimbang juga untuk menunggang kuda dengan pakaian baju Melayu bersamping selengkap boleh menyukarkan naik turun, lagi pula untuk naik ke belakang kuda begitu tinggi. Kerusi berlapis terpaksa dibawa hingga membolehkan ADUN berpijak dan menginjak ke atas melalui besi yang dimasukkan tapak kaki.


Selesai menaiki, pergerakan kuda diiringi pasukan kompang, tapi kuda nampaknya tidak bergerak lancar, tetapi memaling-malingkan badan, hingga ADUN tidak tetap di atas. Bila sampai ke hadapan masjid, sekali lagi terpaksa disediakan kerusi untuk turun. Kasut kanan ADUN terlekat pada besi memuat tapak kaki dan tercabut dan dikeluarkan untuk dipakai apabila turun. ADUN bertanya juga, mengapa susah-susah sangat bawa kuda ke upacara karnival? Jawab seorang yang mengiring, "Memang di sebelah kawasan masjid ada dipelihara kuda oleh pengusahanya dan disewakan untuk tunggangan.


Karnival masjid ini nampaknya memberi peluang kepada peniaga-peniaga berniaga di ruang-ruang yang disediakan. Misalnya terdapat gerai buku, pakaian, makanan, jus-jus pengeluaran tempatan, syarikat takaful, iklan kereta, jualan minyak wangi, makanan ringan, kek, mee dan sebagainya. Pada hari ini juga diadakan pemeriksaan kesihatan yang mana doktor-doktor dan kakitangani didatangkan dari Klinik Kesihatan Kerajaan di Cheras. Pada hari ini juga diadakan peluang menderma darah yang dikendalikan oleh bahagian Bank Darah Negara dari Kuala Lumpur. Sepasukan tentera muda lebih kurang tiga puluh orang datang dari Kem Tentera berdekatan menderma darah. ADUN sendiri dipelawa membuat pemeriksaan kesihatan dan memeriksa kandungan glukosa dalam darah. Keputusan yang didapati setakat ini semuanya masih normal.

Sebelum itu majlis perasmian diadakan secara formal di bawah khemah yang dsertai peserta-peserta lebih kurang lima puluh orang, manakala yang lain bersesak di kawasan karnival. Turut hadir Ustaz Durabi Mohd Amin selaku Wakil Tuan Kadhi Hulu Langat, Penghulu Mukim Cheras, En. Mohd. Ridhwan Khalid dan Tuan Haji Asmawi bin Tijo, Imam masjid dan para jemputan dan orang ramai.


ADUN di dalam ucapan, bersyukur kepada Allah, masjid yang dulu agak daif, kini bertukar menjadi bangunan yang tersergam indah. Dulu banyak halangannya bagi mengadakan kegiatan di masjid ini, iaitu semasa ADUN menjadi Wakil Rakyat di Kawasan ini (di bawah DUN Kajang), kini halangan-halangan sedemikian tidak ada lagi. Kita juga berterima kasih kepada masyarakat setempat, terutama yang bukan Islam menerima baik kewujudan masjid di kawasan ini. ADUN berharap pihak AJK Masjid memikirkan kegiatan kebajikan yang dapat memberi faedah kepada masyarakat di sekeliling masjid, tanpa mengira kaum. Misalnya mengadakan gotong royong membersih kawasan masjid dan perumahan tanpa mengira rumah orang Islam dan bukan Islam. Menziarah rumah ke rumah dan menyampaikan bantuan terutama kepada orang miskin, warga emas dan orang yang sakit tanpa mengira kaum dan agama dan menjemput oarng bukan Islam menyertai sambutan dan jamuan-jamuan yang diadakan oleh masjid.

ADUN merasa gembira mendengar maklumat ada keluarga bukan Islam tidak jauh dari masjid, menganut Islam, kerana sering mendengar kuliah dan pengajaran di masjid dan mengikutinya dari rumah mereka. ADUN berharap perlu difikir dan melakukan secara kreatif bagi menarik dan menyenangkan masyarakat di sekeliling yang secara kebetulan adalah ramai yang bukan beragama Islam, di samping yang beragama Islam.

Walau apapun ADUN berpendapat memanglah karnival satu cara menarik masyarakat datang dan mengenali masjid, tetapi kegiatan sedemikian berlaku hanya dalam sehari, kemudian berlalu. Kesannya amat terhad. Kegiatan yang paling utama ialah mengadakan kegiatan masjid yang begini indah dan terletak di atas tanah seluas dua ekar ini dengan mengadakan taqwim kegiatan setahun. Paling utama ialah pengisian bersifat keilmuan. Pengajaran-pengajaran hendaklah terus diadakan. Guru-guru jemputan hendaklah diadakan selain dari guru tempatan. Kegiatan kemasyarakatan juga mesti diadakan seperti sambutan-sambutan keagamaan, mengadakan kelas bimbingan, gotong royong dan sukan. Dengan kegiatan berterusan secara terancang insyaAllah dapat menarik masyarakat ke Masjid Nurul Ihsan ini. ADUN juga memaklumkan beberapa papan tanda ke masjid ini perlu didirikan sebagai makluman dan memudahkan orang, terutama yang baru datang menuju ke masjid ini.


Terdahulu dari itu Tuan Haji Ibrahim bin Haji Yusof, Nazir Masjid mengalu-alukan kedatangan ADUN dan para jemputan yang hadir. Beliau menerangkan sejarah terdirinya Masjid Nurul Ihsan yang kosnya RM5 juta, iaitu diasas pada tahun 2004 dan dibuka pada tahun 2006 dan boleh memuatkan 3,000 jemaah. Sekeliling masjid terdapat 10 buah taman dan 8 buah surau dengan 10,000 penduduk. Beliau juga menerangkan tujuan mengadakan Karnival yang dirasmikan oleh ADUN itu.

Sekian.

March 29, 2010

Mesyuarat Agung Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam Dan Sekolah Agama Pekan Bangi

BBB, 11 – 12 J. Akhir = 27 – 28 Mac (Sabtu – Ahad):


Selama dua hari berturut-turut menghadiri Mesyuarat Agung PIBG, di Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam bagi kali ke-18 pada Sabtu dan ke Sekolah Agama Pekan Bangi pada hari ini (Ahad) bagi kali ke-11. Kedua-dua sekolah menerima Guru Besar yang baru, Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam menerima Guru Besar baru sejak Disember 2009 lepas, iaitu Ustaz Muhd Fathullah Suhaimi bin Muhd Juhari. Beliau adalah Guru Besar yang ditukar dari Sekolah Agama Pekan Bangi, manakala Sekolah Agama Pekan Bangi menerima Guru Besar yang baru, iaitu Ustazah Nuraini yang merupakan anak tempatan yang telah berkhidmat di banyak sekolah dan kali ini kembali berkhidmat di kampung sendiri.



ADUN mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG Sungai Ramal Dalam yang dipimpin oleh En. Kamsari bin Hj. Nor yang banyak membawa perubahan kemajuan bagi sekolah. Sejarah sekolah ini menurut Haji Muhammad Abdul Wahab, Imam Masjid Sungai Ramal Dalam yang banyak terlibat dengan sekolah ini adalah bermula dengan pengajian di masjid sekitar 1983, kemudian dikenali dengan kelas Fardu Ain 1985. Seterusnya sekolah ini didaftar sebagai Sekolah Agama. Dengan ehsan dari tapak milik Masjid didirikan bangunan Sekolah Agama yang ada sekarang yang bangunannya berharga 1.5 juta.

~En. Kamsari bin Hj. Nor, Pengerusi PIBG~

~Guru Besar, Ustaz Muhd Fathullah Suhaimi bin Muhd Juhari~



Sekolah ini dengan bangunan barunya mula digunakan pada tahun 2000 mempunyai guru dan kakitangan sejumlah 33 orang. Pada tahun 2008, 3 orang murid mencapai Mumtaz dalam peperiksaan PSRA, manakala pada tahun 2009 seramai 2 orang. Sekolah ini pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari segi pembangunan. Cuma ADUN pernah diminta membina lindungan atap bagi jalan tempat menunggu murid-murid masuk ke sekolah dan memasang paip air bagi tempat pelajar-pelajar mengambil wuduk. Diharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dapat bekerjasama lebih erat dengan PIBG bagi meningkatkan prestasi sekolah dan murid-murid di sekolah ini. Demikian harapan ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung.


~Ustazah Nuraini~

Manakala Sekolah Agama Pekan Bangi yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke-11 ini, mengalami perubahan dari dulunya sesak dengan murid-murid, kini agak selesa, kerana sebahagian dari murid-murid di sekolah ini berpindah ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera yang dibuka pada akhir tahun 2009. Kini tinggal lebih kurang 400 orang murid dengan 17 orang guru. Sekolah ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelajaran. Misalnya keputusan peperiksaan PSRA 2009 amat memberangsangkan iaitu seramai 6 orang pelajar mencapai peringkat Mumtaz. Kita berharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dan dengan jumlah pelajar yang selesa dan persekolahan satu sesi (petang) semoga sekolah ini akan meningkat dari segi prestasi pelajaran dan yang lain.


Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini sebagaimana ADUN berbincang dengan Pengerusi PIBG, iaitu saudara Zul Nor, oleh kerana sekolah ini agak tersorok ke dalam, terlindung dari pandangan dari jalan dan hampir tiada perumahan di sekelilingnya, maka sekolah ini sering diceroboh dan berkali-kali berlaku kecurian barang-barang. Misalnya komputer yang disumbangkan oleh ADUN Bangi dicuri, begitu juga dengan PA sistem, begitu juga dengan beberapa barangan lain turut dicuri, bahkan sistem pendawaian elektrik juga dirosak dan dicuri. Ini menyebabkan sekolah mengalami puluhan ribu ringgit kerugian. Hari ini tabung pungutan diedar untuk mendapat dana bagi membeli PA sistem yang baru. Kita harap ianya tidak menjadi bahan curian pencuri lagi.



ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung melahirkan kerisauan dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan diambil, seperti mengambil pengawal bekerja, guru atau pekerja tinggal di kawasan atau berhampiran sekolah dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di sekolah. Sekolah ini juga mengalami kerosakan tandas. Yang dapat digunakan ialah 2 unit untuk murid-murid perempuan dan hanya satu unit untuk murid-murid lelaki. ADUN menggesa agar kerosakan ini segera dibaiki.

March 28, 2010

Rumah Pangsa Blok A, Taman Mewah Indah, Jalan Reko Terbakar

Taman Mewah Indah, 9 R. Akhir = 25 Mac (Khamis):

Dalam perjalanan menghadiri tahlil di Taman Jasmin. ADUN menerima maklumat bahawa satu kebakaran berlaku di rumah pangsa di atas. Lantas selepas tahlil dan Isyak, ADUN bersama saudara Shahrum kerani di pejabat ke rumah pangsa berkenaan. Di sana saudara Abu Bakar Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional sudah sedia tiba. Turut tiba sama saudara Ustaz Shafie Ngah yang juga dari Majlis Tahlil, juga saudara Azizi dari pejabatnya dan disertai sama Ketua Persatuan Penduduk Taman Seri Langat Saudara Kusnin. Menurut maklumat dari penghuni, kebakaran berlaku pada tengahari, pihak Bomba dan Polis tiba, tapi mereka agak tergamam, belum membuat laporan rasmi kepada Polis dan belum membuat makluman kepada Ahli Majlis dan ADUN hinggalah petang. Bahkan Saudara Kusnin juga baru mengetahui.




Kebakaran adalah disyaki berpunca dari api rokok yang dicampak kelonggokan bahan-bahan mudah terbakar seperti kertas dan plastik di dalam stor bahagian bawah. Bahagian bawah bangunan lima tingkat ini pada asalnya ialah kedai-kedai. Tetapi kedai-kedai ini tidak mendapat sambutan dan ditutup. Kedai-kedai kosong ini dijadikan stor barang-barang antaranya secara haram. Lori-lori keluar masuk mengambil dan menyimpan barang-barang. Menurut penduduk kawasan ini sengaja dijadikan tempat parking lori-lori secara haram yang pekerja-pekerjanya tidak tinggal di sini. Antaranya menggunakan stor-stor di sini menyimpan barang secara haram. Kebakaran barang-barang berlaku di stor bahagian bawah (A100). Apinya marak menjulang hingga ke tingkat empat. Seorang ibu bersama anak kecilnya hampir terkorban, kerana asap tebal. Bila kebakaran berlaku pemilik barang di stor ini tidak datang, kerana mungkin tidak mau diketahui identiti dirinya.


Dalam kegelapan kami mendaki ke atas dari satu aras dan aras teratas, kami dapati semua unit dari bawah (A100) 101, 102, 103 dan 104 rosak. Ada penghuni yang tidak berpindah dan duduk menggunakan api lilin. Sebahagian berpindah menumpang tempat lain buat sementara. Api diputuskan oleh bomba untuk keselamatan, kecuali bahagian ruang tengah bagi setiap aras dipulihkan api oleh TNB. Turut tiada bekalan air. Unit rumah di sini beberapa dibeli oleh penghuni. Sebahagian menyewa dari pemilik-pemiliknya. Penyewa sebahagian adalah rakyat tempatan dan sebahagian adalah penyewa bukan rakyat tempatan. Syarikat yang membina bangunan sejak 1980an ini ialah Metro Kajang.




Kami bersetuju mendaftarkan penduduk yang unit rumah mereka mengalami kerosakan dan ini akan dilakukan oleh En. Kusnin selaku Pengerusi Persatuan Penduduk dengan bekerjasama dengan Ahli MPKj yang kawasan ini terletak di bawah kawasan Ustaz Shafie Ngah. Perkara ini akan dibawa kepada pihak MPKj & Metro dan tindakan lanjut akan diambil termasuk oleh pihak ADUN.

Sekian.

March 27, 2010

Members of States Parliament of German Visit Speaker State Assembly of Selangor

Shah Alam, 09 R. Akhir = 25 March (Thursday):

Seven members of States Parliament (like ADUN in Malaysia) of German visit Speaker State Assembly of Selangor this afternoon. About ten ADUNs and members of MPPJ came to accompany Speaker welcome the delegates. They have arrived around three. After a short brief and press conference the delegates were drove to Concord Hotel for launch and an hour later returned to Annex for presentation and discussion.


Before the presentation of papers Speaker YB Teng Chang Khim introduced members of State Assembly and Members of MPPJ followed by Dr. Wilhelm Holmeister Head of the delegates and Asia Political Dialog of Conrad Adenauer Stiftung introduced his delegates that they are Dr Thomas Knirsch from Conrad Adenauer Knirrsch. The other delegates as Members of States Parliament (Niedersachen) of German are Mr David James Mc Allister, Mr Dirk Toepffer, Swantje Hartman, Alice Feedler and Ng Chen Chen as Project Coordinator.


The first paper in the session of presentation was delivered by YB Lau Weng San ADUN Kampong Tunku. He spoke about Selangor State Assembly and followed by YB Nik Nazmi bin Ahmad ADUN Seri Setia. The topic of his paper is about Malaysia`s Electoral System & Election Management. The last and important to know is the paper presented by Dr Thomas Knirsch about Electoral System and Parties In Germany – Introduction.

The significant points that paper raised:

Among the famous parties in German are Christian Democrat Party, Social Democrat Party, Liberal Democrat, Green Party and Communist Party.
There are 16 states Legislature in Germany.
Election for all parliaments in Germany are general, direct, free, equal and secret.
Any German who is 18 years of age or older, has been residing in Germany for at least three months and has not been disfranchised is entitled to vote.
Anyone who has possessed German Nationality for at least one year is eligible to stand for election if he or she has attained the age of 18 by the day on which the election is held.
The candidates are nominated by their parties, however, individual with no party affiliation may also run for office.
Elections for the German Bundestag are based on a system of `personalized` proportional representation.
Voter has two votes, the first of which is given to a candidate in their constituency. The successful candidate is elected on a first-past-post basis. The second vote is given to a list of candidates put up by the parties.
Only parties gaining at least five percent of the valid second votes or at least three constituency seats can be represanted in parliament..
Local government elections sometimes produce results that differ greatly from those of federal and state election. Here the `townhall parties`, independent voters` associations, often play an important role.

Today there are five parties represented in the Bundestag, Christian Democratic Union/Christian Social Union of Bavaria (239 Seats), Social Democratic Party (146), Free Democratic Party (94), The Left (76) and Alliance 90/The Green (68).
The parties receive funds from the state each year and parties are eligible to claim those funds when they reach certain results, which differ between the first and the second vote.


The significant points that German practices the proportionate votes and normally one party cannot dominate the others, the age of voter is 18 years old. The voter has two votes, one for candidate and the other for party and the party receives fund from state and there are elections for local government. Malaysia could learn the democratic practiced in Germany and could practice in our country.

March 26, 2010

Sembahyang Hajat Dan Tahlil

Taman Jasmin, 9 R.Akhir = 25 Mac (Khamis):

ADUN Bangi menghadiri Solat Hajat dan Majlis Tahlil bagi Arwah Mohd Amli bin Hussein, isterinya Pn. Noora bt. Mohd Zawi dan anaknya Hakimi Ahmad bin Mohamad yang telah meninggal dalam kemalangan kereta pada 5 R. Akhir = 21 Mac (Ahad) lepas dalam perjalanan pulang dari Salor, Kota Bharu ke Bangi. Kemalangan berlaku di laluan antara Gua Musang dan Kuala Krai. Sdr. Mohd Amli adalah Bendahari Pas Cawangan Taman Jasmin, Kajang, manakala isterinya adalah ahli Pas. Jenazah tiga beranak telah disemadikan di Kg. Salor, Kota Bharu.

Solat Hajat adalah memohon dari Allah menyelamatkan keempat-empat anak arwah, iaitu:
  1. Noora Faeza bt. Mohamad
  2. Amirul Ahmad bin Mohamad
  3. Safi Mohamad
  4. Safiq Mohamad


Difahamkan dari salah seorang bapa saudara anak-anak di atas, yang sama hadir ke Majlis Solat Hajat dan Tahlil yang diadakan di Surau Taman Jasmin malam ini, bahawa anak-anak ini akan dibawa pulang ke Taman Jasmin dan dijaga oleh keluarga semasa persekolahan mereka di sini. Hadir sama malam tadi Ustaz Haji Shafie Ngah, Timbalan YDP Pas Serdang yang juga selaku Ahli MPKj, En Zaid Pengerusi Surau. Wakil pihak Majikan Arwah En. Amli dari Saujana Utama Golf Country Resort turut hadir, begitu juga wakil dari Majikan Isterinya iaitu dari Koperasi Belia Islam Malaysia dari Gombak turut menghantarkan wakil. Solat hajat, bacaan Yasin dan Tahlil anjuran ADUN Bangi ini dipimpin oleh Imam Encik Abdul Razak dari Surau Jasmin.


Jamuan turut disertakan kepada semua yang hadir.

"Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tiga beranak dan memelihara dan memberi hidayah anak-anak mereka di dalam menempuhi kehidupan. Sama-sama kita memberi perhatian terhadap keempat-empat anak-anak yatim piatu ini – InsyaAllah"

Sekian.

Meraikan Penyokong-Penyokong Setia

Pekan Bangi, 5 R.Akhir = 21 Mac (Sabtu):



Kegiatan PAS Serdang dan ADUN Bangi banyak dibantu oleh penyokong-penyokong dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka menghabiskan tenaga, masa bahkan material di dalam memberi sokongan ini tanpa mengharapkan sebarang balasan.


Bagi menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada mereka, sebuah Majlis Ramah Mesra & Mengenang Jasa diadakan bertempat di Balai Raya Pekan Bangi yang dihadiri semua kaum. Turut hadir pada malam ini ialah Ustaz Shafie Ngah, Timbalan YDP yang juga Ahli MPKj, Saudara Haji Mazwan Johar, Naib YDP yang juga Ahli MPKj, Saudara Adhram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Serdang, Saudara Abu Bakar (Setiausaha), Saudari Jeanette Yeo dan Saudara Hari Krishnan selaku tuan rumah. Tuan Haji Sukaimi (Setiausaha Cawangan) yang berkebetulan pulang bercuti, turut sama hadir bersama AJK setempat. Jumlah yang hadir melebihi 100 orang.

~Encik Abu Bakar, Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional~



Berucap di dalam majlis itu Dr. Shafie Abu Bakar selaku YDP dan ADUN mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan selama ini dan mengharapkan sokongan sedemikian akan terus diberikan. Beliau berharap melalui pimpinan setempat memudahkan komunikasi dan masalah dapat disalur dan diselesaikan. Segala permohonan peruntukan dapat disalurkan melalui pimpinan tempatan. Turut berucap, Tuan Haji Shafie Ngah yang mengharapkan pertemuan dan ramah mesra sedemikian lebih kerap diadakan. Dengan demikian hubungan menjadi lebih erat. Saudara Haji Mazwan juga berucap melahirkan kegembiraan kerana majlis seperti ini mendapat sambutan dan dihadiri pelbagai kaum. Tiga orang wakil dari pelbagai kaum turut sama berucap.





Majlis puncak pada malam itu ialah penyampaian watikah penghargaan kepada penyokong-penyokong berjasa. Watikah disampaikan oleh YDP merangkap ADUN Bangi. Selepas jamuan ADUN bersama pengiring menziarah pesakit En. Joseph a/l William yang pernah ADUN ziarahi dan menyampaikan tilam khas di Hospital Kajang dahulu. Sambil menyampaikan bantuan, ADUN memberi kata-kata penghargaan kepada isteri pesakit yang terus setia menjaga suaminya yang terlantar sakit bertemankan anak-anak mereka.

March 25, 2010

Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil SPIES Remaja

Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baru, 05 R. Akhir = 21 Mac (Ahad):


Bertolak dari Bangi jam 10.30 pagi dan tiba hampir tepat dengan waktu program yang diminta hadir, iaitu jam 12.30 tengahari bagi merasmikan Majlis Penutp di atas. Sebaik tiba di kem ini yang berhadapan dengan Darul Quran, ADUN terus dipersilakan ke hadapan majlis yang pelajar-pelajar di bawah 17 tahun sedang bersedia untuk majlis penutup. Pelajar-pelajar hadir sejak pagi 20 Mac, Sabtu kelmarin dibawa dengan bas bagi program ini. Jumlah mereka adalah seramai 107 orang, iaitu dari Bangi seramai 53 orang dan dari Kota Damansara seramai 54 orang. Bersama di hadapan majlis ialah En.Zaid Muhammad bin Mohd Rais, Pelaksana Program (Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu) Merangkap Konsultan SPIES, En. Muhammad Ali Jinnah selaku Pemantau pihak Negeri dan Fasilitator (perempuan) selaku juruacara majlis.

Selepas doa, saudara Zaid menyampaikan ucapan alu-aluan terima kasih kepada ADUN yang sanggup datang dari Bangi bagi penutupan Majlis juga kepada Pemantau. Saudara Zaid memberi maklumat berhubung dengan program yang dianjur oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi. Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor bertujuan melaksanakan polisi bina Insan dari segi SPIES – Spritual, Physical, Intelectual, Emotional dan Social.


Menurutnya objektif Kem Motivasi adalah bertujuan:
  • Mengenali diri dan Tuhan dengan lebih mendalam
  • Memaksimumkan keupayaan diri yang dianugerahkan oleh Tuhan
  • Memahami kepentingan kesihatan dalam kehidupan
  • Mengaplikasikan cara hidup sihat, produktif dan sejahtera
  • Meningkatkan daya pemikiran kreatif secara berterusan
  • Mengaplikasikan konsep 5M dalam kehidupan
  • Mengenal pasti emosi dan sikap
  • Mengendalikan sikap dan emosi diri dan orang lain
  • Memahami kepentingan hubungan baik sesama manusia
  • Mempertingkatkan kepedulian sosial dan alam

Manakala En. Muhammad Ali Jinnah selaku Pemantau memaklumkan, pihak Kerajaan Negeri menganjurkan Kem Motivasi bagi semua kawasan di Negeri Selangor dengan mengsinergikan antara kawasan dan DUN seperti Bangi dengan Kota Damansara bersesuaian dengan adanya tempat bagi Kem Motivasi. Kita bernasib baik mempunyai tempat dan masa yang bersesuaian yang dapat diisi dengan program di Kem milik Kerajaan Negeri ini. Dalam masa seminggu ini diadakan juga di tempat-tempat lain. Permohonan dari pelajar adalah melebihi dari kemampuan kita. Misalnya Bangi mau menghantar peserta lebih dari 100 orang, tetapi kita hanya mampu menerima separuh daripada mereka. Menurutnya pihak Penganjur bernasib baik dan berterima kasih sepanjang penganjuran motivasi sesuai dengan tutup sekolah selama ini kita hanya mendapat penghormatan mampu dikunjungi ADUN hanya dua orang. ADUN Bangi adalah seorang daripadanya. Kita mahu memberi motivasi sebaik mungkin dan berharap memberi kesan positif kepada pelajar bukan setakat masa kini, tetapi kesannya memanjang kedalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Kita berharap akan muncul pelapis generasi yang mampu memimpin umat dan Negara pada masa hadapan.



ADUN Bangi dalam acara penutup mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang dipilih ke Kem Motivasi SPIES. Pelajar membuat pilihan tepat dan dapat mengisi masa cuti sekolah dengan kegiatan berguna.


Peningkatan potensi insan adalah perjuangan murni secara berterusan yang melibatkan individu dan generasi manusia. Peningkatan potensi diri ialah dengan menggilat fakulti akal, kalbu dan rohani manusia dan jangan terjebak dengan taraf nafsu. Setiap orang perlu mengenali potensi diri dan meningkatkan potensi ini kepada peringkat maksimum. Melalui potensi akal memungkinkan seseorang boleh menjadi pemikir dan pemimpin, melalui fakulti kalbu memungkinkan seseorang menjadi sasterawan, seniman, arkitek yang berjaya dan melalui Fakulti rohani memungkinkan seseorang menjadi ulama, ahli rohani dan sebagainya. Kita hendaklah berusaha dan menjauhi dari meletakkan diri pada tahaf nafsu yang boleh menjatuhkan diri pada lembah kehinaan dan kedurjanaan. Perjuangan dan kejayaan individu yang diwarisi adalah menjadi dokumentasi peradaban dan tamadun yang memajukan manusia. Kita sebenarnya bersyukur dan berterima kasih lebih banyak belajar dari dokumentasi dan arkib kejayaan manusia lepas yang menjadi sebahagian dari peradaban dan tamadun manusia. Kita berharap antara anak-anak yang mempunyai potensi berkembang di dalam mana-mana fakulti dapat memberi sumbangan kepada memperkembangkan potensi diri dan memberi saham kepada peradaban dan tamadun manusia. Penutup majlis ialah dengan penyampaian sijil yang ADUN diminta menyempurnakannya.

Sekian.

March 24, 2010

Merasmikan PASTI Ibnu Sina, Kota Warisan, Sepang

Kota Warisan, 04 Rabiul Akhir = 20 Mac (Sabtu):



Menggantikan YB Dato' Dr. Hassan bin Mohd Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ADUN Bangi diiringi Saudara Azizi tiba di Kota Warisan jam 5.40 petang. Kami kembali ke Surau, tempat kami mula-mula singgah sebaik sampai tadi dan dari sini kereta kami diiringi sepasukan konvoi bermotor pemuda-pemuda Pas di perjalanan satu kilometer ke PASTI Ibnu Sina yang bertempat di sebuah kedai dari deretan kedai yang relatifnya baru siap dibina. Sesampai ke hadapan bangunan PASTI Ibnu Sina bangunan kedai dua tingkat, ADUN dijemput ke depan khemah berdepan kedai PASTI Ibnu Sina bersama dengan tetamu lain En. Fairuz Penolong Pegawai Daerah Sepang, Tuan Haji Ahmad Makki YDP PAS Sepang, En. Abadan, Pengarah PASTI Ibnu Sina dan En. Noorizani Abdul Wahab Pengurus PASTI dan En. Wong Chung Tau Wakil Penyelaras DUN.



Selepas pembukaan dengan pembacaan doa, saudara Noorizani selaku Pengurus yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kota Warisan menyampaikan ucapan alu-aluan memaklumkan bahawa cadangan mengadakan PASTI adalah sejak Jun 2009 dan menjadi realiti pada bulan Januari 2010. Pengurus PASTI ialah beliau sendiri dengan Timbalan Pengurus En. Yusharizal Ahmed Ibrahim, Bendahari En. Mohd Halim Mat Isa dengan Setiausaha En. Mohd. Zuraidi Ghadzali dengan dibantu oleh 6 ahli jawatankuasa. PASTI Ibnu Sina kini mempunyai 42 orang murid yang dibahagikan kepada tiga kelas dengan bimbingan tiga orang guru dan tiga orang pembantu. Waktu pembelajaran ialah antara 8.00 – 11.30 pagi. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Akhlak, Sirah, Asas Ibadat, al-Quran dan Tulisan Jawi.


Tuan Haji Ahmad Makki, selaku YDP Pas Serdang, mengucap terima kasih kepada ADUN yang sudi datang bagi merasmikan PASTI Ibnu Sina. Beliau juga berterima kasih kepada En. Fairus, Wakil Pegawai Daerah yang sudi datang. Menurut Tuan Haji Ahmad Makki, Kota Warisan sebagai kawasan baru dan penduduknya terdiri daripada generasi muda mempunyai ramai anak-anak kecil yang perlu kepada didikan agama. Kita berharap PASTI Ibnu Sina dapat memenuhi keperluan ini. Kita mahu generasi pelapis kita lebih diberi didikan agama di samping pelajaran akademik bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Beliau mengharapkan PASTI Ibnu Sina menjadi antara PASTI termaju di Kawasan Sepang.


ADUN Bangi, mewakili YB Dato' Dr. Hassan Ali menekankan perlunya perhatian diberi kepada anak-anak kita yang merupakan permata hati kita dan pelapis generasi. Perhatian diberi sejak anak di dalam kandungan lagi. Bagi ibu bapa hendaklah berusaha berada di dalam suasana keredhaan Allah. Dari dalam kandungan hingga kelahiran dan membesar, pastikan makanan kita dan anak-anak kita diberi makanan yang baik dan halal bagi pertumbuhan fizikalnya. Pendidikan adalah bersifat berterusan dengan mengajar berkata, mendidik akhlak dan kini tuan-tuan dan puan-puan selaku ibu bapa menghantar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan ke PASTI yang mendidik anak-anak dari segi mental, adab dan kerohanian. Pastikan anak-anak terus dididik dalam suasana Pendidikan Islam dan melatih mereka beramal dengan didikan dan amalan keislaman. ADUN memuji AJK yang gigih mendirikan PASTI dan berharap akan terus berkembang maju. Pada penghujung majlis ialah penyampaian wathiqah kepada guru-guru, diikuti dengan melawat ke bangunan PASTI Ibnu Sina dan menandatangani plak sebagai tanda perasmian pembukaan PASTI Ibnu Sina.


Selepas itu kami beramai-ramai ke masjid berjemaah Solat Maghrib dan menyempurnakan ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Mohd Ali. Bagi memenuhi slot ini, ADUN bercakap tentang prihatin Kerajaan Negeri Selangor tentang pendidikan Islam dari segi peruntukan, pendidikan pada peringkat pra-sekolah, SRA, SRAI, peringkat menengah hingga ke universiti. Pendidikan melalui masjid dan surau. Biasiswa, pinjaman dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi anak-anak Negeri Selangor yang layak menyambung pelajaran. Peruntukan dari zakat untuk pendidikan dan perkembangan Islam. Pendek kata tidak ada negeri lain yang memberi perhatian, peruntukan dan peluang pelajaran sebaik yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sekian.