March 14, 2010

Dialog Dan Pelancaran Portal Masjid-Surau

Masjid Al-Hasanah, 27 Rabiul Awwal = 13 Mac (Sabtu):


Jemputan terhadap pegawai-pegawai masjid dan surau berjaya menghimpun lebih kurang 70 orang daripada mereka di Dewan Seminar masjid di atas. Tujuan perhimpunan diadakan ialah untuk memberi penerangan dan pelancaran portal Masjid Surau. ADUN Bangi Dr Shafie dijemput merasmikan majlis di atas. Turut hadir Tuan Haji Shafie Ngah Ketua Lajnah Masjid dan Surau Kabinet Mini ADUN Bangi, Saudara Azmi Ahmad, Ketua Lajnah Penerangan, Saudara Amir Osman Ketua Lajnah IT, Nazir-Nazir Masjid, Pengerusi-Pengerusi Surau dan pegawai-pegawai kedua-dua institusi.

Sebelum pelancaran dibuka peluang Dialog Dengan ADUN dan Tuan Haji Shafie Ngah
Ketua Lajnah Surau dan Masjid diadakan. Dialog mendapat sambutan yang baik. Antara isu, persoalan dan cadangan yang ditimbulkan ialah:

Mesyuarat AJK Surau dikehendaki diadakan secara serentka pada 25 Mac 2010 bagi memilih AJK.
  • Beberapa kariah seperti Seksyen 7, Taman Melor dan Taman Intan perlu dimasukkan di bawah Bangi – bukan Kajang.
  • Perlu ada halatuju masjid dan surau dan diselaraskan
  • Usaha meningkatkan Masjid Al-Hasanah kepada taraf Masjid Jamek.
  • Perlu ada bank maklumat penceramah-penceramah yang diberi peluang masjid-surau sama menjemput penceramah-penceramah berkenaan.
  • Perlu ada kursus pegawai-pegawai masjid-surau dari masa ke masa.
  • Perlu diatur pengajian berkitab dengan guru mengajar secara tetap dan mengeluarkan sijil bagi mereka yang berjaya mengikuti pengajian
  • Perlu diwujudkan program-program bersesuaian bagi menarik golongan remaja ke masjid. Wujudkan amal Islami dan pelapis pimpinan masjid-surau.
  • Perlu diadakan kelas-kelas bimbingan di masjid-suarau bagi anak remaja/pelajar
  • Perlu diwujudkan perpustakaan di masjid-surau dengan dilengkapi komputer

Pelancaran Portal



ADUN Bangi memaklumkan cadangan mewujudkan Portal yang dicadangkan oleh pihak "One Portal Services" yang diketuai Saudara Asrul Sani Shahnon di pejabat ADUN dan perkara ini dibawa kepada perbincangan di dalam mesyuarat dan dipersetujui. Portal ini bertujuan menghimpun dan menjadi saluran maklumat bagi masjid-surau dan orang ramai, khususnya mengenai pengajaran dan berbagai aktiviti yang boleh dimuat di dalam portal dan boleh diupdate oleh masjid-surau secara langsung dan berterusan. Mereka diberi pass word masing-masing. Selain dari maklumat dan aktiviti masjid-surau melalui portal ini dapat diikuti mengenai berita-berita terkini misalnya dari blog ADUN dan Persatuan Penduduk, maklumat taman-taman perumahan di Bangi, number-nomber penting, iklan individu, sukan, enjin carian, iklan kedai, forum komuniti dan sebagainya.


ADUN berpendapat melalui portal ini masjid-surau dan orang ramai mendapat manfaat dan mudah mengikuti pengajian dan maklumat perkembangan semasa tempatan. Melalui komunikasi canggih ini orang ramai mungkin dapat mengikuti ceramah secara life dan ulangan di samping dapat menonton gambar. Kita perlu mengambil manfaat dari kecanggihan komunikasi moden dan bersifat global bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan dan maklumat semasa. Turut berucap sebelum pelancaran ialah Ustaz Shafie Ngah selaku Pengerusi Lajnah Masjid-Surau ADUN Bangi mengalu-ngalu hadirin dan menyampaikan maklumat semasa berhubung dengan masjid-surau.


Berikutnya pihak "One Portal Services" yang diketuai Saudara Asrul Sani Shahnon dan kawan-kawannya membuat penerangan mengenai portal dan demonstrasi. Mereka akan membuat kursus khusus kepada masjid-surau. Pengendalian portal dilakukan oleh 'One Portal Services' dan turut dimonitor oleh pihak IT DUN Bangi Ikuti perkhidmatan melalui www.1komuniti.my.

Sekian.

No comments:

Post a Comment