Bertolak dari Bangi jam 10.30 pagi dan tiba hampir tepat dengan waktu program yang diminta hadir, iaitu jam 12.30 tengahari bagi merasmikan Majlis Penutp di atas. Sebaik tiba di kem ini yang berhadapan dengan Darul Quran, ADUN terus dipersilakan ke hadapan majlis yang pelajar-pelajar di bawah 17 tahun sedang bersedia untuk majlis penutup. Pelajar-pelajar hadir sejak pagi 20 Mac, Sabtu kelmarin dibawa dengan bas bagi program ini. Jumlah mereka adalah seramai 107 orang, iaitu dari Bangi seramai 53 orang dan dari Kota Damansara seramai 54 orang. Bersama di hadapan majlis ialah En.Zaid Muhammad bin Mohd Rais, Pelaksana Program (Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu) Merangkap Konsultan SPIES, En. Muhammad Ali Jinnah selaku Pemantau pihak Negeri dan Fasilitator (perempuan) selaku juruacara majlis.
Selepas doa, saudara Zaid menyampaikan ucapan alu-aluan terima kasih kepada ADUN yang sanggup datang dari Bangi bagi penutupan Majlis juga kepada Pemantau. Saudara Zaid memberi maklumat berhubung dengan program yang dianjur oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi. Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor bertujuan melaksanakan polisi bina Insan dari segi SPIES – Spritual, Physical, Intelectual, Emotional dan Social.
Menurutnya objektif Kem Motivasi adalah bertujuan:
- Mengenali diri dan Tuhan dengan lebih mendalam
- Memaksimumkan keupayaan diri yang dianugerahkan oleh Tuhan
- Memahami kepentingan kesihatan dalam kehidupan
- Mengaplikasikan cara hidup sihat, produktif dan sejahtera
- Meningkatkan daya pemikiran kreatif secara berterusan
- Mengaplikasikan konsep 5M dalam kehidupan
- Mengenal pasti emosi dan sikap
- Mengendalikan sikap dan emosi diri dan orang lain
- Memahami kepentingan hubungan baik sesama manusia
- Mempertingkatkan kepedulian sosial dan alam
Manakala En. Muhammad Ali Jinnah selaku Pemantau memaklumkan, pihak Kerajaan Negeri menganjurkan Kem Motivasi bagi semua kawasan di Negeri Selangor dengan mengsinergikan antara kawasan dan DUN seperti Bangi dengan Kota Damansara bersesuaian dengan adanya tempat bagi Kem Motivasi. Kita bernasib baik mempunyai tempat dan masa yang bersesuaian yang dapat diisi dengan program di Kem milik Kerajaan Negeri ini. Dalam masa seminggu ini diadakan juga di tempat-tempat lain. Permohonan dari pelajar adalah melebihi dari kemampuan kita. Misalnya Bangi mau menghantar peserta lebih dari 100 orang, tetapi kita hanya mampu menerima separuh daripada mereka. Menurutnya pihak Penganjur bernasib baik dan berterima kasih sepanjang penganjuran motivasi sesuai dengan tutup sekolah selama ini kita hanya mendapat penghormatan mampu dikunjungi ADUN hanya dua orang. ADUN Bangi adalah seorang daripadanya. Kita mahu memberi motivasi sebaik mungkin dan berharap memberi kesan positif kepada pelajar bukan setakat masa kini, tetapi kesannya memanjang kedalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Kita berharap akan muncul pelapis generasi yang mampu memimpin umat dan Negara pada masa hadapan.
ADUN Bangi dalam acara penutup mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang dipilih ke Kem Motivasi SPIES. Pelajar membuat pilihan tepat dan dapat mengisi masa cuti sekolah dengan kegiatan berguna.
Peningkatan potensi insan adalah perjuangan murni secara berterusan yang melibatkan individu dan generasi manusia. Peningkatan potensi diri ialah dengan menggilat fakulti akal, kalbu dan rohani manusia dan jangan terjebak dengan taraf nafsu. Setiap orang perlu mengenali potensi diri dan meningkatkan potensi ini kepada peringkat maksimum. Melalui potensi akal memungkinkan seseorang boleh menjadi pemikir dan pemimpin, melalui fakulti kalbu memungkinkan seseorang menjadi sasterawan, seniman, arkitek yang berjaya dan melalui Fakulti rohani memungkinkan seseorang menjadi ulama, ahli rohani dan sebagainya. Kita hendaklah berusaha dan menjauhi dari meletakkan diri pada tahaf nafsu yang boleh menjatuhkan diri pada lembah kehinaan dan kedurjanaan. Perjuangan dan kejayaan individu yang diwarisi adalah menjadi dokumentasi peradaban dan tamadun yang memajukan manusia. Kita sebenarnya bersyukur dan berterima kasih lebih banyak belajar dari dokumentasi dan arkib kejayaan manusia lepas yang menjadi sebahagian dari peradaban dan tamadun manusia. Kita berharap antara anak-anak yang mempunyai potensi berkembang di dalam mana-mana fakulti dapat memberi sumbangan kepada memperkembangkan potensi diri dan memberi saham kepada peradaban dan tamadun manusia. Penutup majlis ialah dengan penyampaian sijil yang ADUN diminta menyempurnakannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment