March 5, 2010

Ceramah Anjuran Pakatan Makin Mendapat Sambutan

Desa Baiduri, Balakong, 17 R. Awwal = 03 Mac (Rabu):


UMNO-BN seharusnya tidak merasa gembira dengan keluarnya beberapa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, kerana tindakan mereka ini menyebabkan rakyat mulai marah dan bangkit mempersoalkan. Mereka tahu di belakang semua ini adalah kerja kotor Umno-BN. Situasi mungkin kembali marak dengan kemarahan rakyat seperti tahun 1999. Bukti kemarahan rakyat, kini ceramah-ceramah anjuran PR semakin mendapat sambutan. Misalnya pada minggu lepas (28 Januari, Ahad Malam) adalah di luar dugaan, pada petangnya hujan lebat, ceramah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bukit Mewah, Kajang pada malam itu dijangka tidak ramai, tetapi adalah di luar dugaan kehadiran dari berbagai kaum memenuhi dewan. Mereka mau mendengar maklumat sebenar yang tidak diberitahu media-media utama yang dikuasai kerajaan. Mereka mendengar sendiri apa yang disampaikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar, Saudara Yong dari DAP, Saudara Shamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR dari Pakatan dan YB Tuan Haji Mahfuz Omar Naib Presiden PAS. Mereka membicarakan tentang isu-isu semasa. Saudara Shamsul Iskandar dan YB Mahfuz membicarakan topik yang berhubung dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Pada malam ini lebih dari luar dugaan, ceramah yang dianjurkan oleh PR dari MTD Balakong mendapat respond yang menggembirakan kerana bukan saja Dewan Orang Ramai di sini penuh, tetapi kawasan di luar Dewan juga melempah ruah. Mereka mau tahu berita sebenarnya. Pada malam ini mereka mendengar Saudara Tuan Haji Mat Sabu Naib Presiden PAS memfokuskan pembicaraan tentang rasuah yang sejak dari Zaman Tengku Abdul Rahman menurutnya indeks rasuah tidak turun-turun, bahkan makin meningkat dari satu zaman Perdana Menteri ke zaman Perdana Menteri hinggalah kepada Zaman Dato' Seri Najib. Berbagai contoh beliau kemukakan bukti. Negara sekarang berkedudukan setaraf dengan Negara-negara Afrika seperti muzambiq, Somalia, Kongo dan sebagainya.


Sebelumnya ADUN Bangi sebagai tuan rumah mengalu-ngalukan kesudian penceramah-penceramah menyahut jemputan dan terima kasih kepada orang ramai yang datang membanjiri kawasan. ADUN Bangi menyentuh secara ringkas berbagai isu yang timbul sekarang yang kemudiannya diolah secara lebih detail oleh penceramah-penceramah. YB Saudara Abdullah Thani Ahli Parlimen Kuala Langat memfokus pembicaraannya kepada masalah yang dihadapi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengemukakan hujah dan penilaiannya, manakala YB Saudari Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang memfokuskan pembicaraannya tentang GST (Goods, Service & Tax) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun hadapan. Cukai akan menjadi berganda dan boleh melibatkan kenaikan hingga 40%.

GST yang beliau istilahkan Gasak Semua Teks, tetapi dijawab oleh pendengar di bawah dengan ungkapan "Gasak Sampai Tonggeng !" adalah amat membebankan rakyat. Sebab itu rakyat hendaklah menolak cadangan ini. Penerangan harus dibuat berterusan agar rakyat dapat memahami implikasinya. Ceramah menghidupkan mood pilihanraya. Besar kemungkinan situasi 1999 kembali berulang, mungkinkah pilihanraya ke 13 merupakan pengakhiran kuasa bagi BN?

No comments:

Post a Comment