Pekan Bangi, 28 R. Awwal = 14 Mac (Ahad):
Haram melompat parti yang berjuang bagi menegakkan keadilan , ketelusan, kebajikan, anti rasuah, apa lagi bagi menegakkan Islam jika yang melompat itu dari kalangan orang Islam. Demikian ditegaskan oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi Ketua Pemuda Pas Pusat dalam ceramah yang berjudul LOMPAT ! yang diadakan di sini pada malam ini atas anjuran PAS Kawasan Serdang dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Mereka yang melompat perlu ingat kata Ustaz Nasruddin, bahawa kemenangannya bukan atas kapasiti individunya sahaja, tetapi melalui restu parti, pimpinan dan rakyat yang memilih.
Manakala untuk bertanding mereka dikehendaki melalui bai`h dan sumpah taat setia, bagi parti Islam menegakkan Islam dan Negara yang disifatkan oleh Allah sebagai Baldah Tayyibah dan Rabbun Ghafur, Mereka diberi wathiqah dan sepatutnya tidak khianat terhadap janji bersaksikan Allah dan diberi kepercayaan oleh rakyat. Apa yang mereka kata untuk menjadi "Wakil Bebas" tidak diterima dan bukan mandate sedemikian yang diterima dari rakyat. Jenayah khianat tidak boleh dimaafkan dan ia merupakan perbuatan yang keji yang patut dikutuk bukan saja oleh rakyat setempat, tetapi oleh seluruh mereka yang cintakan kejujuran dan berperadaban. Ustaz Nasruddin mengukuhkan pendapatnya dengan memetik firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menunaikan janji (al-Ma'idah: 1)
Bagi seseorang muslim mereka dituntut menjadi seorang kuat pendirian dan dipercayai (al-Qawiyyul Amin). Tanpa kekuatan fizikal, mental dan rohani, mereka tidak dapat bertahan dalam menghadapi ujian dan gelombang-gelombang peristiwa dan tanpa amanah mereka akan hilang sokongan. Mereka yang melompat adalah mereka yang lemah pendirian dan hilang kepercayaan diri dan hilang kepercayaan masyarakat.
Sementara itu YB Dr. Shafie Abu Bakar yang menyampaikan ucapan alu-aluan sebelumnya menyatakan, bahawa sikap, pendirian dan tindakan seseorang bergantung pada niat, (Hadith Nabi diriwayatkan oleh Sayyiduna Umar Ibn al-Khattab, Sabda Nabi s.a.w.
Sesungguhnya segala amalan bergantung pada niat).
Niat ini juga ada pertalian dengan akidah, falsafah dan ideology yang dipegangnya. Kalau niatnya terlibat dalam politik kerana mencari kekayaan, pangkat dan kedudukan, tetapi tiada peluang didapati, maka mudahlah mereka melompat. Tetapi sekiranya ia berpegang pada akidah, falsafah dan ideology yang menunjangi jiwanya, maka tidak mudah dia berubah, apa lagi melompak. Hadith Nabi bermaksud:
Tanda-tanda orang munafik tiga perkara:
Apabila bercakap dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari janji dan apabila diberi amanah dia khianat – Hadith Bukhari.
Orang yang melompat adalah memiliki ketiga-tiga sifat ini.
Ahli politik yang melompat adalah orang yang sakit jiwa dan mengalami konflik personality, kerana dalam jiwanya bergolak dengan rasa bersalah. Hati kecilnya mencaci dirinya dan tindakannya melompat parti. Dia menghadapi konflik dengan parti dan kepimpinan, dia rasa bersalah amat sangat dengan masyarakat kerana mengkhianati janji. Dia hidup tidak tenang. Dia menghadapi kutukan Tuhan, diri, parti & pimpinan dan masyarakat. Sejarah tidak berpihak padanya dan mencatat peristiwa lompatnya sebagai titik hitam secara berterusan.
Seorang lagi penceramah, iaitu YB Cikgu Lee Khim Sin, ADUN Kajang, melihat dilemma di dalam BN yang semakin hilang kuasa dan tidak berani menghadapi rakyat melalui pilihanraya. Mereka bertindak secara tidak demokratik merampas negeri Perak. Mereka mau menjatuhkan pemerintahan Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan kini di Pulau Pinang. Mereka sedar mereka parti-parti perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Untuk menunjukkan mereka tidak perkauman mereka mendapat nasihat dari luar dengan mengemukakan konsep One Malaysia. Tetapi konsep ini tidak dapat disesuaikan dengan kerangka perkauman di dalam BN. Sebab itu berlaku percanggahan dengan kerangka dasar dan berlaku kontradiksi berterusan.
Menurutnya, rakyat makin faham perjuangan Pakatan Rakyat. Usaha mereka menarik ahli parlimen dan ADUN yang sakit jiwa tidak akan menjejaskan Pakatan. Bahkan sebagai anggota yang sakit, tiadanya mereka mengukuhkan Pakatan dan lebih sihat. Dari bukti, keyakinan rakyat meningkat. Mereka mengutuk perbuatan melompat. Ceramah-ceramah Pakatan makin mendapat sambutan. Kita akan memperkukuhkan kedudukan dan bergerak maju ke Putra Jaya insya Allah dengan sokongan rakyat.
Sekian.

No comments:
Post a Comment