March 2, 2010

Setaman Keluar Menyambut Maulid al-Rasul

Taman Sutera, 03 Rabiul Awwal = 28 Februari (Ahad):

Setibanya ADUN ke Taman ini perarakan sedang berlangsung, ADUN sama turut berarak. Hampir seluruh penduduk Islam di Taman ini besar kecil keluar berarak ke Jalan 2/5 hingga tiba ke pentas berkhemah di hujungnya. Kelihatan jalan dipenuhi penduduk yang bagai hari raya, berpakaian warna warna. Kanak-kanak lebih exited dengan kejutan suasana yang mereka sedang alami.

Pada kebiasaannya sebarang sambutan yang dibuat bertempat di surau atau medan dihadapan surau, tetapi pada kali ini lokasi diubah ke Jalan 2/5 yang berada di satu jalan di tengah-tengah kawasan Taman Sutera, Kajang (berada di bawah kawasan Balakong). Taman ini merupakan taman yang baru dihuni lebih kurang lima tahun yang lepas. Mereka yang tinggal di sini adalah dari generasi muda. AJK Surau dan Penduduk adalah aktif dan sering membuat kegiatan-kegiatan sambutan-sambutan dan gotong royong. Sambutan Maulid al-Rasul adalah sebagai bukti kejayaan mereka menggembleng tenaga membuat persiapan dan menarik kehadiran mendekatai 1,000 orang.


Majlis utama pagi ini ialah mendengar ceramah oleh seorang penceramah terkenal iaitu al-Fadhil Ustaz Hj. Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman dari PPZ Wilayah Persekutuan yang sering muncul di kaca TV, tetapi sebelumnya dilengkapkan dengan bersalawat beramai-ramai. Tema Maulid al-Rasul bagi sambutan hari ini ialah "Merapatkan Ukhuwwah, Memperkasakan Ummah."


Dalam ucapan perasmian ADUN melahirkan kesyukuran kerana dapat menyertai sama sambutan Maulid al-Rasul di Taman Sutera. Kelahiran Rasulullah sememangnya membawa perutusan damai dan mempersaudarakan semua orang Islam sebagaimana difirmankan Allah bedrmaksud:

"Sesungguhnya semua orang mukmin adalah bersaudara." (al_Hujurat: 10)

Rasulullah s.a.w. memprktikkannya dengan mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar yang mengukuhkan kedudukan Islam dan menegakkan Negara Islam di Madinah.


Pada hari in penduduk Taman Sutera juga memanifestasikan rasa persaudaraan yang diikatkan oleh Islam dan bersatu di dalam segala kegiatan di Taman Sutera. Amat menarik persatuan dan kegiatan bertolak dari surau. ADUN merasmikan sambut dengan basmalah dan mendoakan kepada Allah menurunkan rahmat dan berklat kepada penduduk di Taman Sutera.


Sebelumnya Encik Mohd Shah Riza Basirun menyampaikan ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada penduduk yang memberi kerjasama bagi segala program yang dijalankan, khususnya sambutan Maulid al-Rasul. Beliau berterima kasih kepada Ustaz Haji Ahmad Husni yang dapat datang pada pagi ini yang difahamkan beliau baru sampai dari Johor berceramah di sana.


Sebelum ceramah dimulakan, program yang patut dipuji - bagi menghormatai dan penggalakan serta memberi contoh tauladan kepada anak-anak ialah penyampaian insentif kepada anak-anak berjaya di dalam peperiksaan UPSR dan PMR di Taman Sutera. ADUN diberi penghormatan menyampaikan insentif kewangan berkenaan. Penyampaian vest juga diadakan kepada AJK-AJK penduduk. Majlis dihiasi dengan nasyid oleh anak-anak dari Kafa al-Humairah di Taman Sutera.

ADUN bagaimanapun memohon maaf kepada Timbalan President Persatuan Penduduk, Saudara Mohd Shah Riza, Haji Ahmad Hussain juga Timbalan, Cikgu Wan Nazri Mohd Nasir, khususnya Ustaz Haji Ahmad Husni, kerana tidak dapat bersama, kerana mengejar program ADUN seterusnya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment