March 10, 2010

Antara JKK & JKKP

Anekdot:

Semasa menyampaikan ucapan tahniah kepada ketua-ketua kampong seluruh negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam sempena perlantikan mereka yang juga sebagai Ketua JKK, YAB Dato` Seri Menteri Besar menyatakan kekesalan,

``Tetapi, kita kesal dengan Kerajaan BN yang tidak mau menerima kenyataan, bahawa negeri Selangor adalah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Mereka menentang kemahuan rakyat. Mereka tidak malu dan melantik JKKP di tempat mereka kalah !``

Seorang Ketua Kampong yang duduk di sebelah kiri ADUN membuat komen,
``Mereka keliru, sebab itu mereka layak dipanggil ``Jawatan Kuasa Keliru Persekutuan (JKKP) !``

Seorang Ketua Kampong yang duduk di sebelah kanan ADUN pula memberi komen dengan nada yang marah berkata,

``Sebenarnya bukan keliru ! Tapi khianat ! Sepatutnya mereka lebih layak dipanggil Jawatan Kuasa Khianat Persekutuan,`` tegasnya.
``Ini lebih tepat,`` tambahnya.
``Macam mana lebih tepat ?`` Tanya, kawan Ketua Kampung di sebelahnya.
Macam mana tidak khianat, selain dari melantik JKKP di tempat mereka tidak menang, mereka merampas negeri secara tidak demokratik. Mereka juga berusaha menjatuhkan negeri dan Negara secara budaya lompat yang terang-terang mengkhianati mandate dan amanah rakyat. Mereka sebenarnya lebih dari ``Jawatan Kuasa Khianat Persekutuan (JKKP),`` hujahnya. - ``Sesungguhnya orang yang khianat dengan amanah, munafiq di sisi Allah.`` (Maksud Hadith)..

No comments:

Post a Comment